Rempeyek Oh Rempeyek!

9:32 PTG

Entri sebelum tidur. Kita cerita tentang rempeyek, kudapan tradisi masyarakat Jawa yang selalu ditemui ketika hari raya. Di sesetengah daerah, rempeyek juga dibubuh dalam nasi ambeng. Amie sudah berpuluh tahun tidak mengikuti perkembangan majlis kenduri kahwin orang kampung, tetapi seingat Amie dulu ada hidangan kuih-muih tradisi selepas makan hidangan utama, iaitu nasi minyak dan lauk-pauk. Tidak ketinggalan, hidangan rempeyek, kerepek dan keropok, lengkong (agar-agar), wajik dan sebagainya.

Ada pelbagai jenis rempeyek tetapi yang Amie selalu temui hanya 3 sahaja iaitu rempeyek kacang tanah, kacang dal dan kacang hijau. Rempeyek kacang hijau biasanya disebut sebagai tumpi. Rempeyek kacang hijau dan tumpi itu sebenarnya adik-beradik.

Waktu kecil dulu, selalu berebut rempeyek dengan Kak Aton (kakak Amie). Kak Aton suka makan kacang tanah pada rempeyek, Amie pula suka makan bahagian tepungnya yang rasa berempah dan rangup itu! Selalulah Kak Aton kutip kacang tanah yang Amie tak makan ..... ahaks! Ada rempeyek kacang tanah yang penuh dengan kacang! Ada yang hanya sebiji dua sahaja menempel pada rempeyek. 

Arwah MIL pernah buat rempeyek, dikirim buat Bonda  sewaktu kami balik bercuti di Malaya dulu. MIL tumbuk kacang tanah sekadar pecah, dan kemudian campurkan ikan bilis untuk dibuat rempeyek. MIL tidak gunakan acuan, sebaliknya tuang adunan di tepi kuali. Samalah caranya dengan Bonda buat rempeyek. Amie sangka hanya MIL sahaja yang buat rempeyek gaya begitu. Rupa-rupanya, di kebanyakan tempat di LD, Kunak, Tawau dan lain-lain, Amie temui rempeyek yang sama seperti MIL hasilkan. Secara tidak langsung, Amie sudah temui rempeyek kesukaan Amie, yang tak banyak kacang tanah!

Rempeyek kacang tanah, kacang dal dan kacang hijau.
Rempeyek Kacang Dal

Ada yang membuat adunan rempeyek tanpa menggunakan santan, hanya air sahaja. Ada yang tambahkan hirisan daun limau purut. Ada yang tambahkan isi kencur. Kalau berkesempatan berkunjung ke Indonesia, barangkali agak berbezalah rasa rempeyek di sana dengan di tempat kita. Di tempat kita jarang gunakan daun limau purut dan isi kencur.

Rempeyek Kacang Tanah  & Ikan Bilis

Rempeyek Kacang Hijau @ Tumpi



Tak kisahlah, adunan yang berbeza dengan bahan yang berbeza sebab masing-masing ada versi dan resipi yang tersendiri. Yang penting, rasa rempeyek mesti rangup dan sedikit berempah! Amie suka 'tergigit' rempah jintan manis dan biji ketumbar yang agak kasar ketika makan rempeyek. Sedap!
Antara ketiga-tiga jenis rempeyek di atas, Amie akan capai rempeyek kacang dal dahulu... hehehehee!


26 comments

  1. Kt opis ada dispatch jual rempeyek...x kedekut bahan...kacng tanah penuh..ikan bilis sampai 2 ekor...sebotol RM20 je...

    BalasPadam
  2. Peyek byk kcg tanah, kaya bilis mmg sedappppp

    BalasPadam
  3. Sukanya saya rempeyek kacang dal. Rangup lemak-lemak.. Tapi jarang jumpa. Selalu jumpa kacang hijau.. Itupun kacangnya social distancing.. Hihihi

    BalasPadam
  4. kak suka sangat rempeyek kacang dhal n kacang hijau sedap sgt

    BalasPadam
  5. sama kita mesti rempeyel dal dulu yg dicapai he hee

    BalasPadam
  6. dana macam akak prefer rempeyek bhg tepung tanpa kacang, tapi kadang dana suka yang kacang sikit je...
    dana tak berapa suka rempyek moden yg kadang terlalu nipis tp suka rempeyek mcm mak buat, jenis tak bulat tapi bentuk macam-macam sebab acuan tepi kuali

    BalasPadam
  7. Kat kampung memang buat cara letak tepi kuali panas, bentuk tak sekata..tapi itulah yang nampak original kan..hehe
    Saya suka tumpi dan peyek kacang dhal. Kacang tanah memang tak makan, tak minat.

    BalasPadam
  8. CP punya feveret rempeyek kacang dal

    BalasPadam
  9. rempeyek makanan wajib bila raya mesti kena ada walaupun bkn keturunan jawa.

    buat sendiri letak kacang tanah dan ikan bilis

    BalasPadam
  10. Akak suka rempeyek yang kurang kacang tanah dan ada ikan bilis sekor2 tu...sedap.Kalau kacang dal dan tumpi okje banyak kacang lagi sedap.
    Sekarang ni nak mkn order je dengan kawan .Pernah je buat sendiri tapi sekarang ni rasa tak larat dah menghadap kuali berjam2.

    BalasPadam
  11. Saya pulak suka rempeyek kacang tanah dan ikan bilis rangup. Ada orang panggil ni tempeyek, ada yang panggil rempeyek.

    BalasPadam
  12. Benda ni satu balang pon uncle boleh habiskan!

    BalasPadam
  13. tempeyek ni susah jgk kan nak buat bagi sedap

    BalasPadam
  14. Allahu, tengok tempeyek ni, tiba-tiba teringat arwah bonda. selalulah bonda buatkan untuk jamu petang-petang di atas beranda rumah pusaka arwah ayahanda.. begitu cepat masa berlalu..

    BalasPadam
  15. Favourite saya ni, kak. Saya suka juga yang versi letak kencur dan daun limau tu.

    BalasPadam
  16. Menarik banyak piliha rempeyek. Saya paling suka rempeyek kacang tanah dan ikan bilis tu kak amie.

    BalasPadam
  17. Rempeyek kalau yang Kacang Tanah susah nak stop makan.

    BalasPadam
  18. Zumal dan adik perempuan zumal suka sangat rempeyek, kalau kat Perlis namanya tempeyek. Maybe suka sangat sebab ada keturunan jawa 🤭

    BalasPadam
  19. Mama suka yg kacang tanah dgn bilis

    BalasPadam
  20. Kalau di Johor, ramai suka taruk ikan bilis sekali dengan rempeyek kacang. Sedapnya rasa masin2 sikit

    BalasPadam
  21. sama lah..saya pun akan capai rempeyek kacang dhal dulu..hihihihi

    BalasPadam
  22. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  23. yang kacang tanah n kacang dhal saya makan.. yang ijau tak pastila penah cuba ke tak.. tapi rasa sama saja kan kacang2 tu saja berbeza. suka kalau ada yang letak ikan bilis skali. nyum..

    BalasPadam
  24. Tak kisah lah rempeyek apa pun, semua saya suka.. krup krap, sambil baca buku.. hehehe

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe