ADSENSE

Selasa, 8 Disember 2020

Nasi Ria Lahad Datu

Tengahari tadi Abang Farid tanya: Mommy masak nasi tak? Kalau tak masak, saya order nasi dari luar.  Amie kata, boleh jugalah kalau abang nak beli. Mommy nak makan nasi lauk apa? Tanya Abang Farid lagi. Amie jawab: Nanti kita bincang. Amie terus ke dapur mencari minuman dan terus kemas-kemas dapur. Tidak lama kemudian, Abang Farid masuk ke dapur. Katanya: Saya sudah order nasi dari Restoran Nasi Ria. Maknanya dia order makanan kegemarannyalah tu.

Tidak lama kemudian penghantar makanan Foodpanda pun sampai. Kebetulan Abang Farid sedang solat Zohor, dan Encik Suami yang baru pulang dari kerja berada di pintu pagar. Encik Suami sambut bungkusan makanan tersebut. Kata Encik Suami: Tiap-tiap hari kawan baik Abang Farid hantar makanan!

Hidangan tengahari dari Restoran Nasi Ria Lahad Datu.



Abang Farid order set nasi kosong, ayam masam manis, kangkung goreng telur, sup jagung dan ayam pelangi. Pertama kali kami makan kangkung goreng telur yang crispy.

Kangkung Goreng Telur

Ayam Masam Manis

Ayam Pelangi

Sup Jagung


Terima kasih Abang Farid, belanja makan tengahari dan mempermudahkan urusan harian Mommy!


12 ulasan:

Nor Azimah Ali berkata... Reply To This Comment

First time tengok kangkung goreng telur,mesti krispi kan, macam sedap je. Guna tepung bestari agaknya ye.ermmmm..boleh try kot😁

Seri Kandi Di Tanah Jauhar berkata... Reply To This Comment

Tadi pagi dah tengok adik, nak tengok jugaklah wajah Abg Farid yang ada kawan kat foodpanda tu, hahaha

uncle gedek berkata... Reply To This Comment

Bila AF nak belanja uncle? hehehehe

norhidana berkata... Reply To This Comment

nampak menarik menu nya tuh kak... abang farid kesian tengok emaknya BDR kene masak pulak... itiu dia order saja... senang kerja

Darling Pya berkata... Reply To This Comment

Menariknye tengok kangkung goreng telur tu tapi sayangnya CP tak makan kangkung :D

Kakmim berkata... Reply To This Comment

kangkung goreng telor tu mmg rare kak amie... bagus abg farid ni independent dan bertanggungjawab..

namakucella berkata... Reply To This Comment

Saya pun tertarik dengan kangkung tu... Macam nak try pula

Nur berkata... Reply To This Comment

Kangkung goreng telor? Wah, tak pernah makan. Sedap belaka tengok hidangan yang anak Amie order. Pandai dia. :)

TukangKebun berkata... Reply To This Comment

Teringin pula nak rasa kangkung goreng telur tu.

Atie Zieya berkata... Reply To This Comment

sup jagung tak pernah rasa , tapi teringin betul nak rasa

Warisan Petani berkata... Reply To This Comment

Selamat menjamu selera.

Azhafizah MN berkata... Reply To This Comment

Alhamdulillah. Semoga murah rezeki Abg Farid belanja family makan. Menarik juga tu kak amie Kangkung Goreng Telur tu. Tapi Ayam pelangi tu, pelangi tang mana tu. tak nampak pelangi.Sekadar nama je kot kan. hihi