ADSENSE

Jumaat, 4 Disember 2020

Lempeng Nyior Sambal Tumis Udang Kering

Entri sebelum tidur. Bukan makan sebelum tidur ya... ahaks! Petang tadi sempat godek-godek tepung sebab nak makan lempeng nyior. Tengah buat adunan, datang Abang Farid tanya, Mommy buat apa tu? Bila kita kata nak buat lempeng, terus Abang Farid cakap, saya nak makan lempeng tapi jangan bubuh apa-apa. Lempeng kosong jew. Jadi, kita pun bahagi dua adunan tepung. Satu adunan kosong, dan satu lagi tambahkan parutan kelapa. Bila mendadar lemper, sebelah kiri lempeng untuk Abang Farid, sebelah kanan lempeng nyior!

Lempeng Abang Farid siap dahulu. Entah berapa keping, tapi rasanya hampir 10 keping lempeng nipis saiz kecil. Abang farid terus makan cecah dengan sambal tumis udang kering hingga ke lempeng terakhir!

Yang tinggal hanya lempeng nyior. Berdualah di dapur dengan Encik Suami makan lempeng nyior cecah sambal tumis udang kering.


Lempeng Nyior Sambal Tumis Udang Kering.



Lempeng Nyior


Sambal Tumis Udang Kering



Selamat malam. Jumpa lagi.



22 ulasan:

Eina Md Ali berkata... Reply To This Comment

Sedapnya, lama tak makan lemoeng nyior ni. Sambal tu, terliur 🤤

Himawan Sant berkata... Reply To This Comment

Wuaah makin sedap nih setelah dimasak dengan sambal tumis udang kering ..., terus terang saya merasa lapar lagi 🤭

Syaz Eym berkata... Reply To This Comment

Abah saya suka makan lempeng, mak lun rajin buatkan. Rindu pada mak abah.. 😢

Kamsiah yusoff berkata... Reply To This Comment

Cantik kejadiannya, kat utara ni nipanggil peknga- tempek dlm belanga

abuikhwan berkata... Reply To This Comment

Asalamualaikum, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
Allahu, menatap entry ini, tidak semena-mena ingatan terimbau. Keenakan air tangan seorang bonda. masih saya ingati, dulu, zaman budak-budak. lempeng nyior hasil air tangan bonda di cicah dengan sambal bilis.

Eza boom boom berkata... Reply To This Comment

Ya Allah sedap betul rupa lempeng dan ditambah dengan sambal tumis udang kering yang mabeless.
Nyior tu maksudnya kelapa kan?

namakucella berkata... Reply To This Comment

Lempeng tu macam meminta saya buatkan la pulak hihihi.. Lempeng nyiur la pulak tu. Buat tebal-tebal garing lawankan kopi O.. Aduhhhaiii

TukangKebun berkata... Reply To This Comment

Sedapnye. Akhirnya turun Tuaran dapat jumpa kelapa kukur. Tanya kenapa susah dapat ke kelapa kukur sebab stok takde. Stok dari Kudat. Agaknya susah sekarang mereka tak berjalan keluar penduduk Kampung.

Kakmim berkata... Reply To This Comment

lempeng tanpa nyior pun sedap inikan pula bernyior... msti lemak² rasanya

Azhafizah MN berkata... Reply To This Comment

Dua dua lempeng sedap. Cicah pulak tu dengan sambal tumis udang kering.

Atie Zieya berkata... Reply To This Comment

sedap ni, tgk2 makan lapar supper nak makan ni

Amie berkata... Reply To This Comment

@Eina Md Ali Jemput makan. Memang sedap ni.

Amie berkata... Reply To This Comment

@Himawan Sant Sesekali makan memang sangat sedap1 Rindu air tangan ibu.

Amie berkata... Reply To This Comment

@Syaz Eym Kalau dah namanya lempeng ni, orang-orang lama memang laju jew...

Amie berkata... Reply To This Comment

@Kamsiah yusoff Oooo...begitu ceritanyanya. Pernah dengar nama peknga, tapi baru kali ini dengar tempek dalamb belanga.

Amie berkata... Reply To This Comment

@abuikhwan Waalaikumussalam.
Betul tu... di sebalik lempeng, banyak kenangannya!

Amie berkata... Reply To This Comment

@Eza boom boom Ya betu. Kelapa itu nyior @ nyok.

Amie berkata... Reply To This Comment

@namakucella Hahaaa... jemput makan sama!

Amie berkata... Reply To This Comment

@TukangKebun Kukur kelapa ye, bukan parut kelapa. Cantik hasil kelapa kalau guna pengukur.

Amie berkata... Reply To This Comment

@Kakmim Tak cukup sekeping kalau makan ni tau heheee...

Amie berkata... Reply To This Comment

@Azhafizah MN Betul tu Fiza. Tetiba rasa nak melempeng lagi...kah!

Amie berkata... Reply To This Comment

@Atie Zieya Jemput Atie... makan sama.