ADSENSE

Sabtu, 5 Disember 2020

Menuai Buah di Musim PKPB

Selepas solat Subuh pagi tadi, sayup-sayup terdengar suara Encik Suami beritahu keluar rumah. Masih awal pagi, mata pun sangat berat untuk dibuka. Terlelap lagi, dan tidak lama kemudian terjaga. Cuba mengingat semula apa yang Encik Suami beritahu pagi tadi. Beberapa saat kemudian barulah teringat  kata-katanya: Ada tiga biji mangsa masak. Dua biji di dapur. Sebiji nak bagi kakak.

Kita bergegas ke dapur. Terpandang dua biji mangga udang tergolak atas meja. Sebiji agak besar dan sebiji lagi saiznya kecil sedikit.

Mangga Udang

Mangga udang ini sudah masak. Nampak terbelah merekah pula di bahagian atasnya. Amie timbang, beratnya 2.3 kg.

Mangga udang saiz kecil sedikit ini beratnya 1.7kg.

Dapat mesej dari anak buah dengan gambar buah mangga udang dipeluk anaknya, Mysara. Mesej berbunyi: Terima kasih nenek atok Farid. Besarnya ya ampun!


Kita buka tingkap dapur. Terfikir-fikir nak masak apa untuk sarapan pagi anak-anak. Terpandang pula mangga udang yang bergantungan di tangkai. Jom kita keluar ke belakang rumah sekejap.

Sebahagian besar buah mangga udang dibungkus kemas dengan plastik. Ada beberapa biji yang tidak dibungkus. Nampaknya Encik Suami terpaksa tongkat ranting pokok mangga untuk menahan berat buah mangga udang daripada terus 'terduduk'. atas tanah.


Terpandang pula baki buah anggur di ranting kecil bersebelahan pokok mangga udang. Nampaknya anggur ini merupakan sisa-sisa makanan burung dan kelawar.


Buah limau nipis terlebih matang!

Buah limau kasturi pun sudah boleh dipetik.

Buah pisang belum boleh dituai. Tak tahulah apa nama pisang ini. Kalau masak boleh terus makan begitu saja. Pokoknya kecil dan rendah, tapi rajin berbuah. Encik Suami saja-saja tanam di belakang rumah. Amie pula selalu ambil daunnya untuk masak-masak.



Ketika buah lain sedang dituai, buah mata kucing Brazil pula baru timbul menjadi putik. Kali ini tidak semeriah musim sebelumnya. Dalam seranting, hanya dua tiga biji sahaja yang ada.

Cerita asal hanyalah tentang tuaian buah, tapi meleret hingga ke putih puah pula.... ahaks!

8 ulasan:

mama sara nur berkata... Reply To This Comment

uihhh besarrrnya mangga tu alhamdulillah rezeki
sukanya sy kalu mangga ni he hee
syokkan dpt petik sendiri,

Syaz Eym berkata... Reply To This Comment

Besarnya mangga yang dipeluk tu! Seronoknya ada banyak buah

namakucella berkata... Reply To This Comment

Teringat lagu si Jali-jali..

Palinglah enak si mangga udang
Pohonnya tinggi pohonnya tinggi buahnya jarang
Palinglah enak si orang bujang,
Kemana pergi kemana pergi tiada yang melarang

Kakmim berkata... Reply To This Comment

besarnya mangga tu!!! mkn sejuk² nyam nyam

Azhafizah MN berkata... Reply To This Comment

Besarnya buah mangga tu kak amie. Puas makan! Alhamdulillah rezeki dikongsi bersama. Banyak tanaman, banyak juga hasilnya. Pertama kali tengok buah mata kucing Brazil.

Nur berkata... Reply To This Comment

Besarnya buah mangga. Banyak juga hasil tanaman di rumah Amie ye. Saya ingat nak tanam pisang juga, tapi pikir lagi sekali, sini banyak beruk melintas. Terus tak jadi. :)

Atie Zieya berkata... Reply To This Comment

depan rumah atie ada mangga apple ! tapi dah lama tak berbuah

Nina Mads berkata... Reply To This Comment

macam2 masakan boleh dibuat dgn mangga ni..

puas makan. kalau beli di semenanjung harga mahal