ADSENSE

Selasa, 8 Disember 2020

Pagi Yang Indah

Pagi ini Firdaus mula menjawab kertas pentaksiran sekolah agama, dimulai dengan mata pelajaran Bahasa Arab, diikuti dengan Imlak. Bermula dari pukul 8: pagi, dan setiap satu mata pelajaran diberi tempoh masa untuk menjawab selama 1 jam. Tepat pukul 8:00 pagi, guru sekolah agama meminta ibu bapa menghantar gambar anak masing-masing sedang menjawab kertas soalan.

Firdaus sedang menjawab kertas Bahasa Arab.

Ketika sedang menjawab kertas soalan Imlak, Firdaus kata perutnya lapar! Pagi tadi Firdaus bangun agak lewat, terus mandi, dan bersiap untuk menjawab soalan. Amie kata, siapkan jawab soalan dulu, nanti Mommy sediakan sarapan.


Inilah sarapan pagi Firdaus. Katanya: Wah! Mommy buat sarapan yang special untuk Daus!
Ada kentang goreng, telur mata dan hirisan buah-buahan. Jambu air setangkai dua biji itu pemberian jiran sebelah rumah.


Pagi-pagi lagi jiran sebelah rumah beri salam.
Terkejut sungguh dapat sebesen kecil jambu air!

Kelmarin, jiran suruh suami petik jambu air di depan rumahnya. Encik Suami pun pergilah petik (gambar atas). Pagi ini ditambah lagi satu besen!  Alhamdulillah. Rezeki jangan ditolak. 

8 ulasan:

Sha Mohamed berkata... Reply To This Comment

Sedapnya sarapan dia.. Cukup semua..

norhidana berkata... Reply To This Comment

handsomenya dia dengan rambut belah tepi tu....
sarapan tu pun aduh kalau acik pun terliur daus kan...

bestnya dpt jambu air tu kak, makan gitu best cicah dengan colek sedap, teringat masa kecik dulu... kicap+gula+ cili api... gaul pastu buat cicah dengan jambu air memang tak boleh berhenti

Seri Kandi Di Tanah Jauhar berkata... Reply To This Comment

Good luck, handsome!

Atie Zieya berkata... Reply To This Comment

arabic bahasa yg kedua tersusah!!! bgos firdaus ! klu belajar dari skrg.. nanti cepat pandai

Kakmim berkata... Reply To This Comment

special bekfes firdaus ye.. semoga dipermudahkan menjawab ujian hari ni

namakucella berkata... Reply To This Comment

Handsome Daus... Serius betul tu ente buat kerja Daus... Ana doakan ente jadi anak solleh...

TukangKebun berkata... Reply To This Comment

Special for Firdaus mesti mood kembali happy dan semangat lepas jawab soalan periksa.

Azhafizah MN berkata... Reply To This Comment

Tekun benar daus jawab exam. Bagus daus ni. Tentulah seronok dia dapat hidangan comel macam tu kak amie. Rezeki dapat buah jambu air tu. Alhamdulillah.