Satu Ekor Ikan Susu Masak 2 Cara

by - 9:21 PTG

Encik Suami beli seekor ikan susu. Besar juga saiznya. Mungkin lebih 1 kg. Kita teringin nak makan ikan masak asam pedas. Anak-anak pula suka makan ikan panggang. Encik Suami tak kisah, mana-mana pun dia makan. Sambil membersihkan ikan, sambil memikirkan bagaimana untuk menyelesaikan masalah.... ahaks! Tiba-tiba terfikir : Ikan bersaiz agak besar ini boleh dipotong dua. Separuh masak asam pedas, separuh lagi boleh dipanggang! Akhirnya, terhasillah dua cara masakan. Sebahagian ikan dimasak asam pedas, sebahagian lagi panggang. Jadi, win-win situation. 


Bahan-bahan:
3 kepingan ikan susu
1 kuntum bunga kantan - belah 4
7 tangkai pokok kesum
1 batang serai - diketuk
2 biji tomato - belah 2
2 keping asam gelugor
4 sudu besar minyak
700 liter air
garam / gula / perasa pilihan secukupnya

Bahan kisar:
15 tangkai cili kering
7 biji cili padi
1 sudu kecil belacan
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 cm kunyit
1 cm halia
1/2 sudu kecil lada hitam

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan serai sehingga pecah minyak.
2. Masukkan asam gelugor, daun kesum, bunga kantan serta air. Biarkan mendidih sekurang-kurangnya 5 minit. Lebih lama mendidih, lebih baik.
3. Masukkan ikan susu.
4. Biarkan ikan susu masak dan kemudian masukkan buah tomato.
5. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
6. Padamkan api dapur.

Ikan Susu Masak Asam Pedas



Sementara menunggu kuah asam pedas mendidih, siapkan pula ikan susu yang akan dipanggang. Tumbuk halia, kunyit hidup dan bawang putih, 1/2 sudu kecil lada putih dan 1/2 sudu kecil lada hitam. Tambahkan garam / perasa pilihan. Tambahkan 1 sudu besar minyak dan gaul sebati dengan bahan tumbuk. Kemudian lumurkan bahan tadi pada ikan. Panggang hingga masak. Bolehlah hidangkan dengan sambal kegemaran dan juga ulam-ulaman.

Ikan Susu Panggang

You May Also Like

8 ulasan

  1. Bahagian kepalanya memang sesuai buat masak asam pedas.
    Nampak sedap kejadiannya.

    BalasPadam
  2. Resepi ikan lagi, terbaiklah. mhn keizinan untuk copy. manalah tahu ada masa terluang boleh cuba.

    BalasPadam
  3. settle masalah, sekor ikan boleh buat 2 masakan. tak payah ribu ribut..hihi..terbaik hidangan dapur kak amie :)

    BalasPadam
  4. sedap tu keduadua cara masakan rajin amie

    BalasPadam
  5. idea utk makan tgh hari japg.. hope mama sudi buat hahehehe

    BalasPadam
  6. alahai sedapnya asam pedas tu. nak beli periuk tanah jugak lah

    BalasPadam
  7. asam pedas memang sedap tp ikan susu ni tak pernah tgk. hehe

    BalasPadam