Makan Pulut Kuning Kari Ayam Di Kala Hujan Petang
3:33 PTGHujan masih renyai-renyai. Seronok sungguh kalau dapat layan mata, lelap buat seketika. Tapi takut terlanjur sampai ke petang pula. Paksa diri untuk segarkan mata dengan minum air kosong dua gelas. Kemudian duduk berdua bersama Firdaus di ruang tamu. Ketika sedang membimbing Firdaus membuat ulangkaji untuk peperiksaan akhir tahun sekolah agamanya, tiba-tiba telefon berbunyi. Rupanya Dik Za Fauzan yang menelefon, dan katanya ada oleh-oleh untuk kami. Dan dia sudah berada di hadapan pintu pagar. Dik Za Fauzan hantar pulut kuning yang cantik dihiasi telur goreng warna-warni dan kari ayam. Kata Dik Za Fauzan, dia akan hantar pulut kuning dan kari ayam masakannya ke rumah kawan-kawan yang lain. Sedap sungguh pulut kuning cecah kari ayam, masakan Kelantan! Dik Za Fauzan memang pandai memasak. Sebelum PKPB dan PKP yang lepas, hari-hari lapangnya diisi dengan berniaga nasi kerabu, laksam, dan kuih-muih di pasar tani, dan pasar malam. Banyak tempahan makanan diterima sehingga tak menang tangan dibuatnya. Emak dan ayah Dik Za Fauzan serta adik-beradiknya yang lain memang berniaga makanan di Kelantan, jadi ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi!
Pulut Kuning Kari Ayam |
Kenangan November 2019 bersama Dik Za Fauzan dan Kak Pah (jalan-jalan ke LD dari Kelantan) di Restoran Aman Santai, Sri Perdana. |
Kunjungan kami ke Bachok, Kelantan pada Disember 2019. |
Bersama ayah dan ibu Dik Za Fauzan. |
Kata Dik Za Fauzan, pulut kuning kari ayam ini sempena ulangtahunnya pada 4 Disember 2020 lepas. Happy belated birthday dik. Moga sentiasa sihat dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Aamiin.
6 comments
Rasa terliur sungguh melihat gambar tu dari kacamata seorang peminat pulut kuning macam saya
BalasPadamSaya suka pulut kuning, Amie. Sedap nampak, lagi dengan kari ayam. Nyummmy..! :)
BalasPadamSedapnya pulut kuning dan kari ayam. Tepat pada masanya menikmati hidangan sedap macam ni di kala hujan petang.
BalasPadamTerliur pula tengok gambar pulut kuning dan Kari ayam.
BalasPadamlama tak makan pulut kuning.. terliur tgk kari ayam
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadam