ADSENSE

Rabu, 2 Disember 2020

Order Minuman Panas dari Tealive Lahad Datu

Biasanya kalau melihat Amie sedang sibuk berBDR, Abang Farid akan order makanan dan minuman secara online kalau dia rasa lapar. Dibelikan sekali untuk adik-adiknya. Kalau minuman pula, Abang Farid akan ajak Amie minum, tapi biasanya Amie tolak sebab minuman pilihannya yang manis dan berais. Kalau Amie minum pun cukuplah seteguk dua sahaja.

Sejak tiga hari lepas, berturut-turut pula Abang Farid belikan Amie minuman panas. Semuanya Abang Farid order online dari Tealive Lahad Datu dan dihantar oleh Foodpanda. Terima kasih Abang Farid. Segalanya mudah dan dipermudahkan. Alhamdulillah.

Hari Isnin : Coco Latte

Hari Selasa: Coco Mocha

Hari Rabu : Hazelnut Coco

16 ulasan:

Farrah MF berkata... Reply To This Comment

Syok ni, kak. Sambil BDR, sambil hirup minuman panas.

Nur berkata... Reply To This Comment

Wah, baik anak Amie, ingat kat mak, belikan air panas. Saya tak pernah order tealive kat food panda. Camana rider tu nak bawa air lagi, kot tumpah. Hehe..

Azhafizah MN berkata... Reply To This Comment

3 hari berturut turut bertea live. Sedap tu. Sesekali teringin terus order je senang :)

SalbiahM berkata... Reply To This Comment

Rasa nak order jugaklah. Tak pernah lagi minum minuman panas tealive. Selalu beli boba je

Sunah Sakura berkata... Reply To This Comment

jarang beli minuman panas tealive ni..biasa beli yang ais2 je..

Kakmim berkata... Reply To This Comment

abg farid ni mmg bff food panda ye.. hahaha... dia jer tkg order

namakucella berkata... Reply To This Comment

Bagusnya boleh tahan tak minum ais... Hihihi.. Saya dulu zaman muda tak minum ais. Dah tetua ni tetiba minum ais...

Amie berkata... Reply To This Comment

@Farrah MF Betul tu. Sedap pula tu.

Amie berkata... Reply To This Comment

@iamaSlowRunner Itulah saya pun terkejut. Tiba-tiba dia hulur minuman panas. Ingatkan Tealive hanya jual minuman sejuk. Air minuman tu kadang-kadang ada tumpah sedikit, mungkin kesan hentakan atau gerakan motosikal rider foodpanda.

Amie berkata... Reply To This Comment

@Azhafizah MN sedap-sedap pula tu minuman panas yang Abang Farid order.

Amie berkata... Reply To This Comment

@SalbiahM Sedap-sedap minuman panasnya.

Amie berkata... Reply To This Comment

@Sunah Sakura Saya ingat hanya ada yang sejuk, rupanya yang panas pun ada.

Amie berkata... Reply To This Comment

@Kakmim Betul tu. Boleh katakan setiap hari bff tu datang ke rumah...ahaks!

Amie berkata... Reply To This Comment

@namakucella Dah jadi orang tua. Gusi tak tahan minuman sejuk apalagi manis. Bila sakit gusi sakitnya aduhai... tu pasal terpaksa beringat-ingat hihihiii.

TukangKebun berkata... Reply To This Comment

Duduk menumpang kat rumah mak ni peti ais kecik. Jadi dah kurang minuman sejuk dah. Ais pun tak buat penuh stok makanan.
Macam2 bentuk packaging untuk food online ni.

Dunia Zumal berkata... Reply To This Comment

Belum pernah order minuman panas kat tea live. Nanti nak try