Itik Panggang Sos Plum

9:01 PTG

Ada seekor itik. Sudah siap dibersihkan. Sudah beberapa hari tersimpan dalam freezer. Setiap hari kalau muncul di dapur, Fuad akan tanya: Mommy panggang itikkah hari ini? Kalau kita sedang masak, ditanya lagi: Mommy masak itikkah? Kalau terbau aroma masakan di dapur, cepat-cepat dia menerpa dan bertanya: Itikkah itu?
Kita sebenarnya terfikir-fikir juga nak masak apa dengan itik nan seekor ini. Besarlah juga saiznya kalau sudah togel bersih tanpa organ dalamannya, berat mencecah 2.7kg. Apabila minta pandangan Encik Suami nak masak apa. Pangganglah sahaja jawapannya. Fuad menunggu itik panggang. Encik Suami kata pangganglah itik!
Akhirnya, siaplah Itik Panggang Sos Plum untuk hidangan malam kami.

Itik Panggang Sos Plum



Hidangan malam : Peha itik panggang sos plum bertemankan kentang, bawang dan lobak merah panggang. Tambahkan sayur brokoli celur.



Keluarga Encik Suami memang sukakan itik, tapi bukan itik panggang seperti yang Amie buat. Mereka akan rebus itik hingga empuk, kemudian lumur dengan lada putih dan bahan perasa. Selepas itu itik tadi digoreng. Antara ayam dan itik, mereka lebih menggemari itik. 
Ada macam-macam cara untuk mengolah itik. Terpulanglah ikut selera dan citarasa masing-masing. Amie pun tidaklah mengikut resepi tertentu, hanya perap seketika dengan bahan-bahan yang mudah didapati di dapur seperti halia, bawang putih dan lada putih. Kemudian Amie campurkan dengan sos tiram, serbuk cili, serbuk kunyit dan Maggi Cukup Rasa. Amie tambahkan serbuk cili untuk dapatkan warna itik panggang yang cantik. Memandangkan itik panggang sedap diratah, Amie panggang juga kentang dan lobak merah. Jadi tak perlu masak nasi. Jom kita lihat resipi Itik Panggang Sos Plum di bawah ini.
Bahan-bahan:
1 ekor itik bulat - lumur seluruh badan itik dengan 2 sudu besar garam halus - bilas hingga bersih - toskan
8 biji kentang - belah 2 dan rebus hingga empuk sedikit
2 batang lobak merah - buang kulit - potong dan belah 2 - rebus hingga empuk
sekuntum brokoli saiz kecil - celur hingga lembut - toskan
2 labu bawang besar - belah 2
1 cawan tomato ceri 

Bahan pemerap:
5 ulas bawang putih + 4 cm halia - kisar halus
1 sudu besar serbuk lada putih
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar Maggi Cukup Rasa
4 sudu besar sos tiram
Campurkan kesemua bahan pemerap dan gaul sebati.

Cara memasak:
1. Panaskan oven selama 15 minit pada suhu 150'.
2. Lumur itik dengan 3/4 bahan pemerap. Letakkan di atas dulang pembakar. 1/4 bahan pemerap lumurkan pada kentang dan lobak merah rebus. Ketepikan.
3. Masukkan dulang itik ke dalam oven. Kentang dan lobak merah biarkan dahulu di luar oven.
4. Gunakan api atas bawah, dengan suhu 200'. Panggang selama 1 jam. Ketika ini lemak itik bertukar menjadi minyak. Boleh buang jika terlalu banyak minyak.
5. Keluarkan dulang itik dari oven. Susun kentang, lobak merah dan bawang besar ke dalam dulang itik. 
6. Masukkan semula dulang itik ke dalam oven dan turunkan suhu ke 180'. Bakar lagi selama satu jam gunakan api atas bawah.
7. Untuk memastikan itik sudah masak sepenuhnya, cucuk bahagian itik seperti peha dan dada dengan garfu. Jika bahagian tersebut sudah lembut, bolehlah keluarkan itik dari oven.
 
Untuk menghasilkan sos cecahan itik panggang, Amie hanya campurkan Sos Plum jenama LIFE dengan sos cili Thai Maepranom Cap Ayam. Tambahkan sedikit air supaya sos tidak terlalu pekat dan masam masin. Kalau sukakan rasanya yang kuat, tak perlu bubuh air. Sudah bubuh sedikit air, didihkan seketika di atas api dapur. Siap!

Lobak merah menjadi pilihan anak-anak berbanding kentang. Mungkin disebabkan rasa lobak merah yang manis setelah dipanggang. Itu sebabnya Amie suka lebihkan lobak merah sebab ada raja lobak di rumah kami. Raja lobak itu merangkap raja ikan! Tak lain tak bukan Fuadlah tu. Oh ya! Raja ayam  (Abang Farid) tak mahu makan itik panggang. Jadi Amie panggang ayam untuknya.




Buat peminat itik pangang, jom makan sama! Bismillah.

15 comments

  1. nmpk sedap...jarang makan itik..

    BalasPadam
  2. Lama dh x mkn itik.. kalau dinner kt hotel je salu dijamu itik.. famili pakcik di tawau pn suka itik.. makcik kakmim yg x reti masak itik pn dh pakar dh masak itik sejak jd org tawau

    BalasPadam
  3. Sedapnya.
    Wak pun suka daging itik.
    Tu yang bela itik serati/nila untuk makan sendiri.
    Malangnya pn is3 dan anak2 tak reti makan itik tapi telur itik masin mereka makan.

    BalasPadam
  4. Tukang Kebun teringin masak itik.
    Tapi dalam rumah ramai tak makan daging itik.
    Jadi itik serati biasanya buat hiasan dalam kebun sampai tua.
    Cantik nampak itik tu di panggang.

    BalasPadam
  5. HUHU wak x sukak itik., kuek kuek

    BalasPadam
  6. Wah, nampak menyelerakan. Lama tak makan itik

    BalasPadam
  7. Bilalah saya ni nak berani makan itik 😣

    BalasPadam
  8. kita walaupun bukan penggemar itik tapi kalau nampak itik panggang macam ni, haruslah berulang meratahnya, dan sy suka lobak!!

    BalasPadam
  9. wah itik panggang...pernah mkn juga kt cafe..lg 1 itik salai tp husband tk mkn itik

    BalasPadam
  10. Wahhhhh
    Wahhh...
    Wah.....

    Sedapnya itik panggang...Sini kalau siap panggang & ready to eat sekor RM 75

    BalasPadam
  11. Ya allah Kak Amie..kat mana plak nak beli itik fresh ni...hahahah...nak buat macam ni jugak la..nak guna resepi kak amie ni...SA share rsepi ye...

    BalasPadam
  12. saya kalau masak itik selalu kelentung anak2 cakap ni ayam...sbb dia org tak makan bila bgtau itik

    BalasPadam
  13. Tak pernah lansung rasa itik sebab tak makan. huhu
    Tapi cara panggang dengan sos tu pasti sedap!

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe