ADSENSE

Rabu, 9 Disember 2020

Miang Pla Pao

Sebelum ini Amie pernah kongsikan paparan Miang Pla Pao versi Ikan Bakar Garam. Kali ini Amie cuba pula ikan talapia goreng. Firdaus pun ikut makan, cara bungkus isi ikan, mee hoon dan sos dalam daun salad! Katanya, sedap isi ikan talapia goreng. Bila dia kata sedap, disusuli pula dengan pesanan: Nanti Mommy buat lagi ya.

Miang Pla Pao

Ulam-ulamannya pula Amie bubuh mini lettuce, green coral salad dan daun selasih.

Bihunnya pula, Amie gunakan bihun beras keluaran Thailand.


Selain ikan talapia goreng sebagai watak utama, jangan lupa 3 jenis sos yang menghidupkan kemeriahan dan kelazatan ketika menikmati Miang Pla Pao! Sos merah, sos hitam dan sos hijau. Selain itu, kewujudan daun selasih turut menyumbang kepada suasana ala-ala Thai. Banyak adik-beradik selasih. Pilihlah mana yang berkenan. Selasih Thai warna ungu yang kami tanam sudah mati, jadi Amie petik pucuk selasih yang tak berwarna tapi beraroma sama seperti selasih yang lain.  Kalau tak ada selasih, boleh cari aroma dari ulaman lain seperti ketumbar Jawa!

6 ulasan:

TukangKebun berkata... Reply To This Comment

Rasa nak pancing pula ikan talipia kat kampung ni hehehe

Sunah Sakura berkata... Reply To This Comment

lawa sungguh platingnya amie..saya kalo dapat ikan talapia gini mau meratah macam tu aje...

Atie Zieya berkata... Reply To This Comment

cantiknyaaa presentation kak amie ni

Nina Mads berkata... Reply To This Comment

betul sedap isi ikan talapia. nampak terliur, dimana nk mencari ikan ni. hehe

musim pkp susah nk jumpa

Suria Amanda berkata... Reply To This Comment

Abah SA rajin mancing...kalau la dapat tilapia hitam besar2 boleh la buat macam ni..kalau tilapia merah ni nak kena beli kat pasar...

Azhafizah MN berkata... Reply To This Comment

Teringin nak makan sebab pernah nampak dalam youtube orang makan ni. Tapi tak tahu nama dia. Dah tahu menunya nanti boleh lah cuba. Macam sedap je. Style macam orang korea makan bulgogi tu.