Nasi Goreng KFC Viral

2:03 PTG

Seboleh-bolehnya hari ini nak masak seringkas mungkin sebab nak gunakan sebahagian hari untuk selesaikan tugas hakiki. Pagi tadi memang tak masuk dapur. Alas perut seadanya sahaja. Ketika sedang berBDR, teringat nasi goreng KFC yang sudah lama viral di Jepun, dan kemudian merebak ke negara-negara sekitar Asia Tenggara termasuk Indonesia dan Malaysia. Pernah nampak resipi ini di dapur Dana: NORHIDANA dan baru-baru ini jumpa ladi di dapur Azhafizah: SI HATI MERAH JAMBU'S DIARIES. Nasi Goreng KFC Viral ini sebenarnya agak lama juga Amie nampak, barangkali sekitar tahun 2019 begitu. 

Apabila satu-satu resipi itu sudah masuk ke mana-mana dapur, sudah tentunya akan keluar hidangan dengan pelbagai versi. Masuk dapur Dana, caranya begitu, masuk dapur Azhafizah cara begini. Masuk dapur Amie pula, caranya begitu dan begini pula.... ahaks! Asal resipinya sangat mudah sebagaimana bermulanya di dapur Jepun, hanya tambahkan kicap dan stok ayam serta KFC sahaja. Kemudian ditokok tambah bahan oleh peminat resipi ini untuk memenuhi selera dan citarasa masing-masing.

Cara penyediaannya juga sangat mudah. Ikutlah nak gunakan beras apa, dan masak di dalam rice cooker seperti memasak nasi yang kita makan sehari-hari. Amie gunakan beras basmathi, dengan tokok tambah lobak merah serta jagung. Amie juga masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Untuk rasanya pula, Amie masukkan 3 sudu besar stok ayam pekat. Manakala untuk mendapatkan warna yang Amie inginkan, Amie bubuh 1 sudu besar tomato puri. Penggunaan tomato puri ini tidaklah menjejaskan kelazatan nasi goreng KFC ini. Tidak ada rasa masam tomato! Jom kita lihat langkah demi langkah semudah ABC untuk menghasilkan Nasi Goreng KFV Viral ini.


Nasi Goreng KFC Amie's Little Kitchen

Amie gunakan Spicy KFC sebanyak 5 ketul. Minta tolong Abang Farid beli online.
Memang nak buat nasi goreng lebih, kalau boleh anak-anak makan sampai ke petang. Jadi petang nanti tak perlu angkat periuk lagi.

Bahan-bahan:
  • 3 cawan beras basmathi - rendam selama 20 minit - bilas bersih - toskan
  • 4.5 cawan air
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1 sudu besar puri toato
  • 3 sudu besar stok ayam pekat
  • 1 cawan isi jagung
  • 1 cawan lobak merah potong dadu
  • 3 ulas bawang putih cincang
  • 1 labu bawang besar cincang
  • 5 ketul ayam goreng (KFC) - spicy


Masukkan beras basmathi, bawang putih, bawang besar, jagung, lobak merah, stok ayam pekat dan puri tomato ke dalam rice cooker. Tuangkan air dan kacau rata. Kemudian susun ayam goreng KFC di atasnya. Tutup rice cooker dan tekan butang on. Biarkan masak sehingga nasi tanak.
Amie tinggalkan dapur untuk sambung kerja online. Beberapa minit kemudian Amie suruh Firdaus ke dapur dan hidu kalau ada apa-apa bau dari dapur. Firdaus kata, ada bau sedap dari dapur! Alhamdulillah. Nasi sedang dalam proses masak. Tidaklah nanti kalau ke dapur setengah jam kemudian, peristiwa lama berulang kembali: Suiz on tidak ditekan! Uwaaaaaa.....
Kita pun teruskan kerja dengan rasa senang hati. Tambah teruja apabila terbau semerbak aroma nasi goreng KFC dibawa oleh angin ke ruang tamu. Enak banget baunya! Tidak lama kemudian, Encik Suami pun sampai, pulang dari kerja. Anak-anak yang lain pun teruja sama nak tahu apa benda yang kita masak hari ini.
Firdaus tak sabar-sabar beritahu Encik Suami: Baba! Baba! Mommy masak nasi sedap! Cepat Baba ke dapur!



Taaraaa....
Ini dia rupa nasi goreng KFC dalam rice cooker! Tiba-tiba ada dua biji telur pulak di situ. Heheheee... Amie sengaja masukkan di situ untuk dijadikan hiasan. Nasi sudah tanak dan masak sempurna. Kita keluarkan ketulan ayam goreng KFC terlebih dahulu.


Setelah ayam goreng KFC dan telur rebus dikeluarkan, beginilah keadaan nasi yang ditanak tadi.

Sekarang kita gembur nasi tadi, dan jadilah seperti gambar di atas. Taburan jagung dan lobak merah nampak sekata.



Ayam goreng KFC yang dikeluarkan tadi, kita carik-carik gunakan garfu. Terpulanglah nak carik tebal atau tipis. Tulangnya tu keluarkan saja.



Selepas itu, masukkan semula ayam carik tadi ke dalam rice cooker.


Proses terakhir, gaul ayam carik KFC tadi dengan nasi.
Kemudian bolehlah nikmati bersama seisi keluarga!


Nasi Goreng KFC Viral dah siap!



31 comments

  1. Haha dulu pernah sekali.. yakin ni dah masak nasi. Lepas sejam tu nak hidang dah ni. Buka periuk, suprise!! Tak masak?? Eh lupa tekan ON. ������

    Wahhh sedapnya nampak.. ramai dah start buat nasi goreng kfc ni.. nanti Cik TK nak buat bila ada kesempatan

    BalasPadam
  2. Wahhh.. Kita baru tahu benda ni viral, hihi. Tapi rasanya menu ni takkan masuk dapur saya sebab kami lagi suka ratah ayam kfc tu dari makan dengan nasi, tapi mana tahu, bila dah tak ada idea nak masak apa, boleh cuba

    BalasPadam
  3. Ya Allah, sedapnya, Amie. Tengok gambar je dah tahu sedap. Malangnya, ayam kfc tak pernah ada lebih. Selalu habis bila beli. Bila la dapat try masak nasi goreng ayam kfc ni.

    BalasPadam
  4. saya kadang2 KFC x abes buat campak masuk nasi goreng lee hehe..
    tapi yang proper macam ni saya x penah cuba..

    BalasPadam
  5. Wah TK tak sangka pula resepi ni asal Jepun. Belum cuba lagi.

    BalasPadam
  6. Nampak menarik la kak amie...nanti nak cuba buat la...

    BalasPadam
  7. Sbnrnya sy br tau jugak menu ni dr blog fiza.. x pernah jumpa lg org viral di timeline fb sy kak.. hehehehe

    BalasPadam
  8. Kalau dah jumpa ayam goreng KFC, tak sempat tunggu nasi goreng.

    BalasPadam
  9. Wah menarik ni..Kalau dah cikgu Amie yang masak, lagi la.. Tiada yang tak menarik, waima telur dadar pun digulung kemas.. Suka tengok

    BalasPadam
  10. entah bila nk buat.. semua nampak sedap dan menyelerakan.

    BalasPadam
  11. Kalau tenguk pada resepi nasi tak di goreng pun tapi dimasak bersama ayam kfc. Masalahnya ayam goreng KFC tak sempat di buat nasi goreng....huk huk huk

    BalasPadam
  12. atie tgk ramai dah buat review nasi goreng kfc ni, tapi tak pernah lagi try

    BalasPadam
  13. Wah, meriahnya nasi goreng KFC Kak Amie!
    Saya hari tu beli kfc, tak sempat buat nasi kfc dah habis ayamnya 😂

    BalasPadam
  14. Perghh..nasi goreng KFC Viral paling padu dari dapur Kak Amie. Banyak rencahnya tu. Tambah pulak 5 ketul ayam KFC tu ha..Mahu tak berbau satu dapur.

    BalasPadam
  15. Wah sedapnya 😋 terliur dibuatnya

    BalasPadam
  16. Menarik. Saya selalu ketinggalan benda viral ni. Adoi. Nak try lah nanti

    BalasPadam
  17. mak ai menggoda betul kejadian dia tu amie!

    BalasPadam
  18. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  19. Adoi.. versi nampak mengancam dan menarik juga..

    BalasPadam
  20. wahhh sedapnyaaa......

    Enterprise vs sdn bhd yang mana terbaik untuk musim pkp ni?

    BalasPadam
  21. This blog is very amazing the writer teaches us to cooked Kfc fried chicken in different recipes.it's a nice and helpful blog for us. Now it's time to avail shutters in birmingham for more information

    BalasPadam
  22. great post thanks, It’s time to know about y2mate for more details.

    BalasPadam
  23. WOW! this meal look so healthy although it is made from junk food. I love you recipe and your creation. Keep entertaining us like that. Now its time to avail of the services of Doctors Gynecologist Lahore, click for more information.

    BalasPadam
  24. Thank you for recommending these websites to maintain our SEO abilities. Keep up the good job and provide us with additional details. Time to avail of the service of Doctors Child specialist in Lahore,click Here.

    BalasPadam
  25. Your recipes that you have shared with us looks so tasty. I personally love to eat fast food but you mix fast food with desi looks new style. Thanks for sharing these recipes with us.it's time to avail this Plumbing services in Jumeirah Circle Village visit us for more services in Dubai.

    BalasPadam
  26. Your recipes looks so yummy. I will try at home myself soon. Thanks for sharing these recipes with us. How to sign up for Nest Aware on iPhone https://guestpostingnow.com/how-to-sign-up-for-nest-aware-on-iphone/ for more details.

    BalasPadam
  27. This article is very amazing. The author teaches us to cooked Kfc fried chicken in different ways. It's a nice and informative also. Thanks for sharing this with us. Now it's time to avail this Detroit City Tour Services visit us to more services.

    BalasPadam
  28. I like your dish recipes that you have shared with us. It look so delicious and i will try it soon. Thanks for sharing this with us. Now it's time to avail metro car services https://metroairportslimo.com/ visit us for more details.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe