Nasi Goreng Ikan Masin 2 Versi untuk Makan Tengahari

2:25 PTG

Sudah siap laporan BDR. Sambung kerja semak menyemak pula. Rasa nak terkeluar biji mata membaca tulisan yang pelbagai rupa bentuk. Rehat sekejap. Cari minuman di dapur. Minum air kosong segelas. Sambung kerja. Intai dapur maya sekejap. Masak apa untuk hidangan tengahari tadi?

Amie masak nasi goreng ikan masin. Kelmarin masak lauk asam pedas ikan. Memang berlebihlah nasi sebab Abang Farid tak mahu makan nasi dengan ikan. Dia order KFC. Nak goreng nasi, tak banyak pula nasi semalam. Kalau goreng nasi, semua anak berebut nak makan. Tak kisahlah nasi goreng bubuh apa, jarang tak licin mangkuk nasi goreng. Amie minta Abang Farid masak nasi sikit, untuk tambahan nasi semalam.

Jadi, tengahari tadi ada 2 versi nasi goreng. Satu untuk anak-anak, dan satu lagi untuk Encik Suami dan Amie. Untuk anak-anak, nasi goreng ikan masin rasa pedas cili padi. Untuk kami nasi goreng ikan masin pedas cili padi tambah petai.

Nasi Goreng Ikan Masin dengan Petai

Untuk anak-anak yang suka sangat makan nasi goreng air tangan Mommy, ini dia Mommy kongsikan resipinya di bawah.
Bahan-bahan:
5 cawan nasi putih
1 cawan jagung biji
1 cawan jagung dipotong dadu
2 biji telur 
4 sudu besar minyak
garam / perasa pilihan
#petai

Bahan tumbuk:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
20 biji cili padi kampung
1 ekor ikan kutambak masin

Cara memasak:
1. Goreng ikan masin hingga garing. Angkat dan toskan. Tumbuk bersama bahan tumbuk yang lain.
2. Tinggalkan 4 sudu besar minyak bekas gorengan ikan masin di dalam kuali.
3. Tumis bahan tumbuk hingga terbit aroma.
4. Kemudian masukkan lobak merah dan jagung biji. Kacau-kacau dan biarkan masak seketika.
5. Pecahkan telur dan masukkan ke dalam kuali. Gaul rata.
6. Masukkan nasi putih, garam / perasa pilihan.
7. Gaul sebati dan padamkan api dapur.

Nasi Goreng Ikan Masin 

Setelah nasi goreng siap masak di kuali, Amie angkat sebahagian dan masukkan ke dalam mangkuk. Sebahagian lagi Amie tinggalkan di dalam kuali.  Nyalakan kembali api dapur, dan Amie taburkan petai. 


Tak perlu belah mata petai, masuk jew sebiji-sebiji... ahaks!
Bila petai sudah berubah warna, terus padamkan api dapur. Sedap makan nasi goreng dengan petai yang masih rangup begini.


Waalaaa.... sedap betul makan nasi goreng ikan masin yang pedas berapi, ditambah dengan petai! Tak nampak dah siapa yang lalu di belakang tu....ahaks!


24 comments

  1. Sedapnya...meriah nasi goreng tu. Menyerlah warna hijau petai.

    BalasPadam
  2. Rajinnya buat sampai 2 versi. Saya semalam masak nasi goreng Cina, 4 orang makan. Dah cukup. Hehe. Tak rajin macam kak Amie

    BalasPadam
  3. Rumah sy kalau pagi jer nasi goreng laku, tengahari masak nasi goreng amat jarang berlaku, kalau malam itu selalu, hihi

    BalasPadam
  4. nampak sedap nasi goreng amie..tapi kita tak makan petai, jadi kita nak versi tanpa petai tu sepinggan, ok!

    BalasPadam
  5. sedap ni lg sedap kalau tumbuk dgn lesung.. kan? kan?

    BalasPadam
  6. Sedap nasi goreng pedas. saya kena join makan nasi goreng anak anak tu. Petai dalam nasi goreng saya kurang makan :)

    BalasPadam
  7. Mata petai tu macam memandang engam harapan saya memakannya.. Hihihi

    BalasPadam
  8. Sedapnye nasik goreng ikan masin..lagi pedas lagi best 🤭, tapi nak yang kosong je. Taknak petai. Hihihihi

    BalasPadam
  9. Di rumah ni, nasi goreng memang favourite semua. Sedapnya!

    BalasPadam
  10. @SalbiahM Hehehe... tak susah mana. Angkat separuh, bubuh petai dalam kuali yang ada nasi separuh lagi tu.

    BalasPadam
  11. @Seri Kandi Di Tanah Jauhar Nasi goreng terlajak ke tengahari ni Sk hihihiii.

    BalasPadam
  12. @Kakmim Perencah nasi goreng kalau tumbuk dalam lesung sedap dia tiada tandingan...hahaha!

    BalasPadam
  13. @Azhafizah MN Itulah Fiza, kalau masak sekali harung, nanti anak-anak terkuis-kuis harta karun si petai tu, nak dibuang. Jadi kena dua versi.

    BalasPadam
  14. @namakucella Bahaya juga mata petai itu ye...kah!

    BalasPadam
  15. @Jaja Ahmad Saya tak cukup dengan pedas perencah, tima makan tu sedia juga beberapa biji cili padi buat tambahan macam ulam pulak dah.

    BalasPadam
  16. @Puan Hazel Kan. Nasi goreng memang pilihan ramai.

    BalasPadam
  17. Pagi ini wak pun sarapan nasi goreng dengan ikan gelama masam goreng.
    Cuma wak tak makan petai aje.

    BalasPadam
  18. Wah baru teringat masih ada ikan masin tak dimasak dan lebihan nasi banyak tersimpan dalam peti ais. Bolehlah buat nasi goreng ikan masin esok macam Kak Amie.

    BalasPadam
  19. Zumal suka nasi goreng ikan masin. Best sangat...

    BalasPadam
  20. Menarik nasi goreng kak amie tu.....terus rasa nak goreng nasi plak

    BalasPadam
  21. @Amie
    betul kak, masak dua versi senang. senang juga nak makan nanti tak ayah nak asingkan.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe