Cara Masak Sup Ayam dengan Selada Air

7:23 PTG

Bertemu kembali dalam dunia maya.
Kita sambung main masak-masak.
Kali ini Amie kongsikan resepi Sup Ayam dengan Selada Air.
Biasanya Amie masak sup dengan menambahkan kentang, atau betik tetapi kali ini Amie tambahkan selada air dan juga tomato. Sebelum ini kalau Amie masak sup dengan tambahan selada air, Amie hanya rebus ayam dengan halia, dan bawang besar serta bawang putih sahaja. Masakan kali ini Amie cuba ubah cara memasak dengan menumis terlebih dahulu bahan perencah termasuk rempah sup. Amie tak bubuh rempah 4 sekawan, sebab hanya inginkan rasa sup yang sedang-sedang sahaja tanpa aroma rempah yang lebih kuat.

Nampaknya Fairuz dan Firdaus suka sangat hirup kuah sup ayam ini, dan Fairuz yang habiskan banyak selada air...hiks!

Secekak selada air yang Amie gunakan dalam masakan sup. Ambil pucuknya yang muda. Kalau nak ambil banyak bahagian batangnya boleh juga, tetapi kena masak agak lama sedikit sebab ia agak liat.

Inilah bahan-bahan yang Amie sediakan untuk masakan sup ayam dengan selada air. Jom kita lihat bahan-bahannya di bawah ini:

500 gram ayam - Amie gunakan sayap @ kepak ayam - potong ikut saiz yang digemari
secekak selada air - ambil daun dan pucuknya yang muda
2 biji tomato - potong dadu
1 sudu besar serbuk rempah sup
1 sudu kecil lada putih - tumbuk
3 sudu besar minyak
4 cawan air
garam / gula / perasa pilihan

Bahan hiris:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2 cm halia

Inilah antara bahan yang paling disukai ketika memasak, terutama sewaktu menumis memang sedap sungguh aroma bawang merah dan bawang putih serta halia. Biasanya ketika menumis in, Firdaus akan lari-lari masuk dapur, tanya Mommy masak apa?

Boleh gantikan lada putih dengan lada hitam.

 Untuk ayam pula, boleh gunakan bahagian lain seperti kepingan dada, kaki dan sebagainya.

Buah tomato ini sebenarnya menjadi penyedap rasa, ada rasa manis dan masam - masam manja, tapi tentulah lebih kepada rasa manis.

 Daun dan pucuk selada air yang lembut dan muda.
Jom kita mula masak.

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan goreng bahan hiris hingga terbit bau dan berwarna kekuningan.
2. Masukkan rempah sup, dan cepat-cepat gaul rata kemudian masukkan ayam.
3. Masak sehingga ayam berubah warna (layu), dan jika terlalu kering tambah sedikit air.


 4. Tuangkan air dan biarkan masak mendidih.


 5. Apabila ayam mulai empuk,masukkan tomato.

 6. Setelah tomato menjadi lembut, masukkan pula selada air.

7. Biarkan kuah mendidih sekali lagi.
8. Perasakan sup dengan lada putih, garam / gula / perasa pilihan
9. Kacau sekali dua, dan padamkan api dapur.

Sup Ayam dengan Selada Air sedia untuk dinikmati!

5 comments

  1. cara kita msk sup sama lah kak, dana kadang suka msk sup rempah simple mcmni... bila nk boh rempah2 tu bau dia mcm kuat sgt... yg jenis mcmni si aiyan suka hirup kuahnya...

    cumanya selaga air tuh dana tak pernah try msk, rasa mcm pernah nampak kt pasaraya tp tak pernah nk try beli... camne rasanya ye kak

    teringat suka tgk rancangan memasak korea, ni kot yg diaorg suka mskkn dlm sup2 tuh... selain daun selom, sbb tgk daun n btg dia yg sama

    BalasPadam
  2. salam

    pokok selada ni family of watercress. Sedap makan ulam jugak..

    BalasPadam
  3. Norhidana,
    memang ada dijual di pasar tu, peniaga Cina suka jual ni. Cubalah masak sup gunakan selada air, baru tahu macamana rasanya... heheeee.

    Nor,
    betul tu.

    BalasPadam
  4. Sayur ni sedap masak sup cmpur dgn buntut ayam .. 😋 try laa .. sayur ni pun banyak khasiatnya

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe