Kelas Drop Premium Cookies 12 Jenis (Kak Yong's Cookies)
8:26 PTG
Selamat menghabiskan hujung minggu bersama keluarga tersayang!
Entri kali ini merupakan paparan aktiviti belajar buat biskut dua minggu lepas. Sekali lagi Amie berpeluang ikut serta Kelas Drop Premium Cookies 12 Jenis di bawah bimbingan Kak Yong yang cantik manis!
Antara biskut yang tak dapat dilupakan kelazatannya!
Inilah 12 jenis biskut yang kami pelajari pada hari tersebut. Sesiapa yang berminat terutamanya yang tinggal di daerah Lahad Datu, Kunak, Tawau dan negeri Sabah keseluruhannya, bolehlah klik FB KAK YONG'S COOKIES.
Sumber : KAK YONG'S COOKIES
Sebelum memulakan kelas, kami dijamu sarapan pagi dengan soto ayam yang sedap!
Amie memang tak boleh nampak soto, terutama pergedik kentang tu....hiks!
Selain soto ayam, Kak Yong sediakan juga kek dan bingka.
Kelas dimulakan dengan adunan biskut yang pertama iaitu Double Choc Cookies.
Biskut yang dipelajari hari ini sungguh mudah, setelah digaul sebati masukkan dalam piping bag dan tekan di atas dulang pembakar. Selain menggunakan piping bag, ada yang hanya perlu dibentuk dengan tangan sahaja.
Selain Double Choc Cookies, Kak Yong beri tunjuk ajar membuat Cashew Nut Cornflakes, Coco Crunchy, Milky Cookies, Red Velvet Drop Cookies, Nestum Crunchy, German Cookies, dan Almost Amos Cookies.
Biskut-biskut ini walaupun hanya gentel, bulatkan, guna piping bag dan sebagainya dan nampak mudah tetapi rasanya sangat sedap sebab bahan yang digunakan pun bahan pilihan dan berkualiti. Kak Yong gunakan mentega tulen, dan setiap kandungan pelbagai biskut terdiri daripada kacang gajus, almond nib, hawaian coconut, cranberry, coklat chip, coco crunch, cornflakes dan sebagainya.
Biskut yang baru keluar dari oven.
Memang nampak beza hasil tangan murid dengan guru! Kak Yong buat cantik, hasil tangan kami besar gedabak, sampai rupa jemput-jemput pun ada! Tapi rasanya tetap sama...sedap! Yang macam jemput cekodok ada warna merah hijau di atas tu Conflakes Crunch Cookies.
Di tengah-tengah kesibukan belajar, hidangan tengahari sudah tersedia. Berhentilah kami seketika untuk makan dan solat Zohor.
Macam-macam Kak Yong sediakan lauk makan tengahari untuk kami!
Ada ikan masak sos, ketam, rendang ayam, sayur terung, ulam-ulaman dan sambal belacan.
Alhamdulillah. Moga tambah rezeki Kak Yong.
Kemudian kami sambung buat biskut lagi.
Kali ini Kak Yong gunakan Tepung Mix Semperit Kak Yong's untuk membuat semperit dahlia. Kalau sesiapa ingin mencuba gunakan tepung ini, bolehlah jengah FB Kak Yong ye. Boleh tanya lebih lanjut mengenai tepung ini.
Kadang-kadang tak sabar nak merasa biskut yang baru keluar dar oven...hihihiii! Biskut masih panas tapi tangan nak juga ambil seketul Red Velvet Drop Cookies...hiks!
Ini biskut kegemaran Amie! German Cookies!
Alhamdulillah!
Petang itu kami pulang dengan rasa puas hati.
Sampai di rumah, Encik Suami kata sedap semua biskut yang Amie bawa pulang!
Raya nanti, buatlah untuk budak-budak, kata Encik Suami.
Kita ketawa saja...hihihiii!
Harap selepas ini, ada kesempatan untuk belajar masak-masak dengan Kak Yong.
0 comments