Cara Kukus Sotong Yang Mudah Tapi Sedap!
11:25 PG
Selamat menyambut Hari Pekerja 1 Mei 2019.
Alhamdulillah, hari ini cuti sehari. Dapatlah meluang masa sediakan sarapan pagi.
Entah mengapa dua tiga hari ini teringin benar nak makan sotong kukus! Tak kisahlah, ikut resepi mana asalkan sotong kukus! Akhirnya dek kerana tak sabar, maka mengukuslah sotong di pagi hari sambil menyiapkan sarapan pagi! Bahannya pun mana yang ada sahajalah.
Inilah rupa sotong kukus yang sering bermain di ruang mimpi dua tiga hari...hiks!
Sedap sangat bila makan ratah-ratah begitu sahaja.
Sarapan kami pagi tadi, mee horeng dengan daging rusa dan juga kuih cempiang. Daging rusanya nun jauh ditimbus oleh telur dadar...kihkihkihhh!
Kuih sempiang ini sedap sangat makan panas-panas dengan secawan kopi! Tak sedar, empat lima biji masuk perut!
Wokeh!
Walaupun cerita tentang sarapan pagi, mee hoon goreng dan kuih cempiang tapi Amie hanya nak kongsikan resepi sotong kukus yang sangat mudah, tapi rasanya sangat sedap. Bagi Amie yang buatkannya jadi sedap sudah tentulah pencicahnya itu....heheeeee!
5 ekor sotong segar - bersihkan - kelar-kelas sedikit - toskan
1 sudu kecil sos ikan
Cara mengukus:
1. Didihkan air dalam pengukus.
2. Gaul sotong dengan sos ikan - sekadar untuk sedikit rasa masin
3. Letakkan sotong ke dalam dulang pengukus.
4. Setelah air dalam kukusan mendidih, masukkan dulang sotong. Tutup periuk pengukus.
5. Kukus di antara 3 hingga 4 minit (gunakan api besar).
6. Buka penutup pengukus dan keluarkan dulang berisi sotong.
7. Ambil sotong kukus dan pindahkan ke dalam bekas lain, dan tinggalkan air sotong.
8. Bubuh sos pencicah di atas sotong.
Nak sediakan sos pencicah sotong juga sangat mudah. Kita lihat bahannya di bawah ini.
7 biji bawang putih
15 biji cili padi
1/2 cawan jus limau kasturi
1 sudu kecil sos ikan
garam / gula / perasa pilihan secukupnya
beberapa tangkai cili padi hijau dan merah - hiris
Cara:
1. Tumbuk cili padi bersama bawang putih.
2. Tambahkan sos ikan, garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
3. Tuangkan jus limau kasturi.
4. Gaul sebati, dan masukkan hirisan cili padi merah dan hijau.
5. Hidangkan sebagai pencicah sotong kukus.
3 comments
Wah.. sedapnya... :)
BalasPadamNak cuba jugak lah sotong kukus... nampak cam sedap je.
BalasPadamEyma,
BalasPadammemang sedap walaupun simple dimple!
Fadzillah,
cuba...jangan tak cuba, mudah saja heheee.