Sup Kaki Ayam & Campuran yang Menyihatkan

8:15 PTG

Assalamualaikum.
Rupanya hari ini 1 Disember 2018. 
Begitu pantas masa berlalu, tanpa disedari sudah berada hampir di penghujung tahun.
Mudah-mudahan apa yang diharapkan pada tahun ini akan tertunai.

Jom kita cerita tentang kepelbagaian masakan sup. Agak lama juga Amie tidak menikmati sup kaki ayam yang sedap yang biasa kakak ipar Amie masak. Selalunya, kakak ipar akan merenih sup sebelanga besar! Setiap kali kalau makan-makan di rumahnya, sup kaki ayam dengan pelbagai campuran memang tak pernah tinggal walaupun banyak hidangan lain yang lazat-lazat! Sedap jew kami hirup panas-panas!
Sup yang dimasak bukanlah jenis sup yang berat berempah seperti yang selalu kita masak. Tiada sebarang penggunaan rempah seperti lada hitam, kulit kayu manis, bunga lawang dan sebagainya. Selain kaki ayam dan pelbagai bahan lain, bahan perencahnya hanyalah bawang besar, bawang putih dan halia muda. Itu sahaja.
Jom kita lihat resepi Sup Kaki Ayam & Campuran yang Menyihatkan di bawah ini.

Sebiji bawang besar dibelah 4, 3 cm halia muda dihiris dan 7 ulas bawang putih dibiarkan begitu sahaja tanpa kulitnya.

 Gunakan kaki ayam segar. Amie gunakan 5 pasang kaki ayam (10 kaki).
Boleh juga tambahkan bahagian kepak ayam dan bahagian lain yang bertulang.

Sup Kaki Ayam ini akan menjadi hidangan yang beraroma segar apabila ditambah dengan akar teratai, lobak merah, kentang dan juga batang saderi.

Ini akar teratai. Nak disebut satu persatu khasiatnya, memang tak laratlah nak tulis. Antaranya ialah mengawal tekanan darah dan melancarkan sistem pencernaan. Kalau nak tahu khasiatnya yang lain, tanya Pak Google ye.... hiks!

Kentang pun banyak khasiatnya. Satu saja Amie nak kongsikan iaitu mengurangkan risiko batu karang.

 Saderi pula antara lain mampu mengurangkan kolestrol dan merawat tekanan darah tinggi.


Ada yang mengatakan lobak merah mampu mengurangkan risiko stroke!
Oh! Kalau begitu, rajin-rajinlah makan lobak merah. Selain mencantikkan warna hidangan, lobak merah juga mempunyai rasa manisnya yang tersendiri.

Kurma merah yang terkenal dalam hidangan masyarakat Cina ini turut mempunyai pelbagai khasiatnya yang tersendiri. Amie kongsikan pengalaman sewaktu hamil. Biasanya dari bulan ke bulan, bacaan hemoglobin ibu-ibu hamil semakin rendah. Kebetulan ketika itu, beberapa orang rakan sekerja hamil pada masa yang sama, dan mereka turut mengalami masalah hemoglobin rendah. Salah seorang rakan kami berketurunan Cina menyarakankan agar kami rebus beberapa biji kurma merah, dan apabila air rebusan sudah bertukar warna bolehlah padamkan api dapur. Air rebusan tadi hendaklah diminum sebagaimana kita minum air biasa. Kami amalkan saranannya itu dan meminumnya setiap hari, dan Alhamdulillah bacaan hemoglobin yang turun ke paras 10, kembali ke paras yang lebih stabil iaitu 11, dan seterusnya mencapai bacaan 13!

Ini white fungus kesgemaran Fuad. kalau Amie masak sup, memang inilah yang dicarinya ketika makan. Amie katakan padanya, inilah sarang burung...ahaks! Tak mampu beli sarang burung, white fungus pun sudah memadai. Kononnya sesiapa yang 'rajin' makan white fungus, kulitnya akan sentiasa awet muda. 


Dan sejenis bahan dalam sup yang menjadikan aroma sup semerbak ketika direnih ialah cendawan kering shiitake. Cendawan ini juga banyak khasiatnya, dan yang paling Amie suka dan ingat tentulah bonus awet muda untuk si pemakannya....ahaks!
Oh!
Bahan-bahan di atas itu tidaklah terhad banyak atau sedikit, sebab terpulang kepada citarasa masing-masing nak bubuh banyak atau sedikit. Walaupun sedikit, apabila disatukan makan menjadi bukitlah pula! Mari kita masak sup kaki ayam dengan pelbagai campuran ini. Kita cari periuk saiz besar sikit sebab nak tampung ar rebusannya.

 Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk.

Nampak tu....
Bila masuk semua bahan, hampir penuh pulak satu periuk!

Masukkan air.
Amie gunakan 2.5 liter air.
Kalau kakak ipar Amie tentu 4-5 liter air dibubuhnya!
Kemudian nyalakan api dapur dan biarkan masak hingga mendidih.

 Kira-kira antara 5-10 minit mendidih, bolehlah perlahankan api dapur. 

Amie gunakan api paling perlahan.
Dan renih selama lebih kurang 2 jam.
Amie renih 2 jam, tapi kakak ipar biasa renih lebih lama sahinggakan kulit kaki ayam bercerai dari tulang!

Ini hasilnya, Sup Kaki Ayam & Campuran yang Menyihatkan setelah direnih selama 2 jam. Jangan lupa perasakan dengan garam atau bahan perasa lain yang biasa digunakan.
Ringkas dan mudah sahaja penyediaannya kan?

Yang penting dapat hirup kuahnya yang panas bermangkuk-mangkuk! Maka peluh pun keluarlah di muka dan badan. Itulah tandanya sihat. Bukankah awet muda bermula dari dalaman dan kulit yang sihat?

2 comments

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe