Nasi Lemak : Asian Food Fest (Singapore)
11:05 PTG
Seronok rasanya dapat mengenali dan memahami resepi-resepi dalam dunia masakan. Walaupun adakalanya nama resepi sama tapi tidak semestinya serupa. Nasi lemak misalnya, bukan sahaja terkenal di negara kita tetapi turut menjadi hidangan istimewa di negara jiran seperti Indonesia dan Singapura. Mungkin cara penyediaannya berbeza sedikit, tetapi tetap berasaskan bahan yang sama. Kalau di negara kita, dari utara sampai ke selatan kita akan temui pelbagai jenis nasi lemak yang diolah dengan pelbagai cara serta lauk pauknya, begitu juga dengan nasi lemak di Singapura. Amie menemui beberapa resepi nasi lemak dari negara Temasik itu, dan akhirnya memilih resepi olahan Eric Teo dalam buku masakannya, Eric Teo's Simply Singaporean.
Sesungguhnya.... he heheeh ada sesuatu yang agak berbeza dalam penyediaan nasi lemak ini berbanding pelbagai jenis nasi lemak lain yang pernah Amie masak sebelum ini. Misalnya, cuka digunakan dalam ramuan nasi lemak. Belacan pula digoreng terlebih dahulu sehingga larut dalam minyak, dan kemudian masukkan pula udang kering yang telah ditumbuk disusuli pula dengan bahan-bahan kisar yang lain. Menarik bukan? Dan sudah tentunya Amie teruja ingin mencicipi hasil sambal istimewa ini yang ditambah dengan buah keras, iaitu bahan yang Amie gunakan buat pertama kali dalam menyediakan resepi sambal. Ayam gorengnya pula diperap terlebih dahulu, dan kemudian dicelup dalam adunan tepung sebelum digoreng. Bagaimana pun Amie tidak gunakan satu bahan yang tersenarai iaitu hua diao chiew. Apa pun Amie akan tuliskan resepi asal tanpa mengubah sebarang bahan dan cara penyediaannya.
Nampak menyelerakan tak? Jom kita tengok resepinya di bawah ini.
Ingredients
Rice:
900g long grain rice
1 stalk lemon grass
17g salt
120g pandan leaf - Amie gunakan 2 helai sahaja
200ml water
1 tbsp oil
1 tbsp old vinager
500ml coconut milk
Method:
1. Fry the lemon grass till lightly brown and fragrant in a sauce pan. Set aside.
Tince the rice twice and add into the rice cooker with the rest of the ingredients and the lemon grass.
3. Steam till cooked.
Untuk sayap ayam goreng pula, adunan tepung yang digunakan menghasilkan salutan sayap goreng yang rangup! Penggunaan minyak bijan pula menerbitkan aroma yang sungguh menyelerakan!
Chicken Wings Seasoning
Ingredients:
1kg wings, mid-joint
5g salt
5g chicken stock powder
5g sesame oil
5g light soya sauce
5g hua diao chiew - Amie tidak gunakan
5g white pepper
Chicken Wings Batter
Ingredients:
150g rice flour
6g corn flour
2g white pepper
3g baking powder
20g plain flour
2 tsp oil
250ml water, add last
Method
Chicken Wings Batter
Place all the ingredients in a large mixing bowl and fold them well until you get a smooth texture with water.
To prepare chicken wings:
Place the chicken wings in a large mixing bowl together with all seasonings. Mix well and keep chilled for 1 hour. To fry chicken wings, dip chicken wings into batter and deep fry at 160'C in hot oil till golden brown.
Kita lihat pula bagaimana proses penyediaan sambal di atas tu. Ingat ye.... tak bubuh garam! rasa masin wujud daripada udang kering dan belacan!
Sambal Chilli
(blend all together axcept dried shrimp and belacan)
Ingredients:
100g dried shrimp (blended)
200ml oil
50g belachan
40g garlic
100g onion
100g shallot
200g chilli paste
100g candlenut
200g sugar
Method:
1. Place oil in a large wok over medium heat.
2. Add belachan nd fry till it dissolves into the oil.
3. Add dried shrimps and fry till fragrant. Add the rest of the blended ingredients and continue to fry for 20 minutes over low heat stirring from time to time.
4. Add sugar to taste.
6 comments
salam singgah, all the best kak ^_^
BalasPadamMenarik, K.Amie. Sambalnya nmpk mengiurkan.
BalasPadamAssalam Amie, nampak berselera betul nasi lemak yang Amie hidangkan. Bahan-bahan yang digunakan pun berlainan sikit dari yang biasa... Insya Allah, saya nak juga mencubanya.
BalasPadamWe just had nasi lemak last weekend but it was home cooked. I am going to bookmark yours! THanks for sharing.
BalasPadamIs the rice sour..after adding vinegar?
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam