Tak Dapat Makan Sate di Warung Sate Lembah Brunei
8:57 PGBismillahirrahmanirrahim.
Pada mulanya dalam perjalanan dari Lawas ke Kota Kinabalu kami cadang hendak makan sate di Warung Sate Lembah Brunei, Benoni, Papar. Sayangnya setelah sampai ke situ, tutuplah pula warungnya!
Sate di sini memang memnikat selera, dengan kelupisnya sekali. Kami pernah makan di sini: Singgah Makan di Warung Sate Lembah Brunei, Benoni Papar.
Kongsikan sajalah gambar sate yang kami makan dua tahun lepas!
Sate Lembah Brunei, Beboni, Papar. |
Kecewa jugalah tidak dapat makan sate di Sate Lembah Brunei. Oleh kerana sudaha malam, kami singgah pula di Ikan Bakar Benoni.
Di Ikan Bakar Benoni ada ayam panggang dan tongkeng ayam. Tanpa banyak songel, kami terus duduk di situ dan memesan makanan yang ada.
Ayam Panggang |
Tongkeng Ayam Panggang |
Sedap juga meratah tongkeng ayam. |
Antara ikan panggang yang ada. |
Ikan Putih Panggang |
Kawan-kawan makan nasi putih dan memesan ikan panggang serta lauk-pauk yang lain.
Kerabu Rumpai Laut |
Malam itu kami menginap di Marina Court Resort Condominium, Kota Kinabalu. Rasanya tiada yang istimewa di situ, dan Amie tidaklah berminat untuk menulis entri tentang tempat penginapan kami kali ini. Kami habiskan sepanjang malam dan waktu pagi beramai-ramai menanda kertas peperiksaan yang diusung ke sana kemari, dari LD - Kundasang - Brunei - Bintulu - Miri, tetapi masih belum siap juga! Banyak waktu kami perlu untuk duduk tekun mengadap kertas.
25 comments
BalasPadamWpun takde cerita ttg tempat bermalam ni, tapi gambar last tu punya seribu makna. Terima kasih cikgu² yg berdedikasi 🌹
Terima kasih PH sudi memahami.
PadamLemak² tentunya rasa tongkeng ayam tu. Jarang sy jumpa restoran style begini, Kak Amie.
BalasPadamItulah yang tersedap, tongkeng ayam...ahaks!
PadamIkan panggang merah mata besar tu selalu beli dulu makan dengan nasi putih...
BalasPadamLupa apa nama ikan tu.
Padambetul2 release tension...lepas semak kertas periksa(tension), sambung jalan(release tension),,
BalasPadamHahaha...sambil menyelam minum air.
Padamsalams hari isnin kak amie, semua makanan rasa tergoda 😍😍
BalasPadamTerima kasih Mieja.
Padammenikmati suasana sekitar n sebagainya sambil bertugas mmg terbaik amie
BalasPadamTerima kasih Kak PI.
PadamTak ada rezeki nampaknya nak makan sate. Dah dikecewakan, kita makan apa yang ada je lah tanpa banyak songeh di tempat lain. Kang nak mencari lagi kesuntukan masa pulak, perut pun dah lapar kan. Dapat jugalah makan bakar-bakar panggang yang menyelerakan juga. Agaknya dah penat juga tak ada apa yang nak digambarkan. Kerja tetap diusung juga. Salute untuk semua guru-guru yang berdedikasi ni. Komitmen tak dilupakan walaupun bercuti.
BalasPadamBetul Fizah. Kalau dah penat, asalkan dapat alas perut, cukuplah.
PadamApa nak buat, sah nasib penoreh getah hihihiii.
Aiiiiih sambil kerja ya kak Amie.
BalasPadamTongkeng ayam itu kami sebut brutu. Saya sukaaaa hahahahaha. Walaupun banyak yg bilang geli, kotor, bagi saya itulah part ayam paling sedap hahahahahaha.
Sayangnya suami saya suka juga, jadinya kami sering berebut 🤣🤣.
Dulu-dulu wakry kecil di kampung kami tak dibenarkan makan brutu. Ada-ada saja pantang larang orang tua hihihi.
PadamTongkeng ayam bakar itu menggoda betul. Lagi-lagi bila baca post ini di waktu lunch. Terus rasa kelaparan😅 Faham rasa sedih bila hati berbunga-bunga rancang hendak makan tetapi kedainya tutup pula🥹Semoga ada rezeki next time ye.
BalasPadamIn syaa Allah.
PadamYang berlemak tu yang sedap 😁
BalasPadamSekarang kat pasar malam tempat kami dah ada tongkeng dan sayap panggang macam kat Kundasang. Pertama kali makan kat sana sedapnya lahaiiii...
Ha, boleh selalu beli tongkeng dengan sayap ayam panggang.
Padamberkilat-kilat sate dengan tongkeng ayam. sedap tuu
BalasPadamjauhnya perjalanan kertas tu dibawa kehulur hilir. nak siapkan dalam masa sehari memang tak sempat
Macam2 pilihan..lagi kenyang ambil nasi..Selamat menjalankan tugasan rasmi nampaknya
BalasPadamMenggoda sungguh ayam panggangnya tu kak oi.... punyala kerja bnayak tapi nak jalan itu di usungnya kertas periksa anak buah.
BalasPadamSA macam faham keadaan tempat bermalam tu..tersirat seribu cerita..xpe kak..x perlu share...makanan semua nampak sedap..ikan bakar tu ya allah kenapa tempting sangat tu...
BalasPadamfav sy juga tu tongkeng ayam...
BalasPadamwarghhh terus lapar dibuatnyaaaa