Semuanya Akan Jadi Kenangan!
7:26 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Setiap hari ada sahaja penoreh yang bawa bekal ke ladang. Bukan untuk diri sendiri tetapi untuk kawan-kawan. Ada yang setiap hari membawa (membeli) beberapa jenis kuih seperti karipap, popia, kaswi, kek pisang, cempiang dan sebagainya. Ya Allah! Kurniakanlah rezeki yang berlipatganda kepada rakan-rakan penoreh yang ikhlas membawa kuih untuk kami makan bersama. Sesungguhnya para penoreh yang masuk awal pagi ke ladang, sempat alas perut dengan sekeping dua kuih!
Bukan apa! Pembawa kuih-muih inilah yang menyelamatkan perut kami dari kelaparan kerana kantin tidak beroperasi sebelum kami masuk kebun untuk menoreh! Kelas bermula pukul 6:45 pagi sedangkan kantin belum bersedia melayan kami.
Kalau hendak dihitung memang tidak terkira jenis kuih yang kami makan. Gambar-gambar di bawah ini Amie ambil buat kenang-kenangan, waktu kenyang dan waktu lapar bersama pada minggu-minggu yang lalu.
Samosa Inti Kentang |
Karipap |
Kuih Bom |
Nona Manis Jagung |
Kuih Bunga Pandan |
Roti Canai |
Barobbo' |
Alhamdulillah.
Rezeki Allah!
Inilah yang akan jadi kenangan apabila semuanya bersara nanti.
33 comments
Cantiknya Kuih Bunga Pandan, sayang nak makan :D
BalasPadamBarobbo' tu macam bubur ye Kak Amie
Bu ga pandan cantik dan paling sedap antara kuih yang ada.
PadamBarobbo' tu bubur jagung menu tradisi Bugis.
Wak menoreh sensorang dalam kebun.
BalasPadamOrang berjualan kuih memanglah tak jumpa.
Kebun getah Wak tak sama dengan ladang getah kami.
PadamUncle prefer karipap biasa berbanding karipap pusing. Sebab karipap pusing bersepah time makan...
BalasPadamBetul Uncle.
PadamKuih bunga pandan itu cantiiiik sangaaat. Macam mana yaa orang2 ini membuat kue sebagus dan rapiiii seperti itu. Macam sayang pun nak dimakan 😄😄.
BalasPadamBeruntung sangat jika partner kerja kita sering membawa makanan untuk dicoba bersama2. Rezeki sangat kak punya teman kerja begini
Kuih bunga pandan tu paling saya suka. Sedap sangat! Tapi tak tahu resipinya.
PadamDalam banyak-banyak, karipap pusing menarik perhatianku :)
BalasPadamSedap kan karipap pusing.
PadamAlhamdulillah rezeki di kongsi bersama
BalasPadamMoga rezeki terus melimpah ruah.
Padamdekat sana pkl 6 dah cerah...if dekat sini gelap gelita lagi...
BalasPadamSubuh pukul 4:50 pagi.
PadamCantiknya kuih bunga pandan. First time saya tengok kuih ni. Barobbo tuh macam bubur nasi ke? Alhamdulillah ada sahabat-sahabat yang saling membawa makanan untuk dimakan bersama
BalasPadamMema g sangat cantik, sangat sedap. Kalah nona manis!
PadamAmie, cantiknya kuih bunga pandan tu .. 1st time kak ana tengok sedap dak ?
BalasPadamSedap sangat kuih tu. Saya selalu order. RM54.00, 50 biji.
PadamNona manis jagung macam belum jumpa lagi kat sini. Biasa perisa pandan je.
BalasPadamKuih bunga pandan tu saya google tak jumpa pula. Agak-agak bagaimana rasanya... macam kaswi atau kuih lapis?
Rasanya lemak manis, lembut... sedap! Tak cukup makan sebiji. Jauh beza dengan kaswi atau kuih lapis. Bunga pandan jauh lebih sedap.
PadamMurah hati para penoreh berbahagia rezeki. Kalau beli untuk diri sendiri cukup saja seketul dua, tapi sanggup membeli berbondong-bondong. Semoga terus bertambah rezeki masing².
BalasPadamItulah rasa sayang dengan rakan penoreh. Memang hari-hari wajib ada kuih.
Padamrezeki rajin menoreh dapat makan kuih berjenis-jenis dapnya
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamRezeki dikongsi bersama.
Kuih bunga pandan tu sejenis kuih bingka ke Amie... Cantik sangat.
BalasPadamTak pasto pula. Tapi lain sangat rasanya jika disamajan dengan bingka.
Padamcantiknya kuih bunga pandan tu.
BalasPadamnanti bila dah bersara, mesti rindu momen2 potluck macam ni
Pisang no 1 dulu saya makan..semua nak beli ..kuih muih sekarang mahal naik harga..kadang seringit dapt 2 ja
BalasPadamAlhamdulillah...macam-macam kuih muih ada. Dapatlah merasa pelbagai jenis kalau dah sorang-sorang bawa untuk berkongsi. Patutlah kantin kena buka lagi awal tu kan.
BalasPadamSedapnya semua kuih-kuih tu kak... awal betul 6.45 dah mula kelas kak oi....
BalasPadamTerpikat dengan kuih bunga pandan tuada acuan ye kuih tu...cantik betul..borobbo tu apa kak..eh 6.45am dah mula kelas..teringat masa darjah 5, kelas english start pukul 6.45am..every day...hasilnya seluruh kelas darjah 6 dapat english A masa tu...
BalasPadamCantiknya kuih bunga pandan tu.. Kalau dijadikan hantaran pun lawa..
BalasPadamSha pun nak tau, borobbo tu apa kak Amie..
eee cantiknyaaa kuih bunga pandan tuuuu... kalau sy sure syg nak mkn hehehe
BalasPadam