Nasi Goreng Pucuk Ubi dengan Daging Salai
7:13 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Hari ini kali ketiga datang ke kedai mix soto tapi masih tutup seperti hari-hari sebelumnya. Kononnya hendak baca notis yang ditampal tetapi tidak ada pula. Mungkin sudah dicabut. Sudahnya kami singgah cari makan di kafe berhampiran iaitu di Twenty8. Di sini suasananya lebih santai dan berhawa dingin. Setiap makanan yang dipesan semuanya ada dan tidaklah menunggu lama untuk dihidangkan.
Encik Suami memesan Nasi Goreng Pucuk Ubi dengan Daging Salai. Amie hanya memesan makanan ringan sahaja iaitu nachos. Kali ini sama-sama memesan minuman sejuk. Mint Lemonade untuk Amie dan Peach Tea untuk Encik Suami.
Encik Suami - Nasi Goreng Pucuk Ubi dengan Daging Salai. |
Nasi Goreng Pucuk Ubi & Daging Salai - RM18.00 |
Nasinya dari beras kampung, dihidangkan bersama daging salai yang berasa asapnya dan dilengkapi dengan acar timun. Sos daging salai seakan-akan sos lada hitam.
Eh, sedaplah nasi goreng pucuk ubi!
Ada campuran telur dalam nasi goreng itu.
Ada campuran telur dalam nasi goreng itu.
Daging salainya banyak! Walaupun sudah habis Encik Suami makan nasi goreng, tetapi masih lagi berbaki daging salainya. Perlahan-lahanlah kita bantu Encik Suami makan, sambil Encik Suami sendiri berusaha menghabiskannya.
Nasi Goreng Pucuk Ubi dengan Daging Salai. |
Mint Lemonade & Peach Tea |
Amie - Nachos RM20.00 |
Bismillah |
Amie lebih berminat meratah makanan ringan, kepingan tortilla atau kerepek kentang yang dihidang bersama hirisan dadu tomato, bawang, timun serta keju cair.
Nachos |
Mangga Manila |
Sampai rumah, singgah ziarah bawah pokok mangga udang dulu sebelum buka pintu. Kutip dua biji mangga manila. Alhamdulillah.
14 comments
rare menu nasi goreng dgn daging salai...byk portion daging salai tu
BalasPadamMenu kesukaan saya banget
BalasPadamAda tambahan telur pula
Wah mantap jiwa, nikmat
Buah mangga, lengkap sudah
Salam singah, nak bagitau, komen di blog saya dah saya baca...
BalasPadamSubahanallah..menu makanan sangat hebat..selalunya menarik kepada pembaca dan kami semua..Tahniah berseri dan menyeri di laman MEDSOS Blogspot.
BalasPadamPeach tea kegemaran. Menariknya nasi goreng pucuk ubi & daging salai tu 1st time dengar. Nachos pun nampak sedap.
BalasPadamAduhaiii..kempunan lagi kak Amie nak makan soto. Takpelah, lain kali datang lagi. Ke serik dah? Tak ada rezeki lagi harini. Tapi digantikan dengan rezeki nasi goreng daging salai pucuk ubi dan Nachos yang sedap. Rare betul nasi goreng dengan pucuk ubi dan daging salai.
BalasPadamSaya belum pernah rasa nasgor dengan pucuk ubi 😍😍😍. Tapi melihat bentuknya, yakin sedaaap. Harga agak mahal, tapi mengingat daging salainya saja banyaaak, jadi memang berbaloi sangat ya kak 😍😍
BalasPadamKemanalah Kedai soto itu belum buka2 juga 😅😅
pestime dengar ada nasi goreng pucuk ubi ni. dagingnya banyak betul, dihiris nipis camtu senang nak kunyah. tengok gambar pun dah terasa kesedapannya
BalasPadamFirst time nampak nasi goreng pucuk ubi dengan daging salai ni...nampak sedap betul...
BalasPadamYang diziarahi pokok mangga udang, yang dikutip buah mangga Manila, hihi. Berasa kampung tu seakan ungu warnanya, Kak Amei. Nampak serasi nasi goreng dihidang bersama daging salai.
BalasPadamSesuatu yang lain.. nasi goreng pucuk ubi. Nampak daging salainya pun banyak dan sedap.
BalasPadamwahhh lain drpd yg lain tu kak...
BalasPadamrs nya belum pernah jumpa daun pucuk ubi dijudukan dgn nasi goreng
sedapnya
BalasPadamNampak besar sungguh portion nasi goreng dan nachos tu. Berbaloi dengan harganya.
BalasPadam