Nasi Ayam Gepuk vs Nasi Ikan Gepuk
8:29 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Tengah hari tadi, sambil menyelam minum air. Sambil mencari barang dapur, singgah makan dulu di Restoran Ayam Gepuk yang terletak di I Peak, LD.
Melihat gambar di luar restoran, ada menu nasi Ayam Gepuk dan Menu Nasi Ikan Gepuk.
Apabila buka katalog menu, bukan sahaja ada ayam gepuk dan ikan gepuk tetapi juga ada udang gepuk. Wah, sebelum ini pernah jumpa udang dan sotong penyet, rupanya udang gepuk pun ada!
Apabila merujuk sama Pak Google, katanya ayam gepuk ialah ayam goreng yang dihentak atau dipukul (gepuk : diketuk / digemukkan) selepas digoreng supaya lebih empuk dan mudah diserap sambal.
Ciri-ciri ayam gepuk:
-
Ayam digoreng garing (ada versi guna ayam rebus dulu baru digoreng).
Selepas digoreng, ayam akan diketuk sedikit.
-
Dihidangkan dengan sambal pedas (biasanya sambal bawang yang diulek kasar).
-
Selalunya dimakan dengan nasi putih, ulam, dan tempe / tauhu goreng.
-
Popular di Jawa Tengah, Indonesia terutama kawasan Solo dan Jogja.
Encik Suami - Nasi Ayam Gepuk |
Ada kesan hentak atau ketuk tak pada ayam goreng ini? |
Set Nasi Ayam Gepuk dilengkapi dengan kobis goreng, timun, keropok dan tempe goreng dan kicap di atas nasi. |
Nampak jugalah kesan gepuknya sedikit. |
Inilah sambalnya. Di bahagian bawah sambal yang penuh berlinang dengan minyak ini ada warna putih, rasa lemak-lemak seperti kacang tumbuk. Itulah ciri sambal gepuk. |
Sewaktu hendak makan, tuangkan sambal atas ayam gepuk tadi. Encik Suami kata ayam goreng rasa liat sedikit. |
Amie - Nasi Ikan Gepuk. |
Rasanya ikan goreng tidak digepuk! Ikan goreng ini namanya ikan batu, kata pekerja restoran. Banyak keluarga ikan batu dan nama khas baginya ialah ikan temparing. Cantik isinya, putih berlemak. |
Sama seperti Set Nasi Ayam Gepuk, Set Nasi Ikan Gepuk juga dilengkapi dengan kobis goreng, keropok, tempe goreng, timun dan kicap di atas nasi.
Tuangkan sambal di atas ikan goreng. |
Setiap set nasi didatangkan bersama semangkuk kecil sup kosong. |
Adakah nama-nama seperti penyet, gepuk dan geprek itu khusus untuk ayam sahaja? Kadang-kadang keliru sebab kalau gepuk bermakna selepas digoreng ayam tadi diketuk atau digepuk supaya empuk. Ayam penyet pula digoreng kemudian dipenyet atau ditekan manakala ayam geprek digoreng crispy seterusnya digeprek atau dihancurkan bersama sambal.
Sekadar ingin tahu saja sebab selalu jumpa selain ayam, ada ikan, udang dan sotong penyet dan juga udang gepuk tapi kesemuanya masih utuh tidak dipenyet atau digeprek.
Unik betul dunia masakan!
Mungkin blogger Fanny boleh jelaskan.... ahaks!
1 comments
Tu la semua nak di penyetkan dan digepukkan. Kitonyo makan jela variasi inovasi peniaga2 ni.
BalasPadam