Makan Tengah Hari di Zhufairah Cafe Simpang Batu Niah
7:56 PGBismillahirrahmanirrahim.
Sambungan cerita selepas keluar dari Gua Niah, gua batu kapur terbesar di dunia.
Sesungguhnya perut rasa lapar yang teramat! Singgah sahajalah mana-mana kedai makan yang dijumpai. Jam menunjukkan pukul 1:50 petang! Maka turunkan kami di sebuah kafe yang terletak di Simpang Batu Niah, Miri.
Cepat-cepatlah kami masuk ke Zhufairah Cafe.
Alhamdulillah, pelanggan pun tidak ramai. Mungkin sudah melepasi waktu makan tengah hari. Kami memesan makanan dan minuman dan seperti biasa kebanyakan makanannya jenis penyet-penyet belaka! Dari ayam sampai ke ikan dan udang, namanya set nasi penyet! Penyet pun penyetlah!
Alhamdulillah, pelanggan pun tidak ramai. Mungkin sudah melepasi waktu makan tengah hari. Kami memesan makanan dan minuman dan seperti biasa kebanyakan makanannya jenis penyet-penyet belaka! Dari ayam sampai ke ikan dan udang, namanya set nasi penyet! Penyet pun penyetlah!
Semuanya memesan minuman berais.
Amie - Sirap Limau |
Rempeyek. |
Sebelum hidangan yang dipesan tiba, kami makan dulu jajan yang ada seperti rempeyek, kerepek dan keropok. Sementara Set Nasi Udang Penyet Amie sampai, sempat Amie habiskan dua bungkus rempeyek.
Di bawah ini, antara set nasi dengan pilihan haiwan-haiwan penyet yang kawan-kawan pesan.
Set Nasi Ikan Keli Penyet |
Set Nasi Ayam Penyet |
Set Nasi Udang Penyet |
Rasanya tidaklah sesukar mana untuk menyediakan set-set penyet sebab sama saja aksesorinya kecuali pilihan haiwan yang diminta. Selain nasi dan sambal yang sama, bahan lain yang dihidang sebagai pelengkap hanya sekeping tauhu dan tempe goreng serta hirisan timun.
Tak pasti pula ini nasi goreng apa.
Setiap set nasi dihidangkan bersama semangkuk kecil sup kosong yang sempurna, cukup rasa!
Set Nasi Ikan Putih Penyet |
Walaupun sering membayangkan dapat makan mi kolok atau laksa Sarawak, tapi dalam keadaan lapar dan bukannya kami maha mengetahui selok-belok jalan menuju ke kedai makan, syukurlah dapat isi perut dengan apa yang ada.
Selepas makan, kami sempat singgah di kawasan perumahan. rumah panjang moden!
8 comments
semua serba penyet. Padahal dolu2 takde pun makanan penyet2 ni semua.
BalasPadamKan.
PadamSekarang sana sini serba penyet
oo macam tu rupanya rumah panjang moden.
BalasPadamTampak seragam dan kemas.
Penyet pun penyetlah, janji dapat makan. Bila lapar dan tak ada pilihan lain, kita makan je apa yang ada kan kak Amie dari berlapar. Betul tu, jenis penyet-penyet ni hanya perlu masak yang utama tu je macam ikan ayam dan sebagainya. Pelengkap yang lain biasanya dah ready je tinggal hidangkan je.
BalasPadamDah penat jalan-jalan mesti semua kelaparan kak, dapat air sejuk nikmat
BalasPadamSajian yang hebat juga, yang menyelerakan..alhamdulillah
BalasPadamSalfok saya lihat sambal yg di atas ayam. Beda, dan nampaknya sedap sangaaat 😍. Krn dicacah kasar. Saya suka jenis sambal yg begitu .
BalasPadamTapi walau ditulis penyet, nampaknya tak dipencet mereka ya kak 😁
SA pernah makan nasi udang penyet..tapi udang habis diratah sebab sedap..sudahnya terpaksa mengendeng orang sebelah punya ayam...hahahaha..kalau udang memang x jadi lauk
BalasPadam