Makan Malam di Hawa Artisan Kitchen
8:13 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Entri kali ini sepatutnya Amie siarkan pada minggu lepas, tetapi disebabkan demam maka tersimpanlah drafnya. Makan malam ini sudah berlalu pada minggu lepas, hari Sabtu malam Ahad. Salah seorang rakan sejawat kami akan bersara sebagai penoreh getah. Jadi, kami seronok-seronok untuk makan malam bersama di Hawa Artisan Kitchen.
Pada masa yang sama, Amie ajak Encik Suami, Fairuz dan Firdaus dan meminta meja khas untuk kami berempat,
Makan malam di Hawa Artisan Kitchen. |
Video kenangan makan malam.
Makan malam dijadualkan bermula pada pukul 7:15 malam.
Lampu malap dan lilin menonjolkan suasana romantis!
Nampaknya kami merupakan orang terawal sampai.Sementara menunggu rakan-rakan yang lain tiba, kami dihidangkan dengan minuman air bunga telang.
Jus bunga telang boleh ditambah jus limau kasturi dan air gula untuk seimbangkan rasa. |
Fairuz dan Firdaus suka sangatlah dapat minum jus bunga telang yang segar ini. |
Jus bunga telang sebelum ditambah jus limau kasturi. |
Air bunga telang yang pada mulanya berwarna ungu gelap, seperti gambar di atas akan bertukar menjadi ungu muda seperti gambar di bawah apabila ditambah jus limau kasturi.
Jus bunga telang setelah ditambah jus limau kasturi. |
Kami turut dihidangkan kudapan ringan berupa kerepek keledek ungu dan oren. |
Minuman jus bunga telang yang sudah habis di botol, diganti dengan botol berisi jus bunga telang yang baharu. Oleh kerana setiap kali jus bunga telang habis, pelayan akan bertanya mahu tambahkah lagi? Fairuz dan Firdaus sudah tentu mahu. Jadinya, sampai tiga botol jus bunga telang kami minum!
Sambal ini dibawa seiringaan dengan kerepek keledek oren dan ungu sebagai pencecah. Malam itu, enam mangkuk tempurung kami makan kerepek!
Kudapan kerepek keledek oren dan ungu. |
Kawan-kawan yang lain mula berdatangan.
Hidangan berat pun disajikan. |
Menurut pemilik Hawa Artisan Kitchen, hidangan makan malam kami berupa nasi campur. Nasi beras kampung dari Kundasang dibungkus dalam daun pisang. Masih panas!
Nasi beras kampung dari Kundasang. |
Kari Ayam Kapitan. |
Sup Jagung, Kuah Air Kelapa. |
Sayur Kacang Bendi dan Kerabu Terung Campur Mangga dan Kacang Botol. |
Semangkuk kecil kentang bersama kacang kuda beraroma daun kari. |
Encik Suami dan Fairuz minta tambahan nasi dan Kari Ayam Kapitan serta sup jagung. Suami isteri pemilik Hawa Artisan Kitchen serta para pelayan sentiasa memberikan layanan istimewa, bertanya sekiranya ingin menambah mana-mana menu. Suami kepada pemilik Hawa Artisan Kitchen ini orang putih, kadang-kadang bercakap dengan kami dalam bahasa Melayu dan kadang-kadang bahasa Inggeris.
Selesai makan nasi campur, pelayan mengedarkan tuala dan diberikan sehelai untuk setiap orang. Tualanya lembab, sejuk dan wangi. Kami gunakan untuk lap tangan dan mulut.
Selepas itu kami diberi pilihan samada hendak minum kopi atau teh moringa. Encik Suami memilih kopi, Amie pilih teh moringa. Fairuz dan Firdaus tidak mahu minuman panas.
Untuk pencuci mulut, kami turut dihidangkan dengan aiskrim teh tarik! Unik bukan?
Aiskrim Teh Tarik |
Untuk Firdaus, dihidangkan aiskrim bersama kepingan coklat.
Sebelum makan malam berakhir, kami sempat menikmati kek batik indulgence yang sangat sedap! Oleh kerana kek ini sangat sedap, tidak cukuplah ambil sepotong!
Kek ini ditempah khas untuk Teacher Kwan yang akan bersara dua minggu lagi.
Siapa mampu menolak Kek Batik Indulgence, pencuci mulut tanpa bakar yang terdiri daripada tiga lapisan, lapisan dasar kek batik, lapisan keju krim, dan lapisan ganache coklat.
11 comments
Tempatnya nyaman sekali
BalasPadamMenunya juga super nikma dan sedap
Wah itu keripik, kok saya jadi penasaran ya
Wow! amazing..kombinasi tradisional dan moden saya agak..melihat semua gambar memberi gambaran amat damai menjamu selera..Nak kata apa..Subahanallah..nikmat yang luas biasa..tahniah blog makan berseri seri rasanya.
BalasPadamWah... tempat makan nampak eksklusif. Unik kerana dihidang air bunga telang, aiskrim teh tarik dan pelbagai menu yang saya tak pernah jumpa. Cantiknya nasi beras kampung dari Kundasang.
BalasPadammenarik tempatnya...layanan pun bagus...makanan semua linda tak pernah nampak...sup jagung memang lain dari yang lain....
BalasPadamselamat bersara Cikgu Kwan, semoga sihat2 selalu
Rumah Banglo macam Bali Style Kak Amie, nampak tenang dan cozy aje suasana , presentation makanan pun nampak menarik..apa rasa beras kampung tu kak? dah macam nasi dagang plak
BalasPadamnampak eksklusif semua menu ni! air bunga telang tu pun refreshing, sampai 3 jug menambah hehe
BalasPadamselamat bersara untuk teacher Kwan. no more work stress in a few weeks
Cantiknya restoran ni, hidangannya juga menarik dan ekslusif sesuai dengan namanya. Patutlah kena buat tempahan, tetamu istimewa sahaja rupanya.
BalasPadamUwaaaaaah memang sesuai dia pakai nama artisan. Sebab tempatnya sangaaaaaat estetik. Tak hanya tempat kan, tapi cara penyajian makanan pun terlihat mewah dan tempting sangat 😍😍😍😍.
BalasPadamSaya teringiiiin merasakan es krim rasa teh tarik. Beuuugh pasti sedaaap kak 🤤🤤🤤😍😍.
Kek batik pun bukan yg biasa yaaaa. Premium sangat , bisa dilihat dari lapisannya 😄😍😍😍. Penasaran pula harga untuk semua ini. Tapi kalo sedap, memang worth it lah 👍👍👍👍
Wah dia punya table setting pun dah menarik kak Amie. Apatah lagi presentation makanannya. Tableware pun fancy menarik. Syok juga makan dalam suasana romantik. Atas meja mata juga dijamu dengan bunga orkid yang cantik. Ohh air bunga telang berubah warna rupanya bila ditambah jus limau kasturi. Segala hidangan menarik sungguh dan rasa tak sabar nak makan. Paling rare Sup Jagung, Kuah Air Kelapa tu. Bagusnya empunya peramah. Pasti yang datang sini seronok menjamu selera di sini.
BalasPadamais krim teh tarik wahhhh rare ni. macamana le rasanya
BalasPadamPantang dipelawa ya... sampai 3 botol air bunga telangnya tu.
BalasPadamSup jagung kuah air kelapa nampak ada kelainan.