Kudapan Petang di Hari Cuti

5:43 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Walaupun cuti tetapi lebih selesa duduk di rumah, menyiapkan kerja-kerja online dan pelbagai laporan. Buat sikit-sikit. Kalau penat atau bosan, baring-baring dulu. Kemudian tulis entri atau blogwalking sebentar. Beberapa hari ini Amie tidak masak di dapur.  Biarlah Encik suami urus dapur pula. Biasanya kalau waktu pagi, Encik Suami tanya nak sarapan apa? Nanti dia pergi belilah. Kita pun makan sajalah apa yang dibelinya.

Waktu makan tengah hari, Encik Suami masak nasi, goreng ikan layar dan masak sayur baby kailan dan sediakan kicap lada.  Alhamdulillah, sedap makan nasi lauk masih panas hasil air tangan Encik Suami.

Waktu petang, rajin juga Encik Suami cari kudapan. Biasanya Firdauslah yang tukang habiskan! Biarlah, badan sedang hendak naik dan tengah berselera pula.

Antara kudapan yang Encik Suami beli hari ini termasuklah karipap pastil dan popia. Karipap pastil ini makanan tradisional masyarakat Suluk di Sabah. Intinya bihun dan dimakan bersama sos cuka atau sambal lada.

Karipap Pastil

Sos Cuka @ Sambal Lada

Pipia

Sambal Popia

Lemon Panas

Oleh kerana Firdaus suka makan popia, di mana jumpa popia di situlah Encik Suami beli. Firdaus pun memang tak pernah tolak apa juga jenis popia, baik popia inti sayur, carbonara dan lain-lain. Pokoknya, kulit popia! Jadinya, memang hari-harilah ada popia di dapur! Di bawah ini gambar popia kelmarin dulu.

Popia

Penjaram

Pisang Goreng

Sambal Pisang Goreng

Mangga manila sudah semakin berkurangan. Hari ini Encik Suami kutip empat biji sahaja. Isinya masih manis leting seperti sebelumnya.

Mangga Manila


14 comments

  1. Geram tengok mangga tu. Sedapnya la kalau dapat mangga yang jenis manis leting ni.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah ada suami yang memahami dan membantu dalam menguruskan hal dapur dikala kak Amie sibuk dengan urusan kerja. Kalau dah ada yang bantu, kita jangan banyak bunyi. Bersyukur je lah kita kan. Suka betul Firdaus dengan popia ye. Lemon tu mesti dari pokok depan rumah kan. hihi...Nampak mangga macam belum masak sepenuhnya. Rupanya manis leting ye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mangga manila apabila masak memang dia gugur sendiri. Walaupun kulit nampak hijau, isinya tetap manis.

      Padam
  3. Semua sedap2. Alhamdulillah suami Kak Amie selalu membantu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Memang kena bantu. Kita tak larat buat semua.

      Padam
  4. Trade mark Blogger Amie's mesti lastly entry mesti ada mangga..inilah identiti blog personal ..hebat tampilan gambar..ada saya klik 100 blog terkenal wah naik rangking tau blog ni naik ke 23/100. Turut gembira..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebetulan mangga gugur. Sekarang sudah hujung musim, sebiji dua saja yang gugur sehari.
      Terima kasih bawa berita gembira.

      Padam
  5. Sekali sekala makan airtangan suami pulak. Lauk simple pun jadi sedap

    Kalau orang johor makan pisang goreng dengan sambal kicap. Ada juga versi sambal merah ye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan sambal merah tu, dia ada rasa belacan, pekat-pekat sikit bubuh bancugan tepung jagung dan jus limau kasturi.

      Padam
  6. Baca ni dah teringin pula nak makan kudap².

    BalasPadam
  7. Naah sama kayak di sini , pastel nya isi bihun, Ama telur. Sementara saya suka karipap yg isi kari. Isi kari jaraaang sangat dijumpa di sini kak. Kalo di Makasar pula, pastel itu disebut jalangkote. Isinya juga bihun dan telur rebus. Makan pakai sambal merah khas Makasar.

    Saya suka yg Makasar punya. Sebab pedas 😄.

    BalasPadam
  8. Kalau la dapat mangga tu kan....dapnyaaa...goreng pisang tu pun..dapat cicah kicap cili....heavennnn

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Portugal ( Lisbon) ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Mexican Food Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Tanaman Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe