Indahnya Masjid Darul Makmur Lawas!
1:13 PTGBismillahirrahmanirrahim.
02 Jun 2025 bersamaan hari Isnin, selesai sarapan dan mencari oleh-oleh di Miri, kami terus bergerak ke pos kawalan imigresen. Alhamdulillah, memandangkan kami sampai awal pagi jadi tidaklah bertembung dengan kesesakan seperti keadaan yang berlaku sewaktu kami masuk ke Miri dari Brunei tempoh hari.
Menjelang tengah hari, kami sempat makan di Lawas dan kemudian menyambung perjalanan untuk kembali ke Kota Kinabalu. Sebelum itu kami singgah dahulu untuk solat jamak di Masjid Darul Makmur di Lawas.
Masjid Darul Makmur Lawas |
Cantik sungguh Masjid Darul Makmur Lawas!
Di Lawas, kami sempat menyendol dan isi perut dengan makanan yang ada. seperti nasi goreng, rojak dan mi kolok.
Kopi Ais |
Mi Kolok |
Walaupun telah meninggalkan Bumi Kenyalang, tetapi masih keliru dengan mi kolok yang kami pesan. Mungkin banyak versi mi koloknya. Mana tahu pada masa akan datang, jumpa versi yang berbeza pula.
14 comments
subahanallah, ada unsur corak masjid di madinah dan di Mekah..teruja nak ke sana nanti..semoga ada rezeki kan..
BalasPadamMasjid baru ni, besar dan sangat luas kawasannya.
PadamCantik masjidnya.
BalasPadamBetul Diela.
PadamDarul Makmur Lawas rupanya. Ingatkan Pahang Darul Makmur 😁
BalasPadamOh, macam nama Pahang Darul Makmur pula ye.
PadamCeria warna masjidnya. Menarik. Saya lagilah tak pernah makan mi kolok. Agaknya setiap tempat berbeza rupa dan rasa dia kan.
BalasPadamMemang naik seri masjid ni dengan warnanya.
PadamItulah, lain tempat lain pula rupa mi koloknya.
Cantiknya masjid tu! Luas betul bahagian luar dia ni
BalasPadamBetul Mazni. Jenuh jalan keliling.
PadamCeria warna masjid tu... nampak cam baru.
BalasPadamYa, masjid baharu.
PadamOh beda2 mie Kolok ini ya kak. Saya sendiri pas di KL makan mi Kolok yg pakai kuah terpisah. Sedap juga. Memang teringin lah menikmati mi Kolok langsung dari kota asalnya 😍😍
BalasPadamSA suka mee kolok..x kisah la yang jenis sup atau kering macam tu..ya allah..rasa nak terbang ke Kuching...
BalasPadam