Indahnya Masjid Darul Makmur Lawas!
1:13 PTGBismillahirrahmanirrahim.
02 Jun 2025 bersamaan hari Isnin, selesai sarapan dan mencari oleh-oleh di Miri, kami terus bergerak ke pos kawalan imigresen. Alhamdulillah, memandangkan kami sampai awal pagi jadi tidaklah bertembung dengan kesesakan seperti keadaan yang berlaku sewaktu kami masuk ke Miri dari Brunei tempoh hari.
Menjelang tengah hari, kami sempat makan di Lawas dan kemudian menyambung perjalanan untuk kembali ke Kota Kinabalu. Sebelum itu kami singgah dahulu untuk solat jamak di Masjid Darul Makmur di Lawas.
Masjid Darul Makmur Lawas |
Cantik sungguh Masjid Darul Makmur Lawas!
Di Lawas, kami sempat menyendol dan isi perut dengan makanan yang ada. seperti nasi goreng, rojak dan mi kolok.
Kopi Ais |
Mi Kolok |
Walaupun telah meninggalkan Bumi Kenyalang, tetapi masih keliru dengan mi kolok yang kami pesan. Mungkin banyak versi mi koloknya. Mana tahu pada masa akan datang, jumpa versi yang berbeza pula.
2 comments
subahanallah, ada unsur corak masjid di madinah dan di Mekah..teruja nak ke sana nanti..semoga ada rezeki kan..
BalasPadamCantik masjidnya.
BalasPadam