Beef Taco - Mexican Taste ke Pasta Klasik Itali
6:11 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Hari ini mendung, redup sepanjang hari. Tengah hari tadi berangan hendak hirup kuah sup soto panas-panas. Sebaik sahaja sampai di hadapan restoran, tutuplah pula kedainya. Telan air liur sajalah.
Akhirnya kami singgah di kafe Bandar Seri Perdana. Kami memesan:
- Beef Taco
- Smoked Duck Aglio
Beef Taco |
Ada tiga keping Beef Taco dalam satu set hidangan. |
Beef Taco |
Tortilanya lembut, tapi penuh menampung isi penuh aroma daging cincang dengan kombinasi jintan manis, paprika serta sayuran segar berupa lettuce, tomato potong dadu dan dilengkapi dengan keju cheddar cair. Gigitan pertama membuat lidah terus jatuh cinta.
Sayangnya, habis sekeping, perut mula rasa kenyang!
Terpaksalah minta tolong Encik Suami habiskan, tapi Encik Suami hanya mampu makan sekeping sahaja sebab perutnya sudah penuh dengan Smoked Duck Aglio!
Terpaksalah minta tolong Encik Suami habiskan, tapi Encik Suami hanya mampu makan sekeping sahaja sebab perutnya sudah penuh dengan Smoked Duck Aglio!
Sayang pula tidak habis makan Beef Taco. Jadi, kita pun makanlah perlahan-lahan hingga piring jadi kosong!
Smoked Duck Aglio. |
Smoked Duck Aglio ini sebenarnya mewah dengan rasa dari pasta klasik Itali Aglio e Olio. Aglio biasanya dihidangkan sederhana sahaja tetapi apabila ditambah dengan itik salai, hidangan ini naik sahamnya... ahaks! Itik salai lembut berjus, ada rasa umami yang enak dan lemak yang seimbang dengan kesederhanaan pasta. Itik salai tidak terletak dalam bentuk kepingan sahaja tetapi sebahagiannya dicincang dan ditambah cendawan serta serbuk parsley yang harum.
Taburan keju parmesan di atas itik salai! |
Melihat Encik Suami makan, kita pun jadi teringin pula. Cubalah sedikit dan apabila dimakan terasalah walapun hidangannya ringkas tapi seperti makan di kafe Eropah!
Minuman segelas besar, hirup berdua. |
Sampai di rumah, kutip mangga manila. Ada empat biji semuanya.
Alhamdulillah.
Walaupun semakin berkurangan dari hari ke hari, namun tetap ada.
Mangga Manila |
6 comments
Sedapnya la semua menu tu. Terliur pulak tengok semua menu tu. Meny western memang sedap.
BalasPadamNampak sedap semua menunya.
BalasPadamlamanya tak makan taco. semua menu sedap sangat!
BalasPadamCara Kak Amie describe pasta AO tu membuatkan saya telan ailioq haha... Terasa sedap sungguh :)
BalasPadamPertama kali baca nama juadah ini..nama unik..macam2 nama makanan kan..terbaik gambar
BalasPadamTak ada rezeki nak makan soto tapi dapat makan pasta klasik itali yang sedap macam kafe Eropah. Ingatkan kak Amie nak bungkus tortilla tu, rupanya habis juga. Bagus tak membazir begitu saja. Masih ada lagi sakit baki mangga. Alhamdulillah...
BalasPadam