Asam Rebus Batang Keladi : Nostalgia Kampung
9:19 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Apabila tiada selera makan, macam-macamlah menu yang terbayang di mata yang boleh menambat rasa. Buka galeri HP, terjumpa gambar-gambar masakan Asam Rebus Batang Keladi pada bulan Mei lalu yang belum dijadikan entri. Sekali pandang, teringinlah pula hendak meratah sulur keladi dengan batang dan isi keladi. Hirup kuahnya yang masam-masam pedas, alangkah enaknya!
Tapi. siapalah yang hendak masakkan untuk kita? Telan air liur sajalah sambil tengok videonya... ahaks!
Asam Rebus Batang Keladi |
Asam Rebus Batang Keladi ini Amie hidangkan bersama nasi putih, sambal tomato, ikan goreng, telur masin dan ulam timun serta ayam masak halia. Ikan goreng itu tidak ingat apa namanya... ahaks!
In syaa Allah, apabila sudah betul-betul sihat nanti bolehlah cari batang keladi di pasar tani untuk masak asam rebus! Waktu kecil dulu, Bonda suka masak asam rebus gunakan daun asam (daun roselle).
Apabila Asam Rebus Batang Keladi terhidang di atas meja, seolah-olahnya kita sedang berada di rumah Bonda. Setiap suapan membawa bersama rindu pada air tangan Bonda. Ia bukan sekadar lauk orang lama, tetapi ia juga merupakan cerita tentang kehidupan penuh sederhana dan seadanya, tetapi mengenyangkan perut semua anak Bonda.
Menu nostalgia ini biarlah Amie simpan di sini buat kenang-kenangan. Tidak perlulah cerita tentang selera anak zaman sekarang. Dunia kita sudah jauh berbeza.
Hidangan Makan Tengah Hari / Malam |
Untuk resipi Asam Rebus Batang Keladi, bolehlah tonton video di bawah ini. Menikmati Asam Rebus batang Keladi ini akan lebih bermakna sekiranya ada gang satu kepala dan satu selera!
Video masakan Asam rebus Batang Keladi.
13 comments
Salam singgah seusai subuh hari di Keningau, huuu memang hebat juga ya, masakan kampung dimodenkan, Selalu suri hati memasak batang keladi muda...masak lemak , memang sedap..ada berbagai cara menyediakannya...sesekali makan it's ok..
BalasPadamsedapnya Amie.. Cuma kak ana tak berapa pandai nak pilih batang keladi yang tak gatal, risau pernah terkena sekali makan di gerai tekak rasa perit sangat mungkin termakan batang keladi yang gatal agaknya.. tapi kak ana suka hirup sedap sangat :)
BalasPadamtengok sayur keladi tu ..auto teringat arwah mak.. masa budak2 dulu saya lah jadi pembantu setia ikut arwah pi cabut keladi belakang rumah.. takpun ikut gali rebung.. lani nak makan sayur keladi makan di kedai je huhu
BalasPadamAsam rebus batang keladi mmg nostalgia...
BalasPadamAnak2 jaman sekarang tak mahunya makan asam rebus batang keladi ni
BalasPadamWak sangat sukanya.
Keladi ini talas kan yaa? Di Bogor banyaaaak sangat yg jual . Tapi biasa dijadikan keripik. Saya pula tak pandai buatnya. Lihat tulisan kakak, ternyata sedap juga dibuat asam pedas yaaa. Coba lah nanti saya cari dulu resepnya. Murah sangat batang keladi ini kalo dijual. Besar2 pula
BalasPadamTeringat masakan mak. Kalau kat kedah batang keladi ni selalunya dimasak asam pedas yang cair tu dengan ikan puyu. Ya allah... sedapnya.
BalasPadamSedapnya Kak Amie! Menu ni memang nostalgia
BalasPadamBetullah kak Amie. Lauk ni mengembalikan nostalgia sungguh. Suka makan lauk asam rebus batang keladi ni. Saya suka juga makan sulurnya tapi lebih kepada suka makan isi keladi. Sedapnya hirup kuah asam panas-panas. Aduh, teringat-ingat asam pedas mak masak. Kali terakhir mak masak zaman sekolah menengah dulu kot. Oo baru tahu boleh guna daun roselle juga ye untuk masakan asam ni. Nanti kak Amie dah sihat sepenuhnya, bolehlah masak lagi. Tolong makankan untuk saya sekali. hihi...
BalasPadamBetul lah asam rebus keladi ni memang mengimbau kenangan lalu. Masak sulur asam rebus pun sedap. lepas tu kalau ada jantung pisang rebus letak kuah pecal campur kecur. aduhaiiiii menambah-nambah ni.
BalasPadamSedapnya batang keladi..
BalasPadamKalau mak suka ditumis pedas. Bila buat kenduri wajib ada menu batang keladi.. alasan mak, kawan-kawan yang request.
Sedap ni kak oi, bahaya boleh bertambah makan
BalasPadamSedap ni..hirup kuah..lepas tu gandingkan dengan ikan masin goreng..ya allah bertambah nasi tanpa sedar
BalasPadam