Berbuka Puasa Dengan Murtabak Paratha & Minuman Tongsui
7:54 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, hari ini kami hanya berbuka puasa dengan Murtabak Paratha dan Minuman Tongsui sahaja. Walaupun tidak pelbagai jenis juadah, namun sudah cukup mengenyangkan dan tidak berlebihan pula.
Murtabak Paratha & Minuman Tongsui |
Murtabak Paratha |
Amie gunakan roti paratha sebagai kulit murtabak. Intinya pula campuran tumisan tiga biji kentang dengan 400 gtram daging kisar, tiga bji bawang besar, lima ulas bawang putih, tiga sudu besar serbuk kari, satu sudu besar serbuk cili, serta satu sudu kecil lada putih tumbuk. Untuk memekatkannya Amie pecahkan empat biji telur dan gaul dalam kuali.
Amie panaskan roti paratha di dalam kuali sehingga kekuningan dan terbalikkan seketika. Terus angkat dari kuali dan letakkan inti di bahagian sebelahnya dan kemudian tutup dengan bahagian roti paratha yang sebelah lagi. Selepas itu Amie masukkan ke dalam air fryer dan panggang selama lima minit di bawah suhu 180'.
Hasilnya, memang nampak gebu dan rangup!
Mungkin orang lain yang gunakan roti paratha akan balut inti dengan roti paratha yang dinipiskan, tetapi Amie lebih berminat untuk makan murtabak paratha yang rangup. Jadi, ternampaklah intinya sedikit. Semua teruja hendak makan dan habis licin tak tinggal baki. Ada lima keping murtabak paratha. Amie potong dua, jadi semuanya berjumlah 10 keping.
Murtabak Paratha yang enak dan mengenyangkan! |
Minuman Tongsui |
Memandangkan cuaca sangat panas, Amie sediakan minuman tongsui untuk sejukkan badan. Alhamdulillah. Dua tiga gelas jugalah Amie hirup minuman tongsui yang masih panas ini. Selepas berbuka puasa, badan rasa berpeluh! Mudah-mudahan dapat khasiat dari minuman menyihatkan ini.
Balik dari ladang, Amie terus renih bahan-bahan tongsui. Kemudian Amie berehat, tertidur! Apabila masuk dapur, semerbak jew bau tongsui yang direnih dalam slow cooker.
Resipi Minuman Tongsui ada di sini: Minuman Tongsui Sejukkan Badan
2 comments
Sedapnya minuman tongsui tu, Kak Amie. Tentu banyak khasiat dan bagus diamalkan hari². Murtabak paratha tak kurang enaknya tu, kenyang dan puas makan untuk berbuka.
BalasPadamTongsui ni macam minuman lencikang ya lebih kurang. Sama juga la untuk menyejukkan badan. Nampak paratha ni sedap pula Amie. Nanti nak cuba.
BalasPadam