Seni Bina Mausoleum of Mohammed V Yang Memukau dan Hassan Tower Yang Tidak Siap!
2:39 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah. Selain dapat menikmati pemandangan yang indah dan bersih di kota Rabat, kami berkesempatan mengunjungi makam Raja Mohammed V atau Mausoleum of Mohammed V dan pada masa yang sama menyaksikan Hassan Tower, iaitu tinggalan masjid yang tidak siap.
Mula-mula kita cerita dahulu tentang Mausoleum of Mohammed V yang merupakan simbol kebanggaan dan perpaduan rakyat Morocco. Ia merupakan makam yang penuh sejarah sebagai memperingati Raja Mohammed V kerana jasanya mendapatkan kemerdekaan Morocco dari penjajahan Perancis. Mausoleum ini dibina pada tahun 1971. Selain menjadi makam Raja Mohammed V, tempat ini juga menjadi tempat persemadian Raja Hassan II dan Putera Moulay Abdallah.
Apabila matahari memancarkan cahayanya, bangunan marmar putih ini kelihatan bersinar cemerlang. Di bahagian dalamnya tampak indah dengan ukiran tangan, mozek tradisional serta dihiasi dengan seni kaligrafi Arab yang sangat halus. Tambah gemerlap dengan langit-langit emas dan kubah hijau.
Dan pada masa yang sama, sambil melawat Mausoleum of Mohammed V jangan lepaskan peluang menyaksikan tinggalan sejarah lampau iaitu Menara Hassan yang tidak siap berada di hadapan Mausoleum of Muhammed V.
Mausoleum of Mohammed V & Hassan Tower |
Pintu masuk ke Mausoleum of Mohammed V. |
Memang indah sungguh seni bina Mausoleum of Mohammed V.
Rakam video di sekitar Mausoleum of Mohammed V dan Hassan Tower.
Setiap sudut sentuhan seni bina Morocco memang sungguh mengkagumkan. |
Tempat paip air pun penuh dengan ukiran yang sangat cantik! |
Di belakang sanun, Hassan Tower yang tidak siap.
Menara Hassan dengan 348 tiang di sekitarnya. |
Menara Hassan atau Hassan Tower ialah menara masjid yang tidak lengkap di Rabat, Maghribi. Abu Yusuf Yaqub al-Mansur, khalifah ketiga Khalifah Al-Muwahhidun pada akhir abad ke-12 telah mengarahkan pembinaan masjid dan hendak menjadikan menara yang terbesar di dunia terutamanya di dunia Islam barat. Apabila al-Mansur meninggal dunia pada tahun 1199, pembinaan masjid dihentikan. Pengganti baginda tidak mempunyai sumber untuk meneruskan kerja-kerja pembinaan seterusnya.
Menara itu dibiarkan berdiri pada ketinggian 44 meter. Masjid itu juga tidak lengkap, dengan hanya permulaan beberapa dinding dan 348 tiang yang sempat didirikan. Menara itu, bersama-sama dengan tinggalan masjid dan makam Mohammed V, membentuk kompleks bersejarah dan pelancongan yang penting di Rabat pada hari ini.
Sumber - Menara Hassan |
Walaupun binaan ini tidak siap tetapi ia merupakan simbol kepada ketinggian cita-cita khalifah Islam abad ke-12 di dunia barat.
Setakat inilah sahaja dahulu perkongsian lawatan ke Mausoleum of Muhammed V dan Hassan Tower. Walaupun kelihatan terbengkalai tetapi ia merupakan mercu tanda sebagai kenang-kenangan zaman kegemilangan Islam hampir 826 tahun yang lalu (mengikut kiraan tahun 2025-1199 = 826).
Kami meninggalkan bangunan yang penuh sejarah dan keindahan seni binanya ini melalui pintu belakang. Kali ini ada dua orang pengawal duduk di atas kuda putih.
Kita duduklah di tepi kuda untuk ambil gambar. Aduhai.... kasihan sungguh pengawal! Rupanya ada aroma tahi kuda di situ. Sudahlah tidak boleh bergerak ke tempat lain, entah berapa jam pengawal yang bertugas duduk atas kuda.
Ketika sedang bergambar, pengawal di atas kuda putih sempat beri amaran : Don't touch!
Tak tahulah don't touch kuda atau don't touch dia. Atau don't touch tahi kuda.... ahaks!
5 comments
"dont touch taik kuda" hehehe... eh cmne kalo nak teberak ye pengawal tu? hehehe
BalasPadamOh patutlah nampak ada byk binaan macam tiang² rupanya kerja terbengkalai. Tapi tetap nampak cantik dan terpelihara ye binaan bersejarah ni.
BalasPadamcantiknya senibina...
BalasPadamBaru nak tanya pasal tiang2 tu...
BalasPadamIndah betul struktur senibina tempat ni.
BalasPadam