Berbuka Puasa Dengan Bihun Goreng dan Bihun Sup
9:13 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Hari ini berangan hendak sediakan juadah berbuka puasa yang ringkas-ringkas sahaja. Bagi tahu Encik suami, kita berbuka puasa dengan salad dan crouton sahajalah. Kalau rajin hendak panggang peha ayam dalam air fryer. Minumannya pula biarlah yang panas-panas. Mana-manalah, jawab Encik Suami.
Seperti biasa, memang hendak rehatkan diri sebelum masuk dapur. Kalau sudah namanya berehat dalam bilik, memang terlelaplah juga. Sedang mimpi-mimpi, Firdaus datang bawa bungkusan. Firdaus hari ini cuti sekolah rendah dan sekolah agama sebab demam. Rupanya kiriman Abang Farid sudah sampai. Kita letak ke dada bungkusan itu dan sambung tidur!
Terjaga jugalah dua tiga kali hendak melihat isi bungkusan, tapi setakat buka saja dan tak tengok isinya. Sayanglah tidur tu asyik terganggu... ahaks!
Kali keempat terjaga, mesti terus bangkit sebab hendak masak untuk berbuka puasa. Salad entah ke mana, crouton dan peha ayam panggang pun tak nampak bayang! Yang terhidang di meja makan untuk berbuka:
- Bihun Goreng
- Bihun Sup
- Popia Inti Daging Kerbau Kisar
- Laici Kang
Hidangan berbuka puasa. |
Inilah novel sejarah yang Abang Farid kirim : Ratu Isabella Penghancur Kerajaan Islam Andalusia. |
Minuman Lai Chi Kang panas. |
Sebaik masuk dapur, kita terus renih bahan untuk minuman lai chi kang. Alhamdulillah, laici kang ini rezeki pemberian rakan sekerja di ladang.
Sebungkus bahan Lai Chi Kang : RM15.00 |
Gula Nisan |
Ada sekeping gula nisan dalam bungkusan lai chi kang. Amie tidak masukkan dalam bahan minuman, sebaliknya Amie gantikan dengan beberapa kiub mata kucing.
Popia Inti Daging Kerbau Kisar |
Sambil merenih bahan lai chi kang, Amie goreng Popia Inti Daging Kerbau Kisar. Kelmarin buat lebih, dan frozenkan. Ada yang tanya apa rasa daging kerbau kisar? Rasanya sedap. Susah juga hendak bezakan di antara daging lembu dengan daging kerbau kisar. Oleh sebab sudah tahu daging kerbau kisar, jadi waktu makan sengajalah mencari perbezaannya. Bezanya hanyalah daging kerbau kisar lebih padat dan kasar sendikit. Kalau tak perasan itu daging kerbau, memang kita rasa macam daging lembu juga.
Bihun Goreng |
Apabila Plan A tak jadi, kita pun beralih ke Plan B pula. Esoklah pula kalau nak buat salad dan makan crouton. Kita hendak goreng bihun, tapi pada masa yang sama kita pula hendak makan bihun sup! Patutnya sebelum masuk bilik berehat dan tertidur, renih dahulu ceker ayam untuk dijadikan kuah bihun sup.
Hurrmmm... masaklah apa yang mudah dan ringkas
Cari udang kertas, rupanya Fairuz sudah habiskan untuk masak-masak sayur beberapa hari lepas. Banyak pula udang galah dalam freezer. Boleh kot gunakan udang galah untuk dijadikan perencah. Jadi kenalah celur dahulu supaya mudah dibuang kulit. Bolehlah dijadikan perencah bihun goreng dan aksesori bihun sup.
Cari udang kertas, rupanya Fairuz sudah habiskan untuk masak-masak sayur beberapa hari lepas. Banyak pula udang galah dalam freezer. Boleh kot gunakan udang galah untuk dijadikan perencah. Jadi kenalah celur dahulu supaya mudah dibuang kulit. Bolehlah dijadikan perencah bihun goreng dan aksesori bihun sup.
Amie buang tahi udang galah di bahagian kepalanya. Kulit dan kepalanya Amie kisar dan tapis untuk dijadikan kuah sup bihun.
Bihun Sup Udang Galah |
Lai Chi Kang |
Sebenarnya tak banyak makanan masuk perut waktu berbuka puasa sebab banyak hirup air lai chi kang panas. Dua tiga hari ini memang asyik berpeluh-peluh selepas berbuka puasa dengan minuman panas. Semoga bertambah sihat hendaknya.
Buah limau dilupa jangan! |
Sekian, celoteh kali ini.
Hendak sambung baca Ratu Isabella Penghancur Kerajaan Islam di Andalusia. Memang teruja hendak baca sebab sudah jejak tempat-tempat tinggalan tamadun Kerajaan Islam di Andalusia sewaktu berkunjung ke Sepanyol baru-baru ini. Buku ini setebal 515 muka surat dan Amie baru baca hingga muka surat 42.
Jumpa lagi.
1 comments
Bihun Sup Udang Galah, sedapnya sebab terbayang rasa kuahnya, kulit dan kepala udang dikisar/tapis. Laicikang tu memang lah nyaman minum ketika berbuka.
BalasPadam