Berbuka Puasa Dengan Bihun Sup Tulang
8:33 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, hari ini masuk hari keenam kita berpuasa. Teringin hirup sesuatu yang panas ketika berbuka puasa. Jadi rajinkan diri renih tulang untuk dijadikan kuah sup makan dengan bihun. Maka terhidanglah menu Bihun Sup Tulang untuk dijamah bersama keluarga kecil Amie.
Bihun Sup Tulang |
Bihun |
Jom intai apa aksesori untuk Bihun Sup Tulang:
- Sambal Kicap
- Bebola Daging
- Telur Rebus
- Limau Kasturi
- Daun Sup
- Bawang Goreng
Aksesori Bihun Sup Tulang |
Bihun Sup Tulang & The Gang |
Minuman Tongsui |
Ada baki minuman tongsui waktu berbuka puasa semalam. Amie panaskan semula. Alhamdulillah. Selepas makan Bihun Sup Tulang dan hirup minuman tongsui panas, menitiklah peluh keluar dari kepala, dari badan dan tubuh pun berasa ringan. Orang kata, rasa segar! Barulah perasan agak lama juga badan tak berpeluh. Patutlah selalu rasa lemau semacam... ahaks!
Kalau boleh selalu hendak berbuka puasa dengan minuman panas, dan kurangkan yang sejuk-sejuk serta manis. Maklumlah, daya tahan badan semakin berkurang sebab usia pun dah menuju senja.
18 comments
betul tu kalo boleh nak berbuka minuman panas tp tetap nak air sejuk ais baru hilang dahaga 1 hari hehe
BalasPadamKan Ana.
PadamJadi campur-campurlah... ahaks!
Sy jugak suka berbuka minuman panas terutama teh o panas. Nampak best jugak idea buat sup tulang letak meatball ek. Ada telur rebus tambah sedap.
BalasPadamTengok tulang tu tak banyak daging, jadi tambahlah bebola daging pula.
PadamSedapnya sup tulang. Macam nak beli tulang la buat sup.
BalasPadamSup tulang memang sedap kan Chie.
PadamSedapnya lahai...
BalasPadamSy pun jarang berbuka dgn air manis @ ais. Kalau minum pun cukup sekadar raso² :)
Itulah PH, kalau boleh saya pun nak kurangkan minum yang manis-manis tapi bulan puasa ni memang nak juga merasa air manis waktu berbuka.
PadamOk.. nak tiru menu ni... siap meat ball..ok catit dulu.
BalasPadamIya, puas makan.
PadamSedap tu, bihun sup tulang. Makan waktu panas, memang nikmat.
BalasPadamTambah kicap lada, itu yang tambah sedap kan.
PadamWah fav saya ni! Anything mihun sup saya suka, tambah pulak sambal kicap.
BalasPadamTongsui tu mcm laicikang ke?
Tongsui bukan laici kang.
PadamSedapnya ssup tulang! macam best je kan berbuka dengan sup panas
BalasPadamSedapnya bihun sup tulang ni Kak Amie.
BalasPadamIni bukan tulang semata nih ..mewah isiannya
BalasPadamSaya memang tak bisa minum dingin. Sesekali oke, tp utk hari2 wajib suam atau hangat.
BalasPadamHari ini berbuka beli onigiri kak Amie. Sedap macam onigiri yg di jepang. Makan 2 saja dah kenyang 😅