Bandar Merah Marrakesh - Dari Pasar ke Pasar

9:02 PG

Bismillahirrahmanirrahim.

Ulang semula itinerary hari ketiga (Isnin) : 03 Februari 2025
MARRAKECH - RABAT

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Lawatan di Menara Gardens & Bahia Palace.
  • Makan tengah hari & solat jamak di Masjid Koutoubia.
  • Lawatan di Jemaa el-Fnaa Square dan sekitar.
  • Bertolak ke Rabat (4 - 5 jam).
  • Bertolak ke hotel dan makan malam.
Ada kalanya tempat-tempat lawatan yang tersenarai tidak dapat dikunjungi atas sebab-sebab tertentu. Ada pula tempat lawatan yang tiba-tiba muncul tanpa disangka-sangka. Misalnya di Marrakesh kami mengunjungi tempat yang tidak tersenarai seperti  Planète des Épices (Planet of Spices) Marrakech, tetapi tidak pula ke Menara Gardens dan Bahia Palace. Sebaliknya banyak masa dihabiskan keluar masuk pasar ke pasar di sekitar Jemaa el Fnaa.

Untuk tidak berasa hampa, Amie cari rujuk Pak Google untuk mendapatkan maklumat berkaitan Menara Gardens dan Bahia Palace.

Google -Menara Garden

Terletak dengan latar belakang Pergunungan Atlas yang menakjubkan, Menara Garden ialah salah satu mercu tanda yang paling digemari di Marrakech. Oasis menghijau ini menawarkan pelarian yang tenang dari hiruk pikuk kehidupan bandar, menampilkan kebun zaitun yang luas, kolam reflektif yang besar dan astaka indah yang telah berdiri sejak abad ke-12.

Google - Istana Bahia

Istana Bahia di Marrakech ialah contoh seni bina dan reka bentuk Maghribi yang menakjubkan. Dibina pada penghujung abad ke-19, ia adalah kompleks taman, halaman dan bilik yang luas yang dipenuhi dengan butiran rumit dan warna-warna cerah. Esei ini akan meneroka sejarah istana, reka bentuknya, dan kepentingannya dalam budaya Maghribi.

Dan seterusnya, marilah kita teruskan penerokaan di sekitar Bandar Merah @ Bandar Batu-Bata di Marrakesh ini terutamanya beratus-ratus gerai di pasar bandar lama ini. Antara nama-nama pasar yang Amie rujuk dari maklumat gambar di HP termasuklah:
  • Souk Cheria
  • Souk Talaa La Qoubba Gallerie
  • Souk Semmarine
  • Saouk Souafine
  • Souk el Kabir
  • Soul Stailia
  • Derb Rahba Lakdima
  • Bab Ftouh
Bagi penggemar kasut, selipar warna-warni, beg, tali pinggang dan dompet bolehlah berkunjung ke Souk Smata. Sekiranya singgah di Souk El Attarine anda akan menghidu bau rempah dan wangian yang ada di situ. Untuk melihat hasil kerja kayu dan bakul, bolehlah berlama-lama di Souk Chouari. Di sini nikmatilah sepuas-puasnya hasil pertukangan kayu dan barangan tenunan yang indah-indah. Peminat hasil kerja logam dan seni menempa pula jangan lepaskan peluang mengunjungi Souk Haddadine.

Ada 1001 pemandangan menarik dan pelbagai barang yang boleh ditemui selain yang disebutkan di atas. Sesekali terasa seolah-olah berada di Grand Bazaar, Istanbul tetapi di sini lebih kepada suasana pasar lama dan klasik. Kalau di Grand Bazaar, Istanbul kedengaran keriuhan para peniaga memanggil pembeli  tetapi di sini suasananya sangat tenang. Tiada kedengaran paksaan dari peniaga untuk kami singgah apalagi untuk membeli. Mereka lebih murah dengan senyuman dan memberi ucapan salam. Rasanya tidak kelihatan peniaga wanita di sini, melainkan lelaki belaka!

Jom kita jalan-jalan ke pasar yang terletak di sekitar Marrakech Museum. 


Amie dan Kamsiah tertarik dengan pinggan mangkuk seramik. Seluruh dunia tahu hasil seramik Maghribi mempunyai kualiti dan keindahan yang luar biasa. Di Maghribi, selain tembikar, pinggan mangkuk seramik   turut menjadi hasil kraftangan yang mewakili budaya tempatan. Ia adalah kemahiran yang diwarisi dari generasi ke generasi.  


Amie berangan-angan untuk membeli sebiji dua pinggan seramik Morocco. Tengoklah nanti di akhir lawatan ke negara ini, dapatkah atau sebaliknya Amie bawa pulang pinggan seramik .... ahaks!

Sementara itu kita jamu mata dahulu dengan pelbagai jenis dan warna pinggan mangkuk seramik serta barangan tembikar di sini.


Cantik sangat!





Pinggan mangkuk seramik ini sangat cantik dipandang tetapi sebenarnya berat!







Marilah jamu mata sepuas-puasnya di sini. Kami selalu ternampak deretan tembikar dan pinggan mangkuk seramik di gerai tepi jalan. Banyak dan semuanya cantik! Namun apakan daya, kami hanya mampu memandang dari dalam bas sahaja. Mujurlah ketika masuk pasar ke luar pasar ini dapat juga rakam gambar buat kenangan.



Lapik mug atau mungkin lapik mangkuk seramik ini pun nampak cantik semuanya. 



Wokey! 
Setelah puas menjamu mata dengan pelbagai jenis pinggan mangkuk seramik yang unik dan cantik, kita nikmati pula pemandangan pelbagai jenis beg yang bergantungan di tepi dinding gerai. Beg-beg di sii sangat berkualiti kerana diperbuat daripada kulit dan kebanyakannya merupakan hasil kerja tangan, bukannya mesin!




Ada beg besar, beg tangan, dompet dan tali pinggang yang diperbuat daripada kulit.





Terlihat keramahan dari senyuman manis peniaga di sini. Gambar ini diambil sewaktu Amie minta izin dari tuan punya gerai untuk merakam gambar beg.

Mari teruskan perjalanan menyusuri lorong-lorong sempit di pasar ini.


Sebelah sana bergantungan beg tradisional hasil kerja tangan, di sebelah sini pula beg-beg gaya moden. 

Apabila kita menyapa peniaga dengan ucapan salam, dengan ramah mereka menjawab salam dan terus bertanya : Adakah anda dari Malaysia? Oh, nampaknya mereka kenal orang kita!

Assalamualaikum.
Dijawab : Waalaikumussalam.




Banyak pula Amie kongsi gambar beg kulit. Kita jamu mata dengan gambar lainlah pula.



Sesuai dengan suhu sejuk ketika itu, jadi banyaklah pakaian musim sejuk termasuk djellaba, pashmina serta pakaian tebal lain yang dijual.






Meriahkan!
Ada djellaba iaitu jubah tradisional Maghribi, pelbagai pakaian hasil sulaman dan tenunan tangan serta pashmina atau selendang sutera yang lembut dan tebal sesuai digunakan sewaktu musim sejuk.













Wah, ini kawasan jualan kasut kulit warna-warni!






Sekarang kita masuk ke lorong lain pula. Apa ada di sana?


Ada pelbagai jenis lampu yang berukir indah dan nampak klasik!

Sabun pelbagai aroma.


Jika banyak masa bolehlah belek-belek pelbagai barangan penjagaan diri yang diperbuat daripada minyak argan dan herba tradisional.

Minyak wangi.



Barangan logam.




Barangan kayu.



Teruskan penerokaan!



Mari ambil gambar sekeping dua di sini.
Nampak warna-warni kain dan pakaian yang ada.












Manisan pelbagai warna dan rasa juga turut dijual di sini.


Sebelum pelanggan membeli manisan di sini, peniaga akan memotong kecil-kecil manisan kekacang dan kami dapat merasa keenakannya. Semuanya sedap! Ramai yang membeli sebagai oleh-oleh untuk dibawa pulang ke tanah air.



Tour guide En. Rachid sudah menunggu kamu dipintu luar pasar. Kami melintasi Jemaa el Fnaa dan di situ terdapat banyak gerai buah-buahan dan minuman. Dikatakan pada waktu petang hingga ke malam dataran ini sangat meriah dengan kehadiran ramai pengunjung.




Selain buah-buahan segar, terdapat juga gerai buah-buahan kering seperti kurma, tin, aprikot, pelbagai jenis kekacang dan sebagainya.

Video gerai buah dan kekacang serta buah-buahan kering.









Tour guide tidak membenarkan kami singgah lama di dataran ini. Beliau menasihati kami supaya tidak berhenti melihat permainan ular dan juga monyet. Katanya, kalau kami ambil gambar nanti kami akan dikenakan bayaran. Kami akur arahan.


Video suasana di dataran Jemaa el Fnaa dan bunyi muzik.
Menjelang petang hingga ke malam dataran ini akan dipenuhi orang ramai.


Nun di sana kelihatan kereta kuda sedang membawa penumpang yang terdiri daripada pelancong untuk bersiar-siar di sekitar Jemaa el Fnaa.

Kereta kuda membawa pelancong bersiar-siar di sekitar Jemaa el Fnaa.

Papan iklan memaparkan tempat-tempat menarik di Maghribi.


Kami teruskan perjalanan memasuki lorong-lorong sempit.

Ke mana pula kami dibawa selepas ini?

5 comments

  1. Bikin khayal sy tengok gambar² kat pasar ni, Kak Amie. Terutama pinggan² seramik tu, aaaa.. geram!

    BalasPadam
  2. seronoknya tgk pasar tu...bab pingan mangkuk seramik pelbagai bentuk & color tu mmg suka sgt la geng mak2 ni kalo tgk

    BalasPadam
  3. wahhhh terima kasih sis Amie kongsi banyak gambar & terasa mcm turut sama ada dgn rombongan hehehe

    BalasPadam
  4. semua barang pun cantik2 dekat pasar tu...geram betul melihatnya

    BalasPadam
  5. Tengok gambar pinggan2 seramik dah rasa rambang mata. Scroll lagi gambar bawah bertambah lagi rambang mata! Kalau saya tak kuat iman pergi tempat2 macamni

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sabah Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe