Berbuka Puasa dengan Cekodok Pisang
8:51 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Hari ini teringin pula hendak berbuka puasa dengan cekodok pisang. Melihat sesikat pisang saba yang masak ranum, tentu tambah lemak manis dilenyek dengan tepung, sedikit gula pasir dan secubit garam. Bubuh sedikit serbuk penaik. Apabila digoreng tenggelam, terbit aroma pisang yang harum.
Selamat berbuka puasa hari ke-14.
Apa hidangan berbuka rakan-rakan hari ini?
Amie berbuka puasa dengan cekodok pisang dan minum jus tembikai.
Apa hidangan berbuka rakan-rakan hari ini?
Amie berbuka puasa dengan cekodok pisang dan minum jus tembikai.
Cekodok Pisang |
Jus Tembikai |
Hari ini balas dendam sebab kelmarin tak masak nasi dan masak asam pedas ikan pari. Jadi selain makan cekodok pisang, kami makan nasi berlauk:
- Asam Pedas Ikan Pari
- Sayur Campur Taugeh & Kucai
- Udang Galah Goreng Garam Kunyit
- Telur Masin
Hidangan Berbuka Puasa |
Asam Pedas Ikan Pari |
Puas hati dapat masak Asam Pedas Ikan Pari. Tak ada daun kesum dan bunga kantan, Amie gunakan serai dan daun limau purut sahaja. Itu pun sudah cukup sempurna rasanya. Kuahnya nampak berlinang-linang berkilat kerana beberapa kali terbit minyak, renih dan terus renih sehingga pekat.
Sayur campur : taugeh, lobak merah, kacang buncis & kucai. |
Telur Masin |
Udang Galah Goreng Garam Kunyit |
Perut kenyang makan cekodok berketul-ketul dan minum dua gelas jus tembikai. Alhamdulillah.
11 comments
Meriahnya juadah berpuasa Kak Amie. 😊
BalasPadamAsam pedas ikan pari, udang galah sedapnya. Jus tembikai, nak buat esok lah. Semua menu Kak Amie sedap.
BalasPadamSemuanya menyelerakan!
BalasPadamCekodok tu sedar tak sedar boleh habis sepiring Kak Amie kan...
Laaaa ingatkan saya je yg Teringin cokodok pisang Di bulan Ramadan. Hari tu ada lebihan pisang balik kerja ja terus buat. Yehhhh sedapnya buat lembek2 gitu
BalasPadamCekodok pisang dapat pisang yang dah betul-betul masak lagi bertambah sedap. Manis.
BalasPadamTerus teringat pisang yang saya frozen-kan, boleh buat cekodok pisang 😀
BalasPadamSaya pun berbuka dengan jus tembikai. Tembikai besar tak habis makan, buat jus dapat beberapa botol dan frozen-kan. Nampak sedap kak Amie tambah hirisan lemon.
Lamanya tak makan cokodok.
BalasPadamSedapnya asam pedas ikan pari, sayur campur, cekodok dan air tu Amie. Alhamdulilah....sedap belaka tu.
BalasPadamfuhhhhhh jus tembikai + lemon menggodanyaaaaa! semua menu lah menggoda sangat sis amie ni! laparrrrr T_T
BalasPadamSaya pun berkira-kira tadi nak buat cekodok pisang...Tapi dah terkukus kaswi sesambil membaking tadi..
BalasPadamJus tembikai tu sangat menggiurkan!
BalasPadam