Hidangan Moroccan Chicken Lemon Tagine di Terrasse Marjana Restaurant
12:41 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Ada sesuatu yang tak mungkin dapat dilupakan apabila memasuki pasar makanan atau restoran di Maghribi. Ya, aroma masakan yang semerbak dengan bau rempah yang lembut dan seimbang sangat menggoda selera! Itulah salah satu keistimewaan dunia kulinari di Afrika Utara terutamanya di Maghribi. Penggunaan periuk tanah liat (adakalanya seramik) dengan penutupnya yang berbentuk kon itulah yang menampilkan keunikannya yang tersendiri. Ia disebut tagine atau tajine. Nama tagine atau tajine merujuk kepada nama makanan dan juga periuk tanah tersebut.
Tagine Maghribi tradisional merupakan bahan rebusan seperti ayam, daging atau kambing bersama sayuran dan pelbagai rempah ratus yang dimasak dengan api perlahan di dalam periuk tanah. Penggunaan rempah-ratus termasuklah jintan, halia, kunyit dan kayu manis akan membangkitkan aroma yang lazat dan semerbak dari semasa ke semasa.
Antara hidangan tagine yang terkenal di Maghribi:
- Lamb Tagine dengan Aprikot Kering dan Prun
- Tagine Ayam dengan Buah Zaitun dan Lemon yang diawet
- Tagine Sayuran dengan Kacang Ayam
- Tagine Daging Lembu dengan Kacang Badam
- Tagine Ikan dengan Tomato dan Buah Zaitun
- Tagine Terung dan Tomato
Sumber - Moroccan Tagine or Tajine
Moroccan Chicken Lemon Tagine |
Selepas masuk pasar keluar pasar, akhirnya kami berhenti berjalan untuk makan tengah hari di Marjana Restaurant Rooftop.
Restoran ini terletak di tingkat atas dan kami menaiki tangga untuk sampai ke sana.
Pintu masuk di bahagian atas. Kami disambut dengan dua buah tempayan @ tembikar di kiri kanan pintu.
Ini antara ruang makan yang disediakan untuk kami.
Apabila mendongak ke atas, agak serabut sedikit dengan pelbagai hiasan yang bergantungan.
Sementara menunggu hidangan tiba, sempat pula selak-selak menu yang terletak di atas meja. Bolehlah tambah info pelbagai jenis masakan di Maghribi.
Sayangnya kami tidak dapat menunggu lama di tempat duduk bahagian luar kerana panas pancaran matahari.
Kami tinggalkan meja yang sudah panas oleh cahaya matahari tetapi belum sempat panas kami duduki. Rakan-rakan yang lain tidak berpindah tempat sebab cahaya matahari tidak sampai ke tempat duduk mereka.
Duduklah kami di ruangan dalam yang lebih selesa.
Sebagaimana masakan Maghribi yang kaya dengan rempah-ratus, begitu jugalah hiasan dalaman restoran yang sarat dengan pelbagai aksesori. Kiranya inilah identiti penduduk Maghribi yang mewah dengan ketinggian budaya.
Oleh kerana kami pindah tempat duduk, jadi kami orang terakhir mendapat hidangan makanan. Rakan-rakan lain yang duduk di bahagian luar sedang menikmati hidangan masing-masing. Perut pun semakin berkeroncong apalagi hidung terbau aroma masakan tagine yang sangat sedap!
Tour leader datang ke meja kami membawa pizza. Entah dari mana beliau beli. Katanya, tidak habis makan seorang. Jadi, sementara menunggu makanan kami tiba, makanlah dulu pizza ini, katanya.
Apalagi! Kami pun makanlah sekeping, sambil beringat-ingat jangan ambil lebih takut nanti sudah kekenyangan tak termakan pula hidangan yang dinanti-nantikan!
Pizza pemberian tour leader. |
Setelah sampai roti di meja, disusuli pula dengan sup harira dan buah prune kering. Eh, waktu itu mata terpandang piring kita yang sumbing... ahaks!
Ann yang duduk di sebelah kanan kita dapat buah kurma pula. Piringnya tak sumbing... hihihiii. Kami pun mula makan roti celup sup harira.
Kemudian datang seorang pelayan membawa tagine. Tak sabar hendak tengok isinya!
Satu persatu dihidangkan tagine di hadapan kami.
Jom kita buka penutup bentuk kon ini.
Tudiaa.... Moroccan Chicken Lemon dihiasi dengan buah zaitun! |
Kuahnya sangatlah sedap! Nampaknya roti sudah berpindah tempat. Mula-mula celup sup harira. Sekarang celup ke dalam kuah ayam yang masih panas dan sempurna cukup rasanya!
Itu sahajalah hidangan tengah hari kami. Terakhir ialah pencuci mulut. Entah apa namanya. Seolah-olah kerepek nipis ditambah yogurt dan madu!
Empat sekawan duduk makan Moroccan Chicken Lemon Tagine. |
Setelah selesai makan, ambil video di bawah pula.
10 comments
Menarik sungguh makanan tu..
BalasPadamNampak menyelerakan! Rempah ratus sana rasa pedas tak ?
BalasPadamselesa ruang makan nampak sedap menunya
BalasPadamCantik kedainya. Hiasan kat dinding warnanya terang2.
BalasPadamBestnya kalau ada makanan² Morocco tu jual kat sini. Sy rasa semua tu selera saya, hahahah.
BalasPadambukan setakat hiasan dalam restoran, makanan pun dihidangkan dengan kemas dan berhias. penuh seni. tapi dalam banyak banyak tu, saya nampak pizza yang paling saya teringin nak rasa...
BalasPadamMemang cantik hiasan dalam restoran tu, bercirikan kesenian maghribi!
BalasPadamNampak sihat ye makanan tradisi sana, teringin nak rasa :D
Hiasan dalaman yang pelbagai! Makanan nampak sedap tuu
BalasPadamMoroccan Chicken Lemon Tagine tu sedapnya nampak. Cantik deco restoran. Moga sampai kami ke sana.
BalasPadamSuka sangat decoration depa nampak mewah
BalasPadam