Setia Bersama WARDAH
8:41 PGBismillahirrahmanirrahim.
Amie mula berkenalan dengan WARDAH pada akhir Disember 2022. Ketika itu buat pertama kalinya Amie bawa WARDAH (warna biru) ketika menunaikan umrah. Sebenarnya terpikat dengan bekasnya yang kecil dan senang dibawa ke mana-mana. Selain itu, harganya yang sangat mampu beli itulah yang paling utama mengapa WARDAH jadi pilihan nombor satu.
Sumber : Google |
Memandangkan WARDAH sangat sesuai dengan Amie, jadi Amie gunakannya sebagai alat penjagaan wajah apabila balik ke tanah air. Apabila dinilai semula, WARDAH menawarkan harga separuh lebih murah berbanding beberapa jenama penjagaan kulit yang Amie pernah pakai sebelum ini.
Sumber : Google |
Amie juga telah mencuba WARDAH Crystal Secret dan hasilnya juga sangat memuaskan hati. Untuk mengelak rasa jemu menggunakan produk WARDAH yang sama sahaja, Amie cuba berkenalan dengan WARDAH Hydra Rose pula. WARDAH Hydra Rose memang terbaik! Aromanya lembut memikat. Sehari tak gunakannya, rasa rindu bertahun lamanya... ahaks!
Sumber : Google |
Kawan-kawan gunakan rangkaian penjagaan kulit jenama apa?
2 comments
Kita sama kak Amie...SA pun gunakan set yang pertama tu...
BalasPadamSy pernah guna Wardah. Asalnya sy guna velvet foundation lepas tu terus berkenan dan sy guna skin care wardah rose tu. Senang tanggal mekap. Tapi mousturizer sy dah guna alia sekarang. Cleanser jer sy guna wardah rose sebab senang tanggal mekap.
BalasPadam