Bermalam di Smarts Hotel, Rabat
10:19 PGBismillahirrahmanirrahim.
Selesai menikmati gorengan laut di Marina Palms, Majorel Voyage bawa kami ke tempat penginapan di Smarts Hotel, Rabat. Turun dari bas bukan terus masuk bilik. Kenalah tunggu giliran ambil beg yang dikeluarkan dari perut bas. Kemudian berkumpul di lobi menanti nama dipanggil untuk ambil kunci bilik. Selepas itu barulah bergerak menuju ke pintu lift. Seperti di Balkan, liftnya kecil sahaja sekadar muat untuk dua orang bersama beg masing-masing. Jadi, memang kena bersabarlah.
Begitu dan begini, hampir pukul 12 malam jugalah kami masuk bilik. Dan tidaklah terus rebahkan diri walaupun badan berasa sangat letih. Walaupun sudah lewat malam, mandi jugalah sekejap sebab seharian berjalan di Bandar Lama Marrakech. Entah apa yang melekat di baju atau di badan, kita pun tak tahu kan. Selesai solat jamak barulah rasa lega dan bolehlah tidur hingga ke pagi.
Oleh kerana mata hendak terpejam saja, jadi ambillah gambar bilik seadanya saja.
Nampaknya memang tidak disediakan sebarang minuman di sini. Menyesal pula tidak bawa baki air mineral yang tertinggal di dalam bas.
Alamak! Bilik airnya begini pula. Tapi mujurlah tak nampak bayang dari luar.
Seperti biasa, Amie tidur di katil tepi tingkap. Hanya sempat selak langsir, tapi tak tahu apa pemandangan di luar.
Keesokan paginya, sebelum tinggalkan bilik Amie sempat bawa kenang-kenangan masukkan dalam beg.
Inilah kenang-kenangan itu. Syampu dan shower gel!
Ada dua botol syampu dan dua botol shower gel. Istimewanya kerana aromanya yang harum lembut dan sudah tentu rasa sayang sebab ada argan oil!
Amie ambil dua botol. Kamsiah pun ambil dua botol juga. Alhamdulillah, sampai ke LD! |
4 comments
Alamak...rasa tak selamat nak buat urusan dalam bilik air tu. Hahah
BalasPadamKalau saya pun ambil bawa balik - ada argan oil tu..
Kenangan dari hotel tu wajib amik... kalau Cuya pon akan amik semua xD
BalasPadamAlaa.. dengan Kak Kamsiah nak malu apa, hahahahahha.
BalasPadamCantik bersih hotel nya. Hehe bilik air tu, malu jugak kan walau nampak bayang je.
BalasPadam