Berbuka Puasa dengan Nasi Lauk Ikan Liking Goreng
10:46 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Entah mengapa Ramadan kali ini seleranya banyak ke laut. Agaknya sudah bosan dengan air tangan sendiri. Syukurlah dalam seminggu ada beberapa hari Fairuz di rumah. Bolehlah tolong masak waktu berbuka atau bersahur.
Sahur pun kita hanya makan telur rebus dua biji dengan salad. Kadang-kadang saja sahur makan nasi. Kelmarin kita timbang berat badan. Nampaknya tiga kilogram turun sejak mula puasa. Bermakna tercapailah target. Sebenarnya sewaktu pemeriksaan kesihatan di ladang, asyik kena tegur supaya turunkan berat badan supaya BMI sesuai dengan ketinggian. Maklumlah kita ini jenis rendang! Dicadangkan berat di antara 49-55 kg. Jadinya, terkejut jugalah melihat berat timbangan 55.2kg. Itu pun sudah pakai baju hendak pergi ladang. Kalau berat tanpa berpakaian tentu kurang dari 55 kg.... ahaks!
Kiranya berjayalah juga turunkan berat badan bermula waktu PKP. Dulu setiap kali pemeriksaan kesihatan, rasa mustahil akan turun berat badan seperti yanag disarankan. Tanpa disedari (walaupun kadang-kadang perasan), kita sudah turun 19kg dalam masa empat tahun.
Eh, lupa tajuk asal hendak cerita tentang juadah berbuka hari ini. Nampaknya juadahnya sudah jadi caca merba, tak sesuai tema. Balik dari buat kad pengenalan, Firdaus beli sayap ayam goreng. Encik Suami masak nasi. Semalam kakak ipar hantar nasi ayam, dan banyak pula baki ayamnya. Encik Suami panaskan semula.
Ada baki sup tulang dua ketul. Panaskan juga, dan tambahkan bebola daging. Eh, ada lagi. Rendang daging. Sebenarnya hendak difrozenkan untuk bawa balik kampung raya nanti. Tapi, bolehlah ambil sedikit untuk makan dengan nasi. Waktu berbuka kelmarin sudah makan rendang dengan nasi himpit.
Ikan Liking Goreng |
Lama juga kita simpan ikan liking yang dibeli di Kota Belud. Seingat Amie, kami ke Kota Belud sewaktu menyambut kedatangan cucunda Hamzah di Kota Kinabalu pada 22 Disember 2024 lepas. Elok lagi ikan liking dalam bungkusan di peti sejuk. Semerbak enak aromanya ketika digoreng. Waktu makan, kita seorang yang jamah. Rugilah kalau sudah ada di depan mata tapi tak sudi cuit. Sedap ooiii!
Meriah kan ikan liking goreng and the gang! |
Ikan Liking |
Ikan Liking |
Cerita ikan liking ada di sini: Jom Berkenalan dengan Ikan Pangi, Ikan Liking dan Ikan Salai di Tamu Kota Belud
Amie goreng dulu ikan liking dan kemudian angkat dari kuali. Kemudian barulah goreng aksesorinya. Bolehlah bubuh perasa pilihan. Waktu hendak makan perahkan jus limau kasturi.
Ikan Liking Goreng and the Gang |
Salad tidak dilupa. Semalam Encik Suami rebuskan dua biji telur tapi kita tak jadi makan sahur. Kita minum air saja. jadi, telur rebus bolehlah dijadikan teman daun salad. Lupa hendak bubuh dressing pula.
Ayam Goreng Firdaus |
Sup tulang tinggal dua ketul ini rasa sedap pula!
Rendang Daging |
Fairuz sediakan minuman serbuk kiwi yang Amie beli dari Turkiye.
Minuman Kiwi |
8 comments
Ikan Liking goreng, sambal belacan sedapnya. Nak beraya ke LD lah rasanya. Macam2 menu sedap kat sana 😊
BalasPadamKalau tengok time tengahari ni..mau kurus puasa..
BalasPadamAdakaha ikan liking dengan ikan talang tu sama cikgu?
Tengok link tu pulak terliurnya ikan salai nampak fresh
Lauk ikan liking ginilah sedap, membuka selera... bestnya kak turun 3 kg, entah kenapa sy thn ni bln puasa x byk turun.. sadis
BalasPadamsedap semua menu akak... lengkap siap dengan air yg mengiurkan
BalasPadamwaduhhhhh waduhhhh sedapnyaaaaa salad, ikan liking & airrrrrr tuuu! kenapelah LD jauh beribu batu dari negeri Perak :(
BalasPadamOrang yg tak jadi sahur tu sudah rayakah?
BalasPadamTerbayang pulak sedapnya ptg ni goreng ikan pekasam, lepas tu goreng bawang dan cili banyak² bubuh atas dia.
menu buka selera puasa tu
BalasPadamIkan liking ini ikan asin berarti kan kak? Mama sering buat macam di atas, digoreng lalu kasih aneka bawang dan cabe. Sedaaap ... Wanginya bisa kemana2 sampai rumah tetangga 🤣🤤🤤
BalasPadam