Kasbah of the Udayas (Casbah des Oudaïas)

8:55 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Sekarang kami berada di Rabat, sebuah kota yang cantik dan bersih di Maghribi. Rasa sangat teruja melihat ombak menghempas pantai Atlantik di sepanjang laluan menuju ke kubu pertahanan Kasbah of the Udayas (Casbah des Oudaïas) yang dibina abad ke-12 yang terletak di atas bukit di Muara Sungai Bou Regreg. Kedudukannya bertentangan dengan Salé, dan bersebelahan dengan suku Madinah di Rabat. Ia disenaraikan, bersama-sama dengan tapak lain di Rabat, sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.[

Rabat ialah ibu negara Maghribi. Nama Rabat diambil daripada perkataan Arab,  sejenis kubu Islam iaitu ribat. Nama ini dipendekkan daripada frasa 'ribat pembukaan' yang diperoleh pada 1170 disebabkan oleh kepentingan ketenteraan. 

Selain pemandangan memukau pantai Atlantik yang sangat indah, kami disajikan dengan pemandangan menarik kubu pertahanan, tembok kota dan pintu gerbang.

Bergambar di hadapan kubu pertahanan Kasbah of the Udayas (Casbah des Oudaïas).

Ketika ini sang mentari sedang menampakkan dirinya dengan sinar yang terang menembusi suasana dingin di pagi hari. Walaupun sejuk tetapi rasa nyaman oleh pelukan matahari pagi. Mari kita berkenalan dengan kasbah atau qasabah. Qasabah ( bahasa Arab ) bermaksud bahagian tengah kota atau benteng,  dalam bahasa Barbar disebut tighremt, Bahasa Perancis dan Inggeris disebut kasbah. Ia suatu kelompok bangunan yang dibentengkan disekelilingnya. Kubu pertahanan ini dibina untuk menahan serangan musuh dari arah Sungai Bou Regreg.


Pancaran matahari adalah satu rahmat yang mesti dinikmati setiap orang terutama ketika musim sejuk. Munculnya bebola sakti ini merupakan pelengkap ketika melewati hari-hari yang sentiasa dingin.

Kedudukan Kota Rabat di Maghribi.


Kasbah Udayas (Bahasa Arab) atau Qasbat al-Awdāya (bahasa Berber), dan ada yang memanggilnya Qasbat 'n Iwdayn Kasbah dan disebut juga sebagai Oudaya Kasbah. Kasbah mengambil namanya daripada suku Udaya. Nama ini hanya dikaitkan dengan kasbah pada abad ke-19 selepas suku itu diusir secara kekal dari Fez. Sebahagian kecil daripada suku itu menetap di kasbah yang sebelum itu tidak berpenghuni. Penggunaan al-Widaya (الوداية) dan bukannya al-Awdāya telah menjadi popular di Maghribi.


Antara pemandangan sebelum sampai ke pintu masuk Kasbah of the Udayas (Casbah des Oudaïas). Kota Rabat terlihat anggun berwarna putih dengan bangunan dan kawasan perumahan yang lebih tersusun berbanding Kota Marrakech atau Bandar Merah @ Bandar Batu-Bata. Rasanya inilah satu-satunya bandar paling indah di antara beberapa buah bandar yang kami kunjungi di Morocco.

Jika banyak masa untuk mengizinkan merayau di segenap penjuru, kita dapat melihat panorama indah dengan semua rumah berwarna putih dan banyak lorong kecil untuk dijejaki. Bagi yang mempunyai tenaga bolehlah naik ke puncak kasbah untuk melihat  pemandangan hebat Lautan Atlantik dan Sale, bandar bersebelahan.


Di sana sini terlihat bayang-bayang memenuhi ruang menunjukkan hari masih awal, rasanya belum lagi pukul sembilan pagi.


Walaupun hanya pokok palma yang menjadi hiasan landskap, tetapi tetap nampak indah pada pandangan.




Sumber : Kasbah of the Udayas

Sumber : Kasbah of the Udayas

Gambar di atas merupakan dinding kasbah dan pintu utama Almohad, Bab Oudaia. Kasbah of the Udayas adalah tarikan yang mesti dilihat di Rabat. Kubu bersejarah ini bermula sejak Dinasti Almoravid. Pada mulanya dibina pada abad ke-11, tetapi kemudiannya dibina semula oleh Khalifah Almohad pada pertengahan abad ke-12. Kasbah kini menjadi hab aktiviti yang sibuk dengan laluan pejalan kaki yang sempit dan skema warna biru dan putih yang menarik.

Bergambar di depan Bab Oudaia.



Sekiranya dapat melangkah memasuki kawasan yang lebih tinggi, anda akan disambut oleh dinding kubu yang tebal, menikmati pemandangan yang menakjubkan di sepanjang garis pantai dan turun ke taman yang subur di bahagian bawah. Nikmatilah suasana kasbah yang menawarkan rasa Mediterranean, dengan pemandangan dermaga yang luar biasa dan taman-taman yang dijaga dengan indah.


Kasbah Udaya yang menghadap ke Sungai Bou Regreg : Kasbah of the Udayas


Pemandangan Kasbah dari utara ; Kasbah of the Udayas


Pemandangan kasbah dari barat laut, dengan tanah perkuburan berdekatan : Kasbah of the Udayas


Memasuki kawasan yang lebih tinggi, anda akan disambut oleh dinding kubu yang tebal dan sekumpulan penjual dan kedai. Laluan menuju ke tempat pandang yang menakjubkan di sepanjang garis pantai dan turun ke taman yang subur di bahagian bawah. Kasbah menawarkan rasa Mediterranean, dengan pemandangan dermaga yang luar biasa dan taman-taman yang dijaga dengan indah.

Dua orang tetamu Kasbah of the Udayas (Casbah des Oudaïas) di pagi hari.

Belanja video sekitar Kasbah of the Udayas (Casbah des Oudaïas).

Sekian, perkongsian kenangan di pagi yang dingin di Kasbah of the Udayas (Casbah des Oudaïas), Rabat.

3 comments

  1. seni bina org dulu tampak sgt teguh... bagus pihak kerajaan menjaga dan memulihara tempat bersejarah ni

    BalasPadam
  2. Kasbah of the Udayas, cantik betul senibina kubu ni dan lokasi berdekatan laut.

    BalasPadam
  3. Gah sungguh kubunya. Pintu gerbangnya saja dah cukup hebat.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sabah Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe