Dinner At Marina Palms, Rabat
8:36 PGBismillahirrahmanirrahim.
Perjalanan darat dari Marrakech ke Rabat dalam tempoh empat hingga lima jam sudah tentu sangat membosankan apalagi di waktu malam. Jadinya, sebaik sahaja matahari tenggelam dan tidak dapat melihat pemandangan selain kegelapan, maka tertutuplah mata buat seketika. Kemudian terjaga semula. Masih juga pemandangan yang sama seperti tanah datar, barangkali tanah ladang gandum atau ladang bawang. Maka terlelap semula.
Terlelap.
Terjaga.
Terlelap.
Terjaga.
Akhirnya terlena.
Susah sungguh hendak buka mata sewaktu Majorel Voyage berhenti di seberang jalan menuju ke Marina Palms. Gosok-gosok mata yang sudah membengkak dan terpaksalah buka kelopak mata! Jam menunjukkan lewat pukul sembilan malam.
Sejuknya tidak terkata.
Entah berapa darjah Celcius.
Restorannya pula di tepi sungai.
Di seberang sungai kelihatan cahaya yang indah tapi tak dapat berlama-lama di situ kerana tiupan angin malam menambah kedinginan yang mencengkam tulang!
Jom masuk restoran.
Entah berapa darjah Celcius.
Restorannya pula di tepi sungai.
Di seberang sungai kelihatan cahaya yang indah tapi tak dapat berlama-lama di situ kerana tiupan angin malam menambah kedinginan yang mencengkam tulang!
Jom masuk restoran.
Hidangan malam di Marina Palms. |
Moroccan Bread @ Moroccan Khobz. |
Seperti kebiasaannya, setiap kali menghadap hidangan makan samada tengah hari atau malam, sudah semestinya ada roti. Namanya Moroccan bread atau Moroccan Khobz. Selalunya dihidang bersama sup harira tetapi malam ini tidak ada sup tersebut.
Selain roti, dihidangkan sekali nasi. |
Tak tahu pula rasa nasi ini sebab tak jamah. Mata dan selera lebih tertarik untuk menikmati gorengan laut! Tapi nampak comel juga nasi dalam pinggan dengan hiasan tomato ceri menjadikan warnanya tambah menyerlah.
Mata mencari-cari sesuatu yang pedas untuk dijadikan cecahan gorengan laut.
Yang ada hanya sos tomato sahaja.
Nampaknya setakat ini belum jumpa yang pedas-pedas di Morocco.
Jiran-jiran di sebelah tempat duduk sudah mula menjamah gorengan laut!
Tak sabar tunggu hidangan sampai ke meja kami.
Yeaaahuuu.... gorengan laut yang ditunggu-tunggu dah tiba!
Semuanya panas belaka:
- Udang
- Sotong
- Monkfish Fillet
- Ikan Trout (Ikan Air Tawar)
Setiap hidangan dilengkapi dengan sos dan daun salad serta hirisan lemon.
Jom makan. |
Suka sangatlah kita dapat makan ikan trout goreng celup tepung nan seekor!
Tapi mata tetap nampak bengkak.... ahaks!
Bismillah. |
5 comments
Bengkak mata takpe, janji perut layannnn.. hehehehhe. Dah ada roti, nasi pun ada ya, Kak Amie. Kuahnya tak ada pulak.
BalasPadamPukul brp makan ni Kak Amie? Semua nampak tahan mata je tu 🤭
BalasPadamComel nasi tu...
akak buka mata tak tu? hehehe sedapnyaaaaaa gorengan laut! morroccon tak mkn pedas / cicahan pedas ye?
BalasPadamOrang Morocco tak makan pedas agaknya ya? Gorengan tu nampak menyelerakann!
BalasPadamSedapnya dinner Kak Amie, fried seafood. Moroccan Khobz tu cicah sup sedap ya.
BalasPadam