Berbuka Puasa dengan Bihun Sup Tulang, Nasi Himpit dan Rendang daging
10:42 PGBismillahirrahmanirrahim.
Kelmarin merendang daging untuk hari raya. Kena masak awal sebab hendak dibawa pulang ke kampung pada hari Sabtu. Memandangkan tiada masa yang sesuai untuk merendang sepanjang minggu ini, jadi hari Ahad menjadi pilihan. Sambil merendang lebih kurang 4 kg daging, sambil menyiapkan juadah berbuka puasa. Berharap sangat sekurang-kurangnya kuah rendang menjadi pekat sebelum azan maghrib. Bolehlah makan dengan nasi himpit.
Alhamdulillah, walaupun kuah rendang masih basah tetapi daging sudah empuk. Tidaklah sia-sia nasi himpit menunggu rendang di atas meja makan,
Hidangan Berbuka Puasa |
Rendang Daging |
Nasi Himpit |
Tak tahu mana satu hendak di makan. Bihun Sup Tulang sedap. Rendang dengan nasi himpit pun sedap! Bihun Sup Tulang, walaupun sudah selalu buat tapi tetap tak jemu-jemu hendak makan. Kali ini Amie sediakan dua jenis hun iaitu bihun dan suhun.
Bihun Sup Tulang |
Sup Tulang dengan Bebola Daging |
Aksesori Bihun Sup Tulang |
Bihun |
Suhun |
Bihun Sup Tulang |
Powder Drink Green Apple |
Fairuz sediakan minuman daripada Serbuk Green Apple.
8 comments
Ada pilihan bihun dan suhun. Tak pernah lagi cuba guna suhun.
BalasPadamDua-dua menu sedap. Kalau saya pun keliru nak makan mana satu dulu :D
Dua pilihan hun, hihihi. Rasa macam dua kali Kak Amie masak bihun sup masa puasa kali ni. Banyak buat rendang daging tu, mesti ramai nak makan. Sy tak sabar nak merendang minggu depan.
BalasPadamOh ada meehoon atau sohon sup ke. Kalau meehoon selalu buat tapi bila guna sohon je tak pernah pulak. Saya suka kalau sohon ni buat sambal goreng letak banyak2.
BalasPadamsedap tu bihun sup tulang...rendang daging pn menarik
BalasPadamUncle prefer bihun... Sebab dah terbiasa
BalasPadamBihun Sup Tulang, sedapnya Kak Amie. Jugak air green apple tu.
BalasPadamNi dah menu pra raya dah ni😍
BalasPadamSedapnya menu bihun meatball akak tu, lengkap semuanya... sup tulang tu pun mesti seger dengan daun sup tu... sedap betul
BalasPadam