Berbuka Puasa Dengan Popia Inti Daging Kerbau Kisar
9:25 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Siang tadi berangan-angan hendak buat samosa untuk berbuka puasa. Minta Encik Suami beli daging kisar jenama RAMLY. Sampai ke kedai Encik Suami telefon. Katanya Daging Kisar Ramly tak ada. Yang ada hanya Daging Kerbau Kisar! Kerbau pun kerbaulah. Janji jenama RAMLY.
Siang tadi berangan-angan hendak buat samosa untuk berbuka puasa. Minta Encik Suami beli daging kisar jenama RAMLY. Sampai ke kedai Encik Suami telefon. Katanya Daging Kisar Ramly tak ada. Yang ada hanya Daging Kerbau Kisar! Kerbau pun kerbaulah. Janji jenama RAMLY.
Oooo... ada rupanya daging kerbau kisar.
Baiklah, kita cuba masak daging kerbau kisar. Ada beza tak dengan daging lembu kisar?
Setelah siap masak daging kerbau kisar dengan kentang, kita pun sejukkan seketika. Ketika menggunting kulit popia, rasa malaslah pula hendak melipat-lipat isi inti dan balut berkali-kali dijadikan samosa. Akhirnya nama samosa hanya tinggal nama, yang dihasilkan pula popia inti daging kerbau kisar!
Setelah siap masak daging kerbau kisar dengan kentang, kita pun sejukkan seketika. Ketika menggunting kulit popia, rasa malaslah pula hendak melipat-lipat isi inti dan balut berkali-kali dijadikan samosa. Akhirnya nama samosa hanya tinggal nama, yang dihasilkan pula popia inti daging kerbau kisar!
Popia Inti Daging Kerbau Kisar |
Waktu berbuka puasa, sebatang demi sebatang popia masuk perut, cecah dengan baki sambal nasi ayam kelmarin. Biasanya berebut makan popia dengan Firdaus tapi bujang kenit kami demamlah pula. Sakit tekak tak boleh nak telan makanan. Walaupun sedap, tak berapa seronoklah makan sebab ada orang tak sihat badan.
Kurma pembuka mulut jangan dilupa. |
Menu berbuka puasa hari ini. |
Semalam Fairuz bawa pulang udang galah dengan ketam dari Beluran. Melihat ada banyak udang dan ketam, kita pun berangan hendak sediakan shellout. Samalah seperti samosa yang jadi popia, akhirnya shellout tak jadi apa!
Encik Suami kata masak nasi sajalah.
Kita pun masaklah nasi.
Udang galah dimasak juga, tapi jadi Udang Galah Masak Lemak Cili Padi dengan Pucuk Paku. Ketam pun kita masak juga, tapi kita hanya goreng salut tepung kentucky.
Kita pun masaklah nasi.
Udang galah dimasak juga, tapi jadi Udang Galah Masak Lemak Cili Padi dengan Pucuk Paku. Ketam pun kita masak juga, tapi kita hanya goreng salut tepung kentucky.
Udang Galah Masak Lemak Cili padi dengan Pucuk Paku |
Ketam Goreng Kentucky |
Ikan Bolu Goreng |
Kita goreng ikan bolu. Sebenarnya kita suka masak pindang atau singgang saja ikan bolu tapi Encik Suami suka ikan bolu goreng. Oleh kerana Encik Suami bantu bersihkan ikan bolu, jadi kita pun goreng sajalah sebagai tanda terima kasih. Semua lauk-pauk kita masak sekali harung untuk sahur nanti.
Pengat Pisang |
Teringin sangat hendak makan pengat pisang. Kita makan sedikit saja. Orang kata buat rasa-rasa. Selebihnya Encik Suami hantar ke rumah kakak ipar.
Orang lain makan nasi, tapi kita buka puasa pulun makan Popia Inti Daging Kerbau Kisar! Ambil beberapa ketul Ketam Goreng Kentucky, penuh pinggan dengan cengkerang dan kaki ketam! Kita meratah ketam sajalah.
Rebusan Barli & White Fungus |
Kononnya masak air barli tambah white fungus dan kurma merah untuk dijadikan minuman berbuka puasa. Setelah hirup segelas, beralih arah pula ke gelas jus epal hijau asam boi! Tak tahan godaan betul!
Jus Epal Hijau Asam Boi |
19 comments
Sedapnya jus epal hijau asam boi tu. Errr macam mana rasa daging kerbau tu ya?
BalasPadamDaging kerbau macam daging lembu juga kan rasanya? Kalau tak ditulis nama daging tu, mungkin kita fikir ia daging lembu.
BalasPadamYang viral sekarang ni popia big mac tu. Guna daging kisar juga. Asyik lalu lalang je nanti nak try juga buat.
BalasPadamSelalu juga makan daging kerbau dalam paket yang dijual di supermarket...kalau popia berinti isi kerbau belum lagi
BalasPadamSedapnya menu Kak Amie. Udang galah tu terliur betul. Apple asam boi masa berbuka/panas2 fuhh memang menyejukkan dan sedap. Ikan goreng tu, favorite sangat kadang makan ratah garing2.
BalasPadamSemua sedap² la Kak Amie...
BalasPadamOh ada ye daging kerbau kisar ... Pernah makan kari daging kerbau di rumah kenduri. Sedap mcm dgg lembu juga cuma dgg kerbau lebih pejal
Semua sedap² la Kak Amie...
BalasPadamOh ada ye daging kerbau kisar ... Pernah makan kari daging kerbau di rumah kenduri. Sedap mcm dgg lembu juga cuma dgg kerbau lebih pejal
Oh, tak tahu pulak Ramly ada daging kerbau kisar. Sy pernah makan daging kerbau, sedap jugak la. Sy tak cerewet, sy bayangkan sama jer dengan lembu, hihi. Sebenarnya lipat atau gulung yang lebih mudah. Menggulung rupanya.
BalasPadamSedap semuanya.
BalasPadamMenarik sungguh popia kak Amie.
Tak perasan pula ada daging kerbau jenama Ramly. Menarik untuk dicuba.
sedap-sedapnyaa semuaaa! ehh mcm mana ye rasa daging kerbau? sama ke mcm rasa daging lembu?
BalasPadamtersenyum... samosa jadi popia pun sedap juga kak amie. anak saya semua suka popai modern isi macam macam ni. Kalau ayahnya suka inti taugeh, sengkuang gitu
BalasPadamsedapnya tkg menu udang galah tu....popia inti daging kerbau tk pernh lg try
BalasPadamOhh tak pernah pulak jumpa daging kerbau kisar Ramly..nnti boleh try beli gak!
BalasPadamSedap tu semua menunya. Macam nak try lah epal asam boi tu.
BalasPadamPernah terbeli bebola daging kerbau... sebab tak biasa makan, rasa pelik pula.
Cantiknya bungkus popia tu... kemas
BalasPadamSedap2 masakan akak... teruja tengok
BalasPadamMasa tengok gamba first yg ada semua lauk tu, ammi ingat kak amie buat udang kertas buttermilk. Pengat pisang rupanya.
BalasPadamRindu pula nak makan udang kertas kecik2 tu
Tak pernah tak terliur pokoknya kalo baca tulisan kak Amie 😍😍😍😍. Apalagi udang masak lemak tuh kak, ya Allah, bisa habis Sepinggan rasanya hahahahahah.
BalasPadamPengat pisang saya suka juga. Di sini sebutnya kolak pisang.
nak cuba jugalah kak... harap2 stok daging kerbau kisar ada lg..
BalasPadam