Berbuka Puasa dengan Nasi Ayam Panggang & Rebus & Jus Avokado
7:51 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Kelentang kelentung seorang diri di dapur. Siaplah hidangan Nasi Ayam Panggang & Rebus sebelum waktu berbuka puasa tiba.
Kami di LD berbuka puasa pada pukul 6:20 petang.
Nasi Ayam Panggang & Rebus |
Kita rebus ayam seekor. Kemudian kita belah dua. Kononnya separuh ayam hendak direbus lagi hingga empuk dan separuh lagi digoreng. Sudah siap perap ayam sebelah tiba-tiba rasa malas pula hendak menjaga ketika menggoreng. Baiklah masukkan saja dalam air fryer... ahaks! Bahagian atas ayam panggang air fryer jadi hitam manis, manakala bahagian bawahnya kuning langsat sebab kita lapik dengan aluminium foil.
Inilah kejadian Nasi Ayam Panggang & Rebus. Amie renjiskan sedikit minyak bijan di atas ayam rebus tapi tak nampak kilatnya!
Bertambahlah sedapnya bila makan dengan sambal nasi ayam...pergghhh! Firdaus menambah nasi dalam pinggan. Fairuz pula, ke Beluran mengambil udang galah dan belum sampai ke rumah.
Buah Avokado |
Beberapa hari lepas abang ipar kita bagi buah avokado. Kelmarin sudah mula masak tapi kami makan begitu saja. Mulanya hendak campur dengan ais krim tapi tak ada pula benda tu dalam peti sejuk. Jadi encik Suami buat jus sahajalah untuk berbuka puasa.
Tiga biji buah avokado dijadikan jus minuman berbuka puasa.
Sudah berbuka puasa baru teringat belum ambil gambar jus avokado! |
Sekian.
Paparan ringkas dari dapur kecilku.
Berbuka puasa dengan Nasi Ayam Panggang & Rebus dan Minuman Jus Avokado.
Alhamdulillah.
Semoga Allah sentiasa permudahkan urusan ibadat kita di sepanjang bulan puasa yang mulia ini.
Semoga Allah sentiasa permudahkan urusan ibadat kita di sepanjang bulan puasa yang mulia ini.
13 comments
Cantiknya plating nasi ayam, macam makam kat kedai!
BalasPadamSedapnya jus avacadooo. Mahal sikit harganya kat sini huhu
Terima kasih.
PadamSelalunya fikir 11 kali nak beli avokado sebab harga kayangan.
Kali ini makan dan minum jus puas-puas sebab dapat free...ahaks!
Cantik kejadiannya. Macam kat kedai.
BalasPadamBetul la Amie, kdg2 kita diserang angin malas nak tunggu deep frying depan kuali, silap2 tetiba tertidur lantas hangus 😂.
Terima kasih MM.
PadamKan... lagilah ayam yang sudah diperap, kalau tak betul-betul dijaga memang adalah tu bahagian yang rentung... kadang tercabut kulit hihihii.
Alhamdulillah
BalasPadamSelamat berbuka puasa
Terima kasih Wak.
PadamSuka tengok gambar kak snap cantik. Sedapnya nasi ayam, kerabu mangga. Terliur pulak tengok pagi2 ni.
BalasPadamTerima kasih Chie.
PadamTengah rajin sikit turun ke dapur ni hihihii.
Wahhh.. nasi ayam panggang dan rebus sungguh membuka selera semasa berbuka. Panggang atau rebus, dua² pun sungguh seksi. PI belum berbunyi lagi nak makan nasi ayam utk berbuka.
BalasPadamEntah apa rasa agaknya jus avocado. Jus dia memang mahal jadi tak pernah try. Tak nampak juga orang jual di sekitar kawasan Cuya
BalasPadamSedapnya nasi Ayam panggang Kak Amie. Jus avocado yumm lama tak minum.
BalasPadamBeuuugh mantaaap kak Amie. Memang mengundang selera sangaaaat semua menu 😍😍😍😍.
BalasPadamJus alpukat nya pun nampak sedap. Saya sukaaa memang alpukat ini. Dimakan begitu saja dengan salad, atau di jus
ni dah mcm menu resepi kat resto mewah kak👍👍👍
BalasPadam