Berbuka Puasa Roti Paratha dengan Kari Daging Kerbau Kisar
9:38 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Melihat Firdaus dalam keadaan longlai ke sekolah agama, rasa terusik jiwa. Minggu lepas, seminggu jugalah Firdaus tidak bersekolah kerana demam. Nampak susut badannya. Berbuka puasa dan bersahur pun makan ala kadar sahaja, setakat minum susu.
Sebelum turun dari kereta di sekolah agama, kita tanya petang nanti hendak berbuka apa? Katanya, tak tahulah. Daus hendak minum saja, jawabnya.
Kita teringat Firdaus suka makan nasi lauk asam pedas samada ikan atau daging, tetapi sudah dua kali masak asam pedas tidak juga dapat menambat seleranya. Kali ini kita cuba masak kari... kari apa pula?
Ting!
Dapat idea untuk hidangkan roti paratha dengan kari daging kerbau kisar!
Hidangan Berbuka Puasa |
Roti paratha ready made ini kita panaskan dahulu di kuali nak bagi warna kuning perang-perang sikit. Lepas itu satu persatu kita masukkan dalam air fryer dan panggang selama lima minit di bawah suhu 180'C. Wah! Cantik menggelembung rotinya! Garing pula.
Roti Paratha |
Kari Daging Kerbau Kisar |
Kentang Masala |
Kacang Bendi Masala |
Teh Masala @ Teh Pakistani |
Onde-Onde |
Encik Suami bawa pulang kuih onde-onde, bingka ubi dan pecal. Katanya selepas balik solat tarawih barulah hendak makan pecal.
Bingka Ubi |
Roti Paratha and The Gang |
Alhamdulillah. Firdaus berselera makan roti paratha dengan kari daging kerbau kisar. Semoga Firdaus sihat sepenuhnya dan kembali bertenaga untuk ke sekolah.
9 comments
Alhamdulillah... Moga Firdaus lekas sembuh... Cuaca panas nie
BalasPadamSedap tu.. Dah nampak macam makan kat kedai..
BalasPadamAlhamdulillahhh moga Firdaus diberi kesihatan yg baik & berselera mcm selalu aminnnnn
BalasPadamNaik sikit selera Firdaus tu... semoga bertambah tenaganya dan cepat sembuh ya Daus.
BalasPadamKalau menu gini, Sy pun berselera makan kak 🤭
BalasPadamAlhamdulillah, semoga sihat sepenuhnya ye Daus 🤲🏻
Kesian Daus, masih belum ada selera, cuma bayangkan dapat minum air saja. Biasa kalau tak ada selera ni memang suka makan makanan yg begini sahaja. Nampak macam keema, kari kerbau Kak Amie.
BalasPadamdpt mkn roti paratha dgn kari daging tu berselera la dia....smoga cpt sihat firdaus..
BalasPadamMoga Firdaus cepat sembuh. Dah berselera tu Insyaa Allah baik nanti. Sedap semua tu Kak Amie.
BalasPadamTips masak roti paratha tu boleh cuba...semoga semua kembali sihat..nak raya ni...
BalasPadam