Dari Rabat ke Medina of Fez
8:09 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Perjalanan dari kota Rabat ke kota Fez dianggarkan kira-kira tiga hingga empat jam. Rasanya hendak tidur saja sepanjang perjalanan tapi rasa rugilah pula tidak melihat pemandangan dari tingkap bas. Sekurang-kurangnya dapatlah rakam sekeping dua gambar kenangan.
Dari Rabat ke Fez. |
Antara pemandangan yang dapat dilihat di kanan jalan dari Majorel Voyage. Menurut Encik Rachid, ada ladang milik persendirian seperti ladang zaitun, argan dan gandum serta delima.
Di samping pemandangan bukit-bukau dan tanah gersang, terselit di antaranya kawasan tanaman yang subur.
Menurut Encik Rachid lagi, sekarang tanaman gandum sedang bermula. Jadi, dapatlah kami melihat kawasan ladang gandum yang luas dan hijau saujana mata memandang. Bukan sahaja gandum, tetapi ladang tanaman bawang juga banyak di sini.
Majorel Voyage berhenti seketika di RNR. Kami ambil kesempatan masuk ke toilet dan seperti biasa sebagai tanda terima kasih kami beli minuman dan makanan ringan di kafe. Ada yang duduk minum kopi di kafe sementara menunggu semua yang masuk ke toilet selesai menguruskan diri.
Walaupun kami diberi sebotol air mineral 500ml tapi sebenarnya tidak mencukup untuk keperluan sehari. Amie beli juga sebotol air mineral dan sebungkus makanan ringan.
Mashed Potato Snack Cheese |
Mashed Potato Snack Cheese ini Amie pernah beli sewaktu kami jalan-jalan ke Bosnia Herzegovina. Jumpa di sini, ambillah sebungkus. Sedap!
Panjang snack ini. |
Biskut |
Di dalam bas, kami bertukar-tukar makanan ringan, sehingga terlupa ada sebiji telur rebus di dalam beg sandang yang kononnya hendak dimakan di dalam bas.
Perjalanan diteruskan dan masih lagi keadaan yang sama iaitu ladang argan dan zaitun di kiri kanan jalan.
Majorel Voyage sedang menghampiri pinggir kota Fez.
Google - Kota Fez |
Fes atau Fez merupakan sebuah bandar di pedalaman utara Maghribi dan ibu kota wilayah pentadbiran Fez-Meknes. Fez adalah salah satu bandar terbesar di Maghrib dan kedudukannya terletak di barat laut Pergunungan Atlas dengan dikelilingi oleh bukit dan bandar lama berpusat di sekitar Sungai Fez yang mengalir dari barat ke timur. Fez mendapat gelaran Mekah Barat dan Atenas Afrika. Ia juga dianggap sebagai ibu kota rohani dan budaya Maghribi.
Kota Fez ditubuhkan di bawah pemerintahan Idrisid pada abad ke-8–9 CE. Fez pada mulanya terdiri daripada dua penempatan autonomi dan bersaing. Gelombang berturut-turut terutama pendatang Arab dari Ifriqiya (Tunisia) dan al-Andalus (Sepanyol/Portugal) pada awal abad ke-9 memberikan kota kelahiran itu watak Arabnya. Selepas kejatuhan dinasti Idrisid, empayar lain datang dan pergi sehingga abad ke-11 apabila Almoravid Sultan Yusuf ibn Tashfin menyatukan kedua-dua penempatan itu menjadi suku Fes el-Bali. Di bawah pemerintahan Almoravid, bandar itu mendapat reputasi untuk kesarjanaan agama dan aktiviti perdagangan.
Fez mencapai kemuncaknya pada era Marinid (abad ke-13 hingga ke-15), memperoleh semula statusnya sebagai modal politik. Banyak madrasah dan masjid baharu telah dibina, kebanyakannya masih berfungsi pada hari ini. Bangunan-bangunan ini memiliki ciri-ciri gaya seni bina Moor dan Maghribi. Pada 1276 sultan Marinid Abu Yusuf Yaqub juga mengasaskan daerah pentadbiran diraja Fes Jdid, tempat Istana Diraja (Dar al-Makhzen) masih terletak hari ini, yang kemudiannya ditambah taman-taman yang luas. Dalam tempoh ini penduduk Yahudi di bandar itu bertambah dan Mellah (kawasan Yahudi) telah terbentuk di sebelah selatan daerah baru ini. Selepas penggulingan dinasti Marinid, pertumbuhan Fez terhenti dan bandar itu kemudiannya bersaing dengan Marrakesh untuk pengaruh politik dan budaya. Ia menjadi ibu kota semula di bawah dinasti 'Alawi sehingga 1912.
Bandar ini terdiri daripada dua kuarters medina lama, Fes el-Bali dan Fes Jdid, dan kawasan bandar Ville Nouvelle moden yang lebih besar yang diasaskan semasa era kolonial Perancis. Medina of Fez disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia dan merupakan salah satu zon pejalan kaki bandar terbesar dan tertua di dunia (kawasan bebas kereta). Ia mengandungi Universiti al-Qarawiyyin yang diasaskan pada 857M dan merupakan institut pengajian tinggi tertua yang berfungsi secara berterusan di dunia. Fez turut mempunyai Chouara Tannery dari abad ke-11, iaitu salah satu tempat penyamakan kulit tertua di dunia.
Kami di bawa ke sebuah pasar di Fez dan sudah tentulah kami sangat terkejut melihat keadaan jalan atau pintu masuk di sini. Jom kita sama-sama lihat apa yang membuatkan kami jadi tertanya-tanya mengapa keadaan di sini begini rupanya.
Tulisan Ryad Zahrat Fes di atas kepala kami itu merupakan nama hotel di sini. Nampak semacam sahaja di bahagian luar, tetapi kami percaya di dalamnya sudah tentu berbintang-bintang tarafnya.
Lorong pejalan kami di sini agak sempit. Mujurlah tidak ada keldai, tuk tuk dan motosikal serta basikal seperti keadaan yang kami lalui sewaktu memasuki pasar di Marrakech.
Oleh kerana sibuk rakam gambar, tak dapat beri tumpuan penerangan yang diberikan Encik Rachid. Sayup-sayup masuk ke telinga tentang fungsi ketuka di pintu. Kalau perempuan, bunyi ketukannya berbeza dengan bunyi ketukan lelaki. Ada bahagian tertentu yang akan diketuk untuk menunjukkan jantina yang mengetuk. Begitulah lebih kurangnya.
Tulisan Arab di dinding barangkali membawa maksud 'kebersihan merupakan akhlak'. Agaknyalah, sebab biasa dengar 'kebersihan sebahagian daripada iman'.
Riad Blue Oasis juga merupakan salah sebuah hotel di sini. |
Sesekali HP mendongak ke atas juga. Dapatlah merakam suasana bumbung terbuka yang memberikan cahaja di lorong pejalan kaki yang sempit ini.
Sempat rakam video beberapa saat.
Sempat melihat sekilas pandang sebuah lorong yang tidak kami masuki. Eh, boleh sesat dibuatnya kalau tidak ada juru pandu!
Allahu Akbar! Semakin lama semakin kecil dan sempit pula lorong yang kami masuki. rasanya hanya muat untuk seorang sahaja untuk melaluinya!
Ketika ini mulalah pelbagai persoalan bermain di kepala. Macamana kalau orang bersais besar hendak berjalan di sini? Adakah sesiapa yang berada di hadapan kami dan bagaimana kami hendak berpapasan nanti?
Jadinya kenalah teruskan perjalanan ke hadapan dan sudah tentu tidak dapat patah balik ke belakang!
Ikut ukuran lama barangkali lebar ruangan ini tidak lebih dari tiga kaki!
Tapi nampak sistematik sebab siap ada penutup longkang!
Marilah, kita teruskan perjuangan meredah terowong sempit ini.
Sempat terintai salah sebuah pintu yang terbuka!
Beginilah antara keadaannya di dalam bangunan batu tersebut.
Beginilah antara keadaannya di dalam bangunan batu tersebut.
Akhirnya dapat jejak kaki ke ruangan yang agak luas sedikit.
Lega rasanya dapat cahaya matahari yang terang!
Begini ceritanya:
Medina of Fez yang merupakan tapak Warisan Dunia UNESCO, adalah labirin jalan dan lorong sempit yang bersejarah, bebas kereta, pasar raya yang sibuk, bengkel tukang dan keajaiban seni bina. Apa yang paling penting di sini kita dapat gambaran sekilas sejarah dan budaya Maghribi selama berabad-abad.
Labirin (Greek) diceritakan dalam mitologi Yunani adalah suatu struktur rumit yang terdiri daripada jalan menuju arah yang mengelirukan mengikut suatu bentuk lingkaran yang tetap. Ia dibina oleh Daidalos untuk Raja Kriti, Minos di Knossos untuk memerangkap Minotauros. Minotauros ialah raksasa berkepala lembu yang akhirnya dibunuh oleh Theseus. Daidalos sungguh mahir membina struktur rumit ini sehingga dirinya sendiri hampir tidak dapat lolos setelah membinanya.
Corak Labirin |
Corak yang dipercayai labirin ini berasal dalam cerita Theseus melawan Minotauros, dari kepingan duit logam Kriti (s. 400–200 SM) lewat Zaman Batu dan awal Zaman gangsa. Orang ramai seringkali bertindih sangka dengan pagar sesat kerana berkongsi ciri yang sama, namun banyak pakar sarjana dan peminat kontemporari melihat perbezaan antara kedua-duanya: labirin hanya memiliki satu jalan masuk keluar ke dalam pusat manakala pagar sesat lebih mempunyai jalan bercabang yang membawa ke pelbagai arah dan jalan keluar. Jadi, dapatlah jawapan kenapa ketika melalui lorong sempit itu tadi kami tidak berpapasan dengan sesiapa dari arah hadapan.
Sebelum Amie sambung cerita dalam entri seterusnya, Amie kongsikan beberapa perkara yang terdapat di Medina of Fez:
- Fabrik Bandar yang rumit:
Madinah Fez, juga dikenali sebagai Fes el-Bali, dicirikan oleh jalan dan lorongnya yang seperti labirin, beberapa daripadanya tidak berubah sejak zaman pertengahan.
- Tapak Warisan Dunia:
Madinah Fez diiktiraf oleh UNESCO kerana seni bina, arkeologi dan warisan bandarnya yang cemerlang.
- Jalan Labyrinthine:
Madinah Fez ialah pesta deria, dengan kedai-kedai yang meriah, tempat tukang mahir menghasilkan barangan kulit dan tekstil bertenaga.
- Karya Seni Bina:
Jalan-jalan dihiasi dengan karya seni bina, termasuk madrasah (sekolah Islam), masjid, istana, dan air pancut.
- Ketukangan:
Madinah Fez adalah hab untuk kraf tradisional, dengan penyamak kulit, penenun, dinandiers (pekerja logam), dan tukang periuk semuanya berkumpul di sana.
- Penyerapan Budaya:
Mengembara melalui Madinah Fez adalah perjalanan yang mengasyikkan melalui sejarah dan budaya Maghribi.
- Zon Bebas Kereta:
Madinah Fez adalah bebas kereta sepenuhnya, membolehkan penerokaan mesra pejalan kaki di jalan-jalannya yang sempit.
- Kepentingan Sejarah:
Madinah Fez diasaskan pada abad ke-9 dan merupakan ibu kota kerajaan dari abad ke-13 hingga ke-14.
- Aktiviti Keagamaan dan Dagangan:
Di bawah pemerintahan Almoravid, bandar itu mendapat reputasi untuk kesarjanaan agama dan aktiviti perdagangan.
- Universiti tertua:
Madinah Fez adalah rumah kepada masjid Karaouiyine, yang menempatkan pintu universiti tertua di dunia.
- Perayaan:
Sepanjang tahun, Madinah Fez menganjurkan festival, termasuk Muzik Suci Dunia, seni masakan dan jazz di Riads.
- Bandar Moden:
Fez ialah sebuah bandar moden di mana masa lalu dan masa kini bertemu, dan di mana seni dan khazanah nenek moyang masih berdiri.
2 comments
Aduh, kalau Sy dah nervous agaknya terpaksa lalu lorong/terowong sempit begitu.
BalasPadamTeringin nak tengok gmbr ladang gandum & bawang dari dekat. Ada ke Kak Amie? Hehe
Tak ada PH. Tengok dari dalam bas jew. Itu pun tour guide vagi rahu. Kalau tak kami sangka rumpus hijau.
Padam