Seleramu Seleraku Jua
8:10 PTGSelepas solat asar, kita pun masuk dapur. Simpan ikan pari yang diletak dalam peti sejuk, masukkan ke dalam freezer. Masukkan taugeh dalam bekas, dan tuangkan air. Simpan dalam peti sejuk. Kita turutilah selera Encik Suami dengan menyediakan Bihun Sup, tetapi yang ringkas-ringkas sahaja.
Kita suruh Fairuz beli sayap ayam goreng untuk Firdaus. Dibawanya pulang 18 ketul sayap ayam goreng (dipotong 2 setiap satu).
Hidangan Berbuka Puasa |
Sayap Ayam Goreng |
Salad Campur |
Amie tambahkan yogurt dan minyak zaitun ke dalam pinggan salad. Untuk tambahkan rasa, Amie sediakan Kewpie Thousand Island Dressing.
Walaupun bihun sup ringkas, tapi nampak sedap.
Walaupun perut berasa kenyang, tapi nak makan bihun sup juga.
Bihun Sup |
Jus Tembikai |
Tambahkan hirisan limau nipis dan lemon untuk rasa dan aroma lebih segar dalam jus tembikai. |
Makan kurma dilupa jangan! |
8 comments
beralah ye Amie dan ada hikmah pula di sebaliknya.. :)
BalasPadamSedapnya mihun sup, air tembikai dll. Betul Kak Amie, nak makan ni biar tanya ahli keluarga dulu. Kita boleh je makan apa yang diorang makan kan. 😍😍
BalasPadamSedap semua menu & gambar cantik.
BalasPadamSedapnya jus tembikai! Bila tambah limau mesti lagi sedapp... nasib baik haritu CUya dah beli jus tembikai di bazaar
BalasPadamSaya suka bihun sup simple style camni ni sedapnya alahai. Nasib baik baca time malam. Hehe
BalasPadamEsok kalau buat mihun sup pun sedap jugakan utk berbuka
BalasPadamWauuu presentation level 5 star... Terbaikkk :D
BalasPadamLain di rancang lain yg jadi ye Kak...
BalasPadamTapi yg jadi ni mmg marvelous sangat ni. Bihun sup tu amboi penuh segala aksesori 👍🏻