Marché R'Cif (Rcif Market)
10:02 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Sambungan dari entri Dari Rabat ke Medina of Fez
Sambungan dari entri Dari Rabat ke Medina of Fez
Sebaik sahaja lolos dari lorong labirin kami memasuki Marché R'Cif, yang bermaksud jalan berturap dalam bahasa Arab. Marché R'Cif merupakan pasar makanan yang sibuk terletak berhampiran Place R'Cif di Fes, Maghribi. Pasar ini sangat meriah dan terkenal dengan hasil segar seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan daging.
Sebenarnya Amie berasa agak ralat sebab tidak dapat rakam gambar dengan jelas terutama jualan yang tidak ditemui di negara kita seperti daging unta. Apabila belek-belek gambar dan video dalam galeri, hanya ada gambar kepala unta dalam video tetapi lupa hendak ambil gambar. Begitulah. Kadang-kadang leka ambil gambar, terlupa hendak rakam video. Sibuk merakam video terlupa pula hendak ambil gambar.
Apa boleh buat. Kita sekadar touch and go sahaja. Mana yang sempat dirakam, itulah sahaja yang kita bawa pulang. Sambil berjalan, sambil tangkap gambar. Hendak berhenti beberapa saat untuk fokus, tiba-tiba ahli kumpulan hilang dari pandangan mata! Kalau diberi peluang kedua, rasanya hendak berada di dalam pasar sepuas-puasnya!
Di bawah ini Amie kongsikan suasana Rcif Market yang sempat kami lawati. Walaupun tidak ambil keseluruhan, tetapi adalah yang boleh ditatap buat kenangan.
Pelbagai jenis jeruk.
Buah-buahan kering seperti kurma.
Di pasar daging ini terbau aroma daging segar!
Ada daging kambing, lembu dan unta.
Boleh tonton kepala unta di dalam video di bawah ini.
Video kaki dan kepala unta.
Kami sangka kepala unta ini kepala kambing!
Teringat dulu selalu tonton you tube Bohemian Kitchen yang banyak mengembara dan mencuba makanan segar sebegini.
Banyak ikan yang tak pernah ditemui ada di sini, tapi rupanya hanya sempat tangkap gambar ini sahaja.
Apa pun tetap bersyukur walaupun hanya sempat tangkap gambar seadanya sekurang-kurangnya Amie dapat kongsikan suasana dan gambaran budaya masyarakat di sini.
Belanja lagi dua buah video suasana di Rcif Market.
Sekian.
Jumpa lagi.
Jumpa lagi.
9 comments
Sedapnya kalau dpt buat sup. Daging segar2 mcm ni.
BalasPadamZmn PKP dulu rajin juga tgk Makcik2 Timur Tgh buat video masak2. Simple je bhn2 mereka tp sedap.
Kepala unta tergantung sambil tersenyum. Mati dalam iman nampaknya, hihihi. Seronoknya kalau boleh beli macam² bawa pulang, kan Kak Amie.
BalasPadamTerbau2 zaitun jeruk kat Rcif Market tu....
BalasPadamMacam-macam jeruk kat pasar tu. Menarik cara displaynya.
BalasPadamNampak daging yang dijual tu segar.
Thanks Kak Amie kongsi semuanya. Dapat lah kami merasa sama2 suasana di Pasar tu. Geram tengok macam2 ada.
BalasPadamIsssh betul2 saya teringin nak kesana 😍😍😍. Apalagi kalo bisa coba daging unta. Penasaran juga dengan rasanya kak.
BalasPadamGambar atas tu mesti bau harum manis kan buah2 tu kak... ralit mata tengok memacam warna ada.
BalasPadamSeram SA tengok kepala unta tu tapi daging- daging tu segar semuanya...terliur SA...terbayang plak unta masak lemak cili api PZ...hahahahaha...SA pun suka tgok Bohemian Kitchen
BalasPadamtampak bersih je gerai dagingnya...
BalasPadammemang betullah kata orang... lain lautnya lain haiwan di dalamnya...
ikan2 tu mmg tak pernah tgk...masak apa yang sedap agaknya ikan2 tu ya...