Berbuka Puasa Roti Paratha & Kari Kambing
7:57 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Entah mengapa, puasa kali ini liat betul hendak masuk dapur. Selera makan pun agak tumpul. Mungkin terlalu fokus kepada kerja-kerja ladang yang bertimbun-timbun. Apabila penat, rasa hendak berehat dan tidur sahaja.
Puasa hari pertama, Fairuz sediakan susu kurma. Minum jugalah dua gelas. Sedap! Kelmarin Amie suruh Fairuz buat lagi. Memang rasa kenyang minum susu kurma, tapi kena makanlah juga. Fairuz masak nasi, panggang sayap ayam, masak sayur peria dengan udang dan masak tempoyak ikan kembung pelaling. Pandai pula anak bujang ini masak. Waktu sahur pun, Fairuz yang sediakan. Masak nasi, masak sayur dan goreng ikan. Sementara sedang bercuti, memang Fairuz jadi tukang masak di bulan puasa.
Hari ini, teringin pula hendak makan roti paratha cecah dengan kari kambing. Alhamdulillah. Siaplah juga menu yang diidamkan, terhidang di atas meja sebelum azan maghrib berkumandang.
Roti Paratha & Kari Kambing |
Roti Paratha Bawang & Roti Paratha Kosong |
Kari Kambing |
Kari Kambing ini memang sedap. Memang kena masuk bakul angkat sendiri sebab memang betul-betul sedap. Terima kasih arwah MIL yang tinggalkan resipi masakan kari yang mesti diakhiri dengan perahan jus limau nipis. Kuahnya sedap. Kambingnya pun empuk lembut, cair di mulut!
Tugas Fairuz petang tadi hanya sediakan susu kurma. Amie masak air pandan. Tambahkan ke dalam bancuhan susu kurma. Wangi!
Alhamdulillah.
Masih dikurniakan deria rasa yang sempurna.
Masih dikurniakan deria rasa yang sempurna.
Susu kurma sedap.
Kari kambing sedap.
Tapi hanya makan separuh sahaja roti paratha.
Minum dua gelas susu kurma sudah rasa kenyang!
Tengoklah malam nanti apabila Encik Suami bali dari solat tarawih, mungkin masuk dapur dan panaskan semula kari kambing!
Boleh sambung makan dengan roti paratha.
Kari kambing sedap.
Tapi hanya makan separuh sahaja roti paratha.
Minum dua gelas susu kurma sudah rasa kenyang!
Tengoklah malam nanti apabila Encik Suami bali dari solat tarawih, mungkin masuk dapur dan panaskan semula kari kambing!
Boleh sambung makan dengan roti paratha.
Susu Kurma |
Kawan-kawan buka puasa apa hari ini? Harap semuanya sihat-sihat saja.
33 comments
sedap yang amat... Alhamdulillah
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamRezeki di bulan puasa.
Sedapnya kari kambing. Tak cukup sekeping makan paratha ni.
BalasPadamBetul, sedap kari kambing tu.
PadamMungkin buka puasa minum banyak air, jadi tak banyaklah paratha masuk perut ...hiks!
Uwaaah pasti sedaaap ini kak. Rindu saya makan paratha dengan kari kambing 😍😍👍.
BalasPadamSaya simple saja. Beli dari bazar kecil ramadhan dekat rumah. Tak spesial lah. Beli tahu isi, pastel atau risol. Makan sedikit, tetap diutamakan nasi dan lauk .
Ramadan kali ini kami belum jejak kami ke bazar Ramadan.
PadamHari ini tidak masak nasi dan lauk. Juadah berbuka puasa diganti dengan roti paratha makan sama kari kambing. Alhamdulillah.
Lega sungguh la, anak bujang tu pandai masak 👍🏻
BalasPadamSedapnya roti paratha dgn kari kambing tu...
Sy pun minum susu kurma, tapi waktu sahur. Rasa kenyang dan badan pun ringan.
Betul PH. Lama tak masak kari kambing. Bila makan dengan roti paratha, sedap sungguh.
PadamAlhamdulillah, minumsusu kurma memang mengenyangkan.
wahhhhh kari kambing!
BalasPadamJemput buka puasa sama Ana.
PadamKari kambing kalo perah limau nipis tu rasa fresh jer makan kan...
BalasPadamBetul. Ada aroma yang enak ketika dinikmati.
Padamlega bila ada yang amik alih dapur, boleh lah amie rehat2 sekejap
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamKebetulan pula akhir-akhir ini badan rasa kurang sihat. Banyakkan berehat sahaja.
Wahhh.. Untungnya ada Fairuz sediakan sahur. Celik mata tinggal duduk di meja. Telan ailio tau kita tengok roti paratha dengan kari kambing tu.
BalasPadamSyukurlah anak bujang tu boleh diharap. Taklah kalut kita nak bangun sediakan sahur.
Padamsedapnya menu berbuka
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamJemput berbuka sama ye Kak PI.
Selamat berbuka puasa
BalasPadamTerima kasih Wak.
PadamDapnya! Terliur terus!
BalasPadamJemput berbuka puasa ye Uncle.
PadamKari Kambing tu Kak Amie, memang nampak sedap sangat. Plan nak buat susu kurma, tak buat2 lagi.
BalasPadamMemang sedap Mulan. Fairuz dengan Firdaus berlumba-lumba makan... ahaks!
PadamFairuz memang rajin bab sediakan air minuman. Setiap hari dia buat susu kurma.
Selamat menyambut ramadan mubarak kak amie, sedap2 semuanya tu
BalasPadamSelamat berpuasa Lina.
PadamMari berbuka puasa sama.
Yang ringkas ni memang best, uih air sejuk wajib ada kan kak
BalasPadamYa, air sejuk memang nyaman jew lalu tekak.
PadamTapi sesekali nak juga minuman panas.
Sedapnya paratha! menyelerakannnn
BalasPadamTerima kasih Cuya.
PadamWag...ada kambing la...
BalasPadamHebatnya Fairuz siap masak pelbagai menu..👍
Haaa.... Mama Cella memang raja kambing kan...ahaks!
PadamAlhamdulillah, bolehlah juga diharap anak bujang tu masak.
SA sedang craving kari kambing..esok ingat nak beli dan masak kari kambing la..kebetulan SA cuti esok ada follow up di KPJ..
BalasPadam