Get Well Soon Leona!
1:00 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Hari ini, Jumaat yang mendung, Amie telefon ayah salah seorang anak murid di kelas Amie. Hati turut tersentuh melihat ayah Leona, Encik Martin datang ke bilik guru untuk menerima sedikit sumbangan dari kami guru-guru Team Sedekah Jariah. Melihat genangan air matanya ketika bercerita tentang anak sulungnya itu, tak semena-mena kita pun turut sama menitiskan air mata.
Allah!
Semoga keluarga Encik Martin, isteri dan anak-anaknya tabah menghadapi ujian yang berat ini. Leona, murid kelas Amie disahkan mengidap penyakit kanser leukemia. Sekarang sudah tiga bulan dipantau di Jabatan Pediatrik Hemato-Onkologi, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah untuk proses kemoterapi.
Orang kata betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kami hanya mampu mendoakan semoga dipermudahkan segala urusan perawatan Leona. Tidak sangka dari seorang remaja yang cerdas dan pintar, sekelip mata Leona diuji dengan penyakit yang dia dan keluarganya tidak pernah duga.
Selepas ayah Leona meninggalkan bilik guru, kami duduk termenung..... Allahu Akbar!
10 comments
Allahuakbar moga yang baik2 untuk leona..tak boleh baca berita sedih pasal anak2 cepat je airmata ni bergenang
BalasPadamKak Amie, sy rasa nak menangis.
BalasPadamsemoga Leona pun kuat untuk melawan kanser ni..sedih pulak sebab terbayang muka anak-anak sendiri
BalasPadamYang membaca pun bergenang airmata. Moga tabah keluarga nya dan Leona cepat sembuh.
BalasPadamAllahuakbar moga Leona diberi kesembuhan & ketabahan mghadapi ujian berat ni T___T
BalasPadamSemoga yang baik2 belaka dan harapnya patuh arahan doktor
BalasPadamSedihnya... kanser leukimia susah nak sembuh, sebab Cuya dah jumpa orang ada kanser ni..
BalasPadamkesian betul
sedihnye :(
BalasPadamYa Allah, walau saya tak kenal siapa Leona, tp sediiih sangat baca ini. Saya LGS ingat anak sendiri. Pastilah orangtua Leona sedih teramat sangat 😭. Saya ikut doakan mereka kuat dan dimudahkan rezekinya juga urusannya dalam pengobatan Leona
BalasPadamAllahu...
BalasPadamMoga dipermudahkan urusan Leona dan keluarganya.