Buka Puasa Makan Nasi Lauk Sambal Goreng Kates
7:44 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Hari ini 27 Ramadan 1445H. Kepada yang balik kampung, hati-hati di jalan raya. Jangan terburu-buru hendak cepat sampai tanpa memikirkan keselamatan diri. Jika rasa penat dan mengantuk, berhentilah memandu dan berehatlah seketika untuk kembalikan tenaga. In syaa Allah, semoga dipermudahkan sepanjang perjalanan pulang.
Hari ini 27 Ramadan 1445H. Kepada yang balik kampung, hati-hati di jalan raya. Jangan terburu-buru hendak cepat sampai tanpa memikirkan keselamatan diri. Jika rasa penat dan mengantuk, berhentilah memandu dan berehatlah seketika untuk kembalikan tenaga. In syaa Allah, semoga dipermudahkan sepanjang perjalanan pulang.
Tahun ini Amie beraya di LD bersama keluarga sebelah Encik Suami. Memandangkan Amie kurang sihat, Amie lebih banyak berehat sahaja. Pagi tadi sempat ke pasar bersama Encik Suami. Membeli dan menambah barangan hari raya yang perlu sahaja. Alang-alang sudah sampai ke pasar ayam, kami pun beli ayam bulat. Harga ayam bulat di LD RM13.50 sen sekilogram. Kami beli lima ekor, minta potong siap-siap. Risau tak boleh masuk freezer sebab sudah penuh dengan daging dan lain-lain.
Selepas solat zohor, Encik Suami tanya nak buka puasa apa? Amie kata hendak masak nasi dan buat sambal goreng kates. Suka sangatlah Encik Suami dengar kita hendak masak resipi warisan keluarganya. Kebetulan sewaktu bersihkan ayam, terjumpa hati dan mempedal. Jadi, bolehlah dijadikan perencah sambal goreng kates. Sebelum ini Amie pernah kongsikan beberapa kali resipi sambal goreng kates di sini: SAMBAL GORENG KATES
Hidangan Berbuka Puasa |
Sejak Amie mula demam dua hari lepas, Encik Suami tidak benarkan berbuka puasa dengan minum air sejuk. Ditambah pula dengan batuk dan selsema, menjadi-jadilah Encik Suami mengingatkan supaya berbuka dengan minuman panas. Jadi, tiadalah sebarang jus buah-buahan yang sejuk seperti selalu. Amie minum air mata kucing versi panas sahaja. Timbang berat badan sebelum berbuka puasa tadi, turun 1.5 kilogram. Demam tiga hari terus turun timbangan.
Sambal Goreng Kates |
Ikan Kerapu Goreng Garam Kunyit |
Sambal Belacan |
Popia & karipap kegemaran Firdaus. |
Jom kita lihat resipi Sambal Goreng Kates yang pernah arwal MIL ajarkan Amie semasa hayatnya.
Bahan-bahan:
- 1/2 kg betik / kates mengkal - kupas kulit dan hiris memanjang
- 3 mempedal & 3 hati ayam - hiris ikut saiz yang digemari - rebus hingga masak - toskan
- 2 tangkai cili merah - hiris
- 2 tangkai cili hijau
- 3 ulas bawang putih - hiris
- 5 biji bawang merah - hiris
- 1 sudu kecil pati asam jawa - bancuh dengan 1/2 cawan air
- 2 cawan air
- garam / perasa pilihan
- 4 sudu besar minyak
1. Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang putih serta bawang merah hingga wangi.
2. Masukkan hirisan cili merah dan cili hijau dan goreng hingga layu.
3. Masukkan mempedal ayam dan daging ayam. Kacau rata.
4. Masukkan hirisan kates / betik.
5. Tambahkan bancuhan air asam jawa dan gaul rata.
6. Masukkan air dan kemudian tutup masakan. Biarkan mendidih dan kuahnya mula pekat.
7. Perasakan dengan garam / perasa pilihan secukupnya.
8. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Jom berbuka puasa. Bismillah. |
13 comments
Ujian di hujung Ramadan ni bila tak sihat. Semoga cepat baik. Aamiin..
BalasPadamSyukurlah husband memahami. Lagi suka kalau kita rajin nak masak. Batuk selsema minum air suam baru lega rasa tekak dan cepat baik. Menarik rupa sambal goreng kates pelbagai warna.
Alhamdulillah. Ujian sedikit di hujung Ramadan. In syaa Allah semuanya akan baik-baik sahaja. Kak Amie pun banyak berehat di rumah sahaja.
PadamMeriah hidangannya
BalasPadamSelamat berbuka puasa
Terima kasih Wak.
PadamDi sana disebut Kates juga ya kak Amie 😊. Berarti memang bahasa daerah Serawak ini lebih mirip ke bahasa Indonesia yaa. Saya sepertinya banyak jumpa istilah2 yg kakak pakai, tak jauh beda dengan BHS Indonesia. Beda dengan Malaysia semenanjung.
BalasPadamBiasanya orang Malaysia Barat dan Malaysia Timur sebut betik. Yang sebut kates ini emak mentua saya hehehhee.
PadamKeluarga sebelah suami memang biasa sebut 'kates' atau 'kepayas'. Jadi saya pun terikut-ikut untuk mengekalkan resipinya.
Allahuakbar kesiannya kak Amie demam ye? moga cepat sihat semula hendaknya.. pertama kali dengar Kates hehehe
BalasPadamIn syaa Allah Ana. Kak Amie beransur sembuh. Terima kasih doanya.
PadamYa, kates itu sebutan keluarga Encik Suami, orang Cocos.
Sedapnya tengok Sambal Goreng Kates tu Kak Amie. Thanks kongsi resepi nanti nak try lah.
BalasPadamTerima kasih Mulan. Silakan.
PadamOh, kates tu betik ya. Macam mn rasanya ya, sy bayangkan betik masak bening letak daun selasih pun dah sedap sangat.
BalasPadamKalau tak salah kat Trengganu ada Rojak Kateh...rasanya daripada betik juga..Nampak menarik dan unik
BalasPadamkalau ada mempedal ayam ni
BalasPadamsaya akan sambar dulu!
sejenis yg x kisah masak apa pun janji ada mempedal
hehehe